Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Panduan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Dialek ; Pantun ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Kamus Bahasa Melayu Kamus Bahasa InggerisIstilah Bahasa MelayuBahasa Sukuan v1.0Bahasa Sukuan v2.0Glosari Leksikal Bahasa SukuanKamus Melayu ParsiKamus SainsKamus Thai Melayu DewanDaftar Rumi-Jawi(Beta)Kamus Parsi(Beta)
Kata Takrif Sumber
kesianganterlewat bangun tidur (hingga hari siang baru bangun); bangun tidur ketika hari sudah siang: Mereka semuanya ~ pagi itu kerana terlalu letih mengemping.Kamus Pelajar
siang I kesiangan terlewat bangun tidur (hingga hari siang baru bangun); bangun tidur ketika hari sudah siang: Mereka semuanya ~ pagi itu kerana terlalu letih mengemping.Kamus Pelajar
bangun II1. bentuk atau potongan sesuatu (spt bulat, bujur dsb): Meja makan yg itu bundar ~nya. 2. rupa paras; susuk tubuh: ~ tubuhnya tegap sasa. 3. kaedah atau cara susunan sesuatu; struktur: ~ muka bumi. membangun 1. bangkit; naik (ttg awan dsb): mega ~. 2. berkembang dan bertambah maju: negara-negara ~. membangunkan 1. membina atau membentuk sesuatu supaya tegak berdiri; mendirikan: ~ rumah. 2. mengusahakan supaya maju:~ negara adalah tugas setiap rakyat. bangunan sesuatu (spt rumah dsb) yg dibangunkan atau didirikan: Taj Mahal ialah ~ yg tercantik di dunia. pembangunan perbuatan, cara dsb membangunkan sesuatu: ~ luar bandar; ~ masjid itu telah memakan masa dua tahun.Kamus Pelajar
bangun1. bangkit drpd duduk atau drpd baring: Dia ~ dr kerusi malas lalu berdiri di jendela dan melihat ke luar. 2. terjaga drpd tidur; bangkit drpd tidur: Hari sudah siang tetapi Ali belum ~ lagi. 3. menjadi cair kembali (ttg minyak yg beku): Panaskan minyak ini supaya ~. membangunkan 1. mengejutkan orang drpd tidur; menggerakkan orang tidur supaya terjaga: Tiap-tiap pagi ayah ~ saya supaya bersembahyang subuh dgnnya. 2. menimbulkan semangat dsb; membangkitkan: Kita hendaklah ~ minat membaca di kalangan kanak-kanak.Kamus Pelajar
ketindihan2 tidak dpt bergerak atau tidak dpt bangun ketika sedang berbaring walaupun dlm keadaan sedar utk bangun.Kamus Pelajar
penindas2 tidak dpt bergerak atau tidak dpt bangun ketika sedang berbaring walaupun dlm keadaan sedar utk bangun.Kamus Pelajar
papah; berpapahberpegang atau berpaut pd sesuatu ketika berjalan atau bangun: Ketika turun di tangga itu dia ~ pd anaknya. memapah membantu orang berjalan atau bangun dgn memegang badannya.Kamus Pelajar
memapahmembantu orang berjalan atau bangun dgn memegang badannya.Kamus Pelajar
jaga(dlm keadaan) tidak tidur; bangun (drpd tidur):Anak itu sudah ~ drpd tidurnya. berjaga 1. tidak tidur kerana sesuatu hal:Ibu itu ~ sampai pagi kerana anaknya sakit kuat. 2. berkawal utk menjaga keselamatan. berjaga-jaga 1. berhati-hati; berwaspada: Ia ~ kalau-kalau pencuri itu datang lagi ke rumahnya. 2. tidak tidur sepanjang malam; merayakan majlis perkahwinan dll siang malam terus-menerus: Maka baginda pun ~ empat puluh hari empat puluh malam utk mengahwinkan puterinya. menjaga 1. mengawasi (supaya selamat atau tidak ditimpa bahaya); mengawal: Polis wanita spt polis lelaki, bertugas ~ keamanan. 2. memelihara; mengasuh:Ia ~ anaknya spt menatang minyak yg penuh. 3. memberi perhatian yg sungguh-sungguh; mengikhtiarkan; mengusahakan: Jika engkau tinggal di sana, siapa yg akan ~ makan minum engkau? menjagakan membangunkan drpd tidur; menggerakkan; mengejutkan:Ia ~ suaminya apabila terdengar olehnya bunyi orang mengetuk pintu. terjaga 1. terbangun (drpd tidur); terkejut: Ia ~ pd pukul lima pagi lalu pergi mandi. 2. terpelihara; terlindung:Keselamatan mereka sentiasa ~. jagaan kawalan: Orang salah itu di bawah ~ polis. penjagaan perbuatan menjaga (mengawasi, memelihara dll); pengawalan. penjaga 1. orang yg menjaga (memberi perlindungan, memelihara dll): ~ kedai itu orang India. 2. hantu atau orang halus yg dipercayai menunggu sesuatu tempat (pohon, busut dll); penunggu: Orang-orang di situ percaya bahawa busut itu ada ~nya.Kamus Pelajar
tegak1 bangkit atau bangun dr tempat duduk dsb; berdiri: Dia pun ~ dr kerusinya.Kamus Pelajar
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bangun

Puisi
 

Menari bangun menepung,
     Makan tepung bibir rasa;
Nyaris abang mati terkepung,
     Mujur ada sepintu dua.



Lihat selanjutnya...