Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Artikel ; Puisi ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Jurnal ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; ujian ; Dialek ; Katan ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ; Kamus Istilah Sains Kewangan ; Glosari Linguistik Korpus ; Glosari Linguistik Korpus 2 ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Ensiklopedia
Tajuk Sinopsis Bidang Klasifikasi
EMER

Emer ialah butir bijirin yang serupa dengan

gandum.

UMUM
MASTODON

Mastodon ialah haiwan yang hampir serupa

dengan gajah. Sekarang, haiwan ini telah pupus.

UMUM
TIUB GEISSLERTiub Geissler ialah tiub dicas gas yang serupa dengan lampu neon. Ia terdiri daripada tiub kaca yang mengandungi gas seperti hidrogen, nitrogen, oksigen, dan udara di bawah tekanan rendah. Gas dinyalakan supaya berwarna terang dengan melalukan arus elektrik menerusi tiub itu. Ahli sains menggunakan tiub Geissler dalam penyelidikan, khususnya untuk memeriksa gas pijar dengan peranti yang dinamakan spektrometer (lihat Spektrometer). Tiub Geissler pertama kali dibina oleh Heinrich Geissler, pembuat alat Jerman, pada akhir tahun 1850-an.UMUM
THEREMIN

Theremin ialah alat muzik berbentuk kotak yang

serupa dengan alat penerima radio. Nada muzik

dihasilkan oleh dua litar elektronik frekuensi tinggi

di dalam alat berkenaan. Pemain alat ini

menghasilkan muzik dengan menggerakkan

tangan kanannya di udara di hadapan antena yang

terpacak pada alat muzik tersebut. Pemain

mengawal nada bunyi dengan menggunakan suis

dan menggerakkan tangan kirinya ke atas lingkaran

logam di atas theremin. Lev Theremin, ahli sains

Rusia, mencipta alat ini dan memainkannya buat

pertama kali di khalayak ramai pada tahun 1920.

Theremin adalah semata-mata satu keanehan

muzik, tetapi ia telah digunakan sebagai alat solo.

Penggubah muzik untuk theremin termasuk

Bohuslav Martinu dan Edgard Varèse.

UMUM
MANDRAKE

Mandrake ialah nama dua tumbuhan yang

serupa yang tergolong dalam famili nightshade.

UMUM
KORNET

Kornet ialah alat muzik bras yang serupa dengan

trompet pendek.

UMUM
SEICHE

Seiche ialah gelombang panjang di tasik, teluk atau

lembangan yang serupa. Seiche biasanya disebabkan

oleh angin kencang, gempa bumi kecil, atau

perubahan dalam tekanan atmosfera. Seiche ringan

kerap berlaku di Tasik Geneva di Switzerland dan di

Tasik Erie serta Tasik Garam Besar di Amerika Utara.

UMUM
SOTHO

Sotho ialah nama sekumpulan orang yang bertutur

dalam bahasa yang serupa di Afrika Selatan, Lesotho

dan Botswana. Istilah BaSotho bermaksud orang

kulit hitam. Pengguna bahasa Sotho utara, selatan,

dan barat ialah kumpulan orang yang mempunyai

bahasa dan ciri kebudayaan yang tersendiri.

UMUM
DIABETES

Diabetes ialah nama dua penyakit yang

mempunyai gejala yang serupa, rasa dahaga

yang berlebihan dan pengeluaran air kencing

yang banyak. Diabetes biasanya merujuk kepada

diabetes melitus, yang merupakan penyakit

yang paling biasa, apabila tubuh tidak boleh

menggunakan gula secara normal. Dalam penyakit

yang satu lagi, diabetes insipidus, kelenjar pituitari

atau hypothalamus, satu bahagian daripada otak,

tidak berfungsi secara normal.

UMUM
ANJING RAKUN

Anjing rakun ialah anggota famili anjing

berbulu tebal yang tumbuh serupa dengan rakun.

Tempat asal anjing ini ialah hutan Siberia dan Asia

Timur termasuk Jepun.

UMUM
Tesaurus
 
rupa (kata nama)
1. Bersinonim dengan paras: muka, wajah, roman, raut, tampang muka, air muka,

2. Bersinonim dengan bangun: bentuk, tokoh,

3. Bersinonim dengan jenis: macam, bangsa, bagai,

Kata Terbitan : rupanya, rupa-rupanya, serupa, menyerupai, menyerupakan, keserupaan, berupa, berupa-rupa, merupakan, terupa, rupawan, kerupawanan,

Puisi
 

Singapura serupa-rupa,
     Anak Bugis jalan bertiga;
Hendak lupa tak boleh lupa,
     Hitam manis dikenang juga.



Lihat selanjutnya...