Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Novel ; Dialek ; Pantun ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Peribahasa Melayu

Peribahasa

Menegakkan juek-juek sesudah menyabit.

Takrif

Sesudah perkara selesai, baru teringat akan cara yang terbaik untuk menyelesaikannya. juek-juek = tali-tali yang direntangkan di sawah untuk mengusir burung.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Tua-tua penyakit, muda ubat; sesudah tersepit baru tahu akan sifat.

Takrif

Sesudah menderita kecelakaan, baru berikhtiar atau berunding hendak melepaskan diri daripada kecelakaan itu. (Peribahasa lain yang sama makna: Sudah kalah baru berkubu).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Guna-guna alu, sesudah menumbuk dicampakkan.

Takrif

Digunakan sewaktu ada perlunya, setelah itu ditinggalkan.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Sudah kalah baru berkubu.

Takrif

Sesudah mendapat kesusahan baru hendak beringat-ingat. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Sudah kecurian baru mengunci pintu, b. Sudah lulus maka hendak melantai, c. Sudah terantuk baru tengadah, d. Teperlus maka hendak menutup lubang).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Sudah bertarah, berdongkol pula.

Takrif

Sesudah suatu perselisihan diselesaikan, timbul pula perselisihan yang lain.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Sudah lulus maka hendak melantai.

Takrif

Sesudah mendapat kesusahan baru hendak beringat-ingat. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Sudah kalah baru berkubu, b. Sudah kecurian baru mengunci pintu, c. Sudah terantuk baru tengadah, d. Teperlus maka hendak menutup lubang). melantai = memasang lantai.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Sudah kecurian baru mengunci pintu.

Takrif

Sesudah mendapat kesusahan baru hendak beringat-ingat. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Sudah kalah baru berkubur, b. Sudah lulus maka hendak melantai, c. Sudah terantuk baru tengadah, d. Teperlus maka hendak menutup lubang).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Teperlus maka hendak menutup lubang.

Takrif

Sesudah mendapat kesusahan baru hendak beringat-ingat. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Sudah kalah baru berkubu, b. Sudah kecurian baru mengunci pintu, c. Sudah lulus maka hendak melantai, c. Sudah terantuk baru tengadah).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Besar hendak melanda, panjang hendak melindih.

Takrif

Sesudah berkuasa lalu hendak bermaharajalela. lindih = tindih.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Gigi tanggal, rawan murah.

Takrif

Keinginan datang sesudah tak ada kesempatan lagi. (Peribahasa lain yang sama makna: Mata telah rabun, bandar pun terbuka; gigi telah gugur, tebu pun menjadi).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tesaurus
 
sudah (kata tugas)
1. Bersinonim dengan habis: selesai, siap, beres, berakhir, tamat, usai,

2. Bersinonim dengan telah berlaku: telah berlalu, lepas, lampau, silam,

Kata Terbitan : sudahnya, sesudah, menyudahi, menyudahkan, kesudahan, berkesudahan, kesudah-sudahannya, penyudahan, penyudah,

Puisi
 

Sesudah malam bulan cerah,
     Bintang jua tumpang berada;
Jangan adik duk ambil susah,
     Abang ada di depan mata.



Lihat selanjutnya...