Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Artikel ; Karyawan ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Multimedia ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Dialek ; Majalah ; Pantun ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Kamus Bahasa Melayu Kamus Bahasa InggerisBahasa Sukuan v1.0Bahasa Sukuan v2.0Glosari Leksikal Bahasa SukuanKamus Melayu ParsiKamus SainsKamus Thai Melayu DewanDaftar Rumi-Jawi(Beta)Kamus Parsi(Beta)Kamus Thai(Beta)Bahasa Sukuan Bajau
Kata Takrif Sumber
alat1. apa-apa yg diperlukan dan digunakan apabila melakukan sesuatu pekerjaan; perkakas: Segala jenis ~ pertukangan ada di rumahnya. 2. ki apa-apa yg digunakan utk mencapai sesuatu maksud: Mereka dijadikan ~ utk memecahkan perpaduan rakyat. ~ bahagi alat yg mempunyai dua tangan dan digunakan utk membahagi garisan atau sudut, utk mengukur atau menandai sesuatu jarak. ~ bunyi-bunyian (muzik) perkakas (spt piano, biola dll) yg digunakan utk mengeluarkan bunyi yg berlagu. ~ kebesaran (kerajaan) barang-barang yg digunakan dlm upacara raja-raja. ~ mengajar perkakas yg diperlukan ketika mengajar. ~ pencernaan bahagian dlm tubuh yg mencernakan makanan. ~ perang (senjata) segala jenis perkakas perang. ~ solek segala jenis bahan (spt bedak, gincu bibir, minyak wangi dsb) yg digunakan utk memperindah wajah, kulit, rambut dll. memperalat ki menjadikan seseorang sbg alat. peralatan berbagai-bagai alat.Kamus Pelajar
air1. cecair spt yg terdapat di laut (sungai, tasik, telaga dsb) dan dpt digunakan utk berbagai-bagai tujuan. 2. cecair yg terdapat dlm buah-buahan atau tumbuh-tumbuhan: Tebu ini banyak ~nya. ~ api asid. ~ bah banjir. ~ batu (beku) air yg beku kerana terlalu sejuk; ais. ~ batu apung ais yg besar (serpihan glasier) yg mengapung di laut. ~ besar . a. banjir. b. najis; tahi. ~ emas a. lapisan atau dakwat emas. b. benang emas. ~ kecil (seni) air kencing. ~ lembut ist air yg mudah berbuih apabila dikocakkan dgn sabun. ~ liat ist air yg tidak mudah berbuih apabila dikocakkan dgn sabun. ~ liur air dlm mulut yg menolong melembutkan dan menggumpalkan makanan yg dikunyah. ~ mandi a. air yg digunakan utk mandi. b. ki sesuatu yg menjadi kebiasaan. ~ mata air yg keluar dr mata (ketika menangis dll). ~ mawar air yg harum baunya (disuling drpd bunga mawar). ~ minum air utk diminum. ~ muka a. permukaan air. b. rupa muka; paras; wajah. ~ pasang air yg sedang naik (ttg air laut). ~ sebak air sungai yg sudah tepu tetapi tidak melimpahi tebing. ~ sembahyang wuduk. ~ surut air yg sedang turun (ttg air laut). ~ tawar air biasa yg tidak berasa apa-apa. ~ terjun aliran air pd tempat yg curam (spt pd tebing, lereng bukit dsb). ~ udara ist air yg terdapat dlm udara. ~ wangi air yg harum baunya. berair berisi air; mengeluarkan air: Telaga ini tidak ~. mengair menjadi air; spt air. mengairi mengalirkan air ke; membubuh air pd; menggenangi (sawah dll). perairan laut yg termasuk dlm daerah sesebuah negara. pengairan perbuatan atau hal mengairi (sesuatu kawasan). keairan digenangi air; kena air.Kamus Pelajar
1
Tesaurus
 
wajah (kata nama)
1. Bersinonim dengan muka: paras, rupa, roman muka, tampang muka, bentuk muka, raut muka, air muka,

2. Bersinonim dengan keadaan luaran: rupa, bentuk.,


Puisi
 

Sampan kolek di Pulau Jemaja,
     Pulau Sibu tempat bayangan;
Wajah yang molek ditatap saja,
     Hati yang satu digadai jangan.



Lihat selanjutnya...