Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Artikel ; Puisi ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Novel ; Dialek ; Pantun ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Ensiklopedia
Tajuk Sinopsis Bidang Klasifikasi
SAKSI

Saksi ialah orang yang memberi testimoni

semasa prosiding kehakiman, perundangan atau

pentadbiran. Testimoni ini diberi sesudah saksi

mengangkat sumpah, atau sekiranya agama saksi

melarang amalan mengangkat sumpah, saksi

bolehlah berikrar berkata benar. Orang yang

menandatangani surat cara undang-undang,

contohnya surat wasiat atau surat ikatan, yang

disempurnakan di hadapan saksi, juga merupakan

saksi.

UMUM
SULTAN MAHMUD SYAH

Sultan Mahmud Syah (16801699), Sultan Johor

terakhir daripada jurai keturunan Iskandar

Zulkarnain-Sriwijaya Bukit Siguntang-Melaka. Sultan

Mahmud Syah terkenal dengan gelaran Sultan

Mahmud Mangkat Dijulang sesudah kemangkatannya.

UMUM
BAHASA MELAYU KLASIKBAHASA MELAYU KLASIK, bahasa pada tahap ketiga dalam periodisasi bahasa Melayu, sesudah bahasa Melayu purba dan bahasa Melayu kuno. BAHASAKonsep
HUJAN PAGIHUJAN PAGI, novel karya Sasterawan Negara A. Samad Said yang terbesar sesudah Salina. Novel ini diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1987 dan terpilih sebagai pemenang Hadiah Sastera 1986/1987 bahagian novel. Novel Hujan Pagi diterbitkan semula oleh penerbit yang sama sebagai Edisi Khas Sasterawan Negara sejumlah 15 000 naskhah pada tahun 1988. SASTERAKarya
MISTERI ELEUSINIA

Misteri Eleusinia ialah upacara keagamaan

orang Yunani yang berlangsung setiap tahun di

Eleusis, berhampiran Athens. Pemuja mengadakan

upacara ini untuk memperingati Demeter, dewa

pertanian. Misteri ini mengisahkan mitos

penculikan dan pengembalian anak perempuan

Demeter yang bernama Persephone, oleh Hades,

dewa alam ghaib. Untuk mengetahui mitos ini, lihat

Persephone. Walaupun maksud tersirat misteri ini

tidak pernah didedahkan, upacara-upacara yang

berkait dengannya dianggap memberi kehidupan

sesudah mati yang lebih dirahmati kepada sesiapa

yang mengambil bahagian.

Lihat juga Misteri.

UMUM
SURAH AL-RUM

Surah al-Rum ialah salah satu daripada surah

Makkiyyah, surah ke-30 mengikut susunan surah-surah

al-Quran dan mengandungi 60 ayat. Surah

ini bernama al-Rum sebagai satu mukjizat untuk

menunjukkan kebenaran berita dalam al-Quran.

Firman Allah S.W.T. dalam al-Quran yang

bermaksud:

Alif, Lam, Mim. Orang-orang Rom telah

dikalahkan. Di negeri yang dekat sekali dan mereka

sesudah kekalahannya itu akan mengalahkan

lawannya. Dalam masa tidak sampai sepuluh tahun

....

(Surah al-Rum 30:14)

UMUM
SURAH AL-BAYYINAH

Surah al-Bayyinah ialah salah satu daripada

surah-surah Madaniyyah, surah yang ke-98

mengikut susunan surah-surah al-Quran dan

mengandungi lapan ayat. Surah ini dinamakan al-

Bayyinah (keterangan) berdasarkan firman Allah

S.W.T., yang bermaksud: Dan tidaklah berpecah-belah

orang-orang yang didatangkan al-kitab

(kepada mereka) melainkan sesudah datang kepada

mereka keterangan yang nyata.

UMUM
WALI SONGO

WALI SONGO, sembilan orang wali penyebar agama Islam di Pulau Jawa dari abad ke-14 hingga abad ke-16, sebelum dan sesudah jatuhnya kerajaan Majapahit.  Perkataan wali dalam bahasa Arab bererti orang suci atau kudus dan dekat dengan Tuhan.  Manakala songo dalam bahasa Jawa bererti sembilan.  Jadi wali songo bererti wali sembilan.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKonsep
KRITIKAN SASTERA MELAYU

KRITIKAN SASTERA MELAYU, satu bentuk kritikan sosial dalam karya sastera Melayu. Kritikan sastera Melayu masuk ke dunia sastera Melayu moden secara khusus sesudah kemasukan genre sastera dari Barat, iaitu cerpen, novel dan drama.  Secara am, nyanyian telah pun wujud dalam bentuk kritikan sosial Melayunya, kemudian diikuti Abdullah Munsyi (abad 19) dengan karya-karya Hikayat Abdullah dan Hikayat Pelayaran Abdullah.

SASTERAKarya
UTUSAN SARAWAK

UTUSAN SARAWAK, akhbar yang diterbitkan di Sarawak.  Utusan Sarawak yang diterbitkan pada 16 Januari 1949 bertujuan untuk menyatupadukan masyarakat Melayu serta memperbaiki kepincangan ekonomi dan pendidikan.  Utusan Sarawak merupakan akhbar Melayu ketiga yang diterbitkan di Sarawak sesudah Fajar Sarawak (1930) dan Utusan Asas (1947).

SEJARAH DAN ARKEOLOGIPenerbitan
Tesaurus
 
sudah (kata tugas)
1. Bersinonim dengan habis: selesai, siap, beres, berakhir, tamat, usai,

2. Bersinonim dengan telah berlaku: telah berlalu, lepas, lampau, silam,

Kata Terbitan : sudahnya, sesudah, menyudahi, menyudahkan, kesudahan, berkesudahan, kesudah-sudahannya, penyudahan, penyudah,

Puisi
 

Sesudah malam bulan cerah,
     Bintang jua tumpang berada;
Jangan adik duk ambil susah,
     Abang ada di depan mata.



Lihat selanjutnya...