Kata |
Takrif |
Sumber |
sektor /séktor/ | 3 bahagian (daerah) pertempuran. | Kamus Pelajar |
sektor /séktor/ | 2 bahagian dlm bulatan yg terletak di antara dua garis lurus dr pusat bulatan itu; tembereng tajam. | Kamus Pelajar |
sektor /séktor/ | 1 bidang sesuatu usaha spt pertanian, perkilangan dsb: Menjelang tahun 1990 kerajaan mengharapkan kaum Bumiputera memiliki modal sebanyak 30% dlm ~ perniagaan | Kamus Pelajar |
mikroekonomi | (mikroékonomi) cabang ekonomi yg berkaitan dgn firma, komoditi, pengeluar, pengguna dsb tertentu serta hubungan ekonomi antara sektor-sektor yg berkenaan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sektor | /séktor/ 1 bidang sesuatu usaha spt pertanian, perkilangan: Menjelang tahun 1990, kerajaan mengharapkan kaum Bumiputera memiliki modal sebanyak 30% dlm ~ perniagaan. 2 bahagian dlm bulatan yg terletak di antara dua garis lurus dr pusat bulatan itu; tembereng tajam. 3 bahagian (daerah) pertempuran. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
sektor | (séktor) 1. bahagian bulatan yg letaknya di antara dua garisan lurus dr pusat bulatan itu, tembereng tajam; 2. bahagian (daerah) pertempuran (ketenteraan); 3. bidang sesuatu usaha (kegiatan industri, pertanian, dll): ~ pertanian merupakan tulang belakang eko-nomi Malaysia; ~ awam bidang yg berkaitan dgn kerajaan dan orang ramai; ~ swasta bidang yg berkaitan dgn pihak swasta (spt syarikat-syarikat perniagaan dsb). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
merekayasa | melakukan rekayasa: DBP harus lebih serius ~ bahasa Melayu di semua sektor, terutama sektor swasta; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sektor rosak(bad sector) | Sektor pada cakera yang tidak boleh dibaca atau ditulis dengan betul. Biasanya kerosakan pada sektor ini berpunca daripada kecacatan pada permukaan cakera dan ada kalanya sektor ini sengaja dirosakkan sebagai langkah keselamatan. | Kamus Komputer |
rekayasa | (rékayasa) penerapan unsur-unsur ilmu, budaya, dsb dlm perancangan, mekanisme kerja, dll sbg asas melaksanakan sesuatu; merekayasa melakukan rekayasa: DBP harus lebih serius ~ bahasa Melayu di semua sektor, terutama sektor swasta; perekayasaan proses merekayasa: MABBIM akan mengusahakan kegiatan kebahasaan melalui ~ bahasa ilmiah dan kreatif serta penerbitan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pacuan CAV(CAV drive) | Kaedah pemacuan yang membolehkan data dicapai dengan pantas dan digunakan oleh kebanyakan cakera liut dan cakera keras. Dalam kaedah ini data disusun mengikut potongan jalur yang dibentuk daripada pembahagian piring cakera kepada jejak dan sektor. Jumlah bit setiap sektor adalah tetap. Sektor yang berada lebih hampir dengan pusat cakera akan mempunyai bit yang lebih padat. | Kamus Komputer |
Kata |
Takrif |
Sumber |
hit | 5. affect adversely, (act.) memberikan pukulan kpd; (pass.) menerima pukulan: the industrial sector was badly ~ by the recession, sektor perindustrian menerima pukulan teruk akibat kemelesetan; the divorce ~ him hard, perceraian itu memberikan pukulan hebat kepadanya; 6. encounter, a. (problem, snag, etc) menghadapi: I stopped at the point where I ~ a difficult part in my work, saya terhenti pd takat saya menghadapi masalah dlm kerja saya; b. (storm etc) dilanda, terkena: we ~ a snowstorm as we descended the mountainside, kami dilanda ribut salji sewaktu kami menuruni gunung itu; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
hive | ~ off, keluar (dr + approp n); (of section, division of organization) dipisahkan (dr + approp n): he ~d off to form his own firm, dia keluar dr syarikat itu dan membentuk firmanya sendiri; the marketing division ~d off to form a new company, bahagian pemasaran dipisahkan dr badan induk utk membentuk syarikat baru; ~ off st, memisahkan sst (dr + approp n); (from public to private sector) memindahkan sst: to ~ off the national steel industry to the private sector, memindahkan industri keluli negara kpd sektor swasta. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
regional account | akaun wilayah | Perancangan dan Pembangunan Bandar | Tiada | Struktur ekonomi wilayah yang digambarkan melalui saling kaitan ekonomi antara sektor-sektor utama. |
input-output table | jadual input-output | Perancangan dan Pembangunan Bandar | Tiada | Satu set akaun, lazimnya dalam bentuk kewangan yang disediakan bagi ekonomi tertentu. Ia dapat memberikan gambaran yang jelas tentang hubungan antara sektor- sektor yang berlainan dalam ekonomi, dengan tumpuan khas kepada hubungan antara industri. |
sector virus | virus sektor | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Virus yang menjangkiti sektor but pada cakera komputer atau disket. Virus ini sentiasa menyasarkan ruangan but cakera kerana ruang ini mengandungi arahan dan atur cara pertama yang akan dimuatkan ke dalam ingatan sebagai sahaja komputer dimulakan atau disket dimasukkan pada komputer. Setelah menjangkiti sektor but, fail asal dalam sektor ini akan dipindahkan ke sektor lain dalam sistem komputer yang akan ditandakan sebagai rosak. Peningkatan kadar sektor storan yang rosak secara mendadak menunjukkan kewujudan virus sektor. Contoh virus sektor ialah BRAIN. Sinonim virus sektor but. |
agrarian reform | reformasi agraria | Sains Politik | Politik Perbandingan | Tindakan yang bertujuan mengubah hala tuju dan orientasi sektor pertanian. Tindakan ini diambil ekoran daripada persaingan yang wujud antara sektor pertanian dengan perindustrian serta kebimbangan terhadap terpinggirnya sektor ini dalam sumbangannya kepada pembangunan negara. Melalui program pemulihan, sektor pertanian diberi orientasi yang bersifat komersial dalam setiap produktiviti yang dihasilkan. Contohnya, pembaharuan agraria di Malaysia yang dibuat melalui penerokaan tanah pertanian seperti tanah rancangan FELDA dan FELCRA. Sinonim pembaharuan agraria/pemulihan agrarian. |
quasi-government | separa kerajaan | Sains Politik | Politik Perbandingan | Kuasa bersama pemerintah dan sektor swasta dalam urus tadbir terutamanya untuk membentuk dasar awam. Autoriti ini dikatakan separa kerana sektor swasta turut memiliki kuasa mengarah selain daripada kuasa kerajaan. Kuasa sektor swasta ini diterima oleh kerajaan di samping kerajaan masih memainkan peranannya dalam membentuk dasar awam. |
input-output analysis | analisis input-output | Perancangan dan Pembangunan Bandar | Tiada | Kajian empirikal tentang perkaitan kuantitatif antara aktiviti ekonomi yang saling berkait, dan mengukur perkaitan antara sektor pengeluaran dengan sektor penggunaan dalam sesebuah negara. |
dualism | dualisme | Ekonomi | Tiada | Kewujudan bersama di satu kawasan ekonomi dua keadaan atau fenomenon yang berlawanan dan saling terpisah daripada kumpulan masyarakat kawasan tersebut. Misalnya, kewujudan kemiskinan dan kemewahan, sektor moden dan sektor tradisional, dan kemajuan dan kemunduran. |
transportation sector | sektor pengangkutan | Teknologi Hijau | Reka Bentuk Teknologi Hijau | Bidang yang menyediakan kemudahan untuk pergerakan manusia, barangan dan haiwan dengan mewujudkan pelbagai infrastruktur. Sektor pengangkutan merangkumi syarikat penerbangan, logistik, kargo udara, marin, kereta api, infastruktur dan perkhidmatan pengangkutan. |
mixed economy | ekonomi campuran | Ekonomi | Tiada | Sistem ekonomi yang sebahagian peruntukan sumbernya dikawal oleh sektor swasta, dan sebahagian lagi oleh sektor awam. Ini bererti sistem ini menggabungkan unsur-unsur sistem ekonomi kapitalis dan sistem ekonomi sosiolis. Sinonim sistem campuran, sistem ekonomi campuran. |
mature economy | ekonomi matang | Ekonomi | Tiada | Ekonomi yang cukup maju, yang sudah sampai ke tahap pertumbuhan terakhir, apabila sektor dalaman sudah cukup teguh dan berupaya mengeluarkan barangan atau perkhidmatan yang diperlukan oleh masyarakat. Sektor luar dicirikan oleh pelaburan ke luar negeri yang besar. Istilah ini mula digunakan oleh Rostow untuk merujuk tahap pertumbuhan ekonomi yang boleh dicapai oleh sesebuah negara. Kegiatan ekonomi lebih banyak tertumpu pada sektor perkhidmatan dan peningkatan taraf hidup. |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
industri | sektor [sektor] | Melanau Dalat | |
sektor | bidang [bida] | Melanau Dalat | |
kuasan | sektor | TETAW | |
Kamus Sains.indb bahagian tengah corong ini terdapat sekeping porselin bulat yang berliang untuk membolehkan cecair mengalir melaluinya. Kertas turas diletakkan di atas kepingan berliang semasa penurasan sedutan dilakukan. (KIM) bucket (baldi) 1. Sektor dalam fail cakera komputer. 2. Nama am bagi pemuat bercas yang digunakan dalam litar ingatan capaian rawak. (KOM) bucket brigade (briged baldi) Rangkaian pemuat yang berfungsi untuk memindahkan cas dari
|
Kamus Teknologi Maklumat ct.indd gadaian hutang gadaian sah guna semula objek guna semula objek guna semula objek (Ig. object reuse; Br. objek guna balik; Id. objek pakai ulang) Pemetaan semula suatu medium penyimpanan seperti sektor cakera, kerangka muka surat ingatan, dan pita magnet yang mengandungi satu atau lebih objek. Tujuan pemetaan ini untuk menerima data baru setelah memastikan tiada lagi data yang disimpan dalam objek kata laluan secara automatik untuk mendapat kebenaran mencapai suatu sistem kompu ter. Kata laluan boleh dijana secara rawak sepenuhnya ataupun berdasarkan ciri kata laluan yang ditetapkan oleh pemilik sistem. penjangkit sektor but (Ig. boot sector infector (BSI); Br. penjangkit sektor but (BSI); Id. penjangkit sektor but) Virus yang meletakkan kod awalnya dalam sektor but yang menyebabkan atur cara virus ini dilaksanakan
|
Kamus Thai 2.indb บรรจุ [bancu] ก 1 mengisi: รัฐบาล เกณฑ ์ บรรดาบัณฑิตใหม ่ ทั้ งหลายเพื่ อบรรจุ ตำแหน ่ งว ่ างของภาคราชการ Kerajaan me rekrut para graduan baru untuk mengisi jawatan kosong sektor awam. 2 mema sukkan: ทหารไทยในอิรักบรรจุศพสองทหาร ไทยเข ้ าในโลง Tentera Thai di Iraq me- masukkan mayat dua orang perajurit Thai ke dalam keranda. บรรณาการ [banna:ka:n] น ufti: เจ ้ นแบ ่ ง เป็นสองภาคคือภาคทฤษฎีและภาคปฏิบัติ Kursus itu terbahagi kepada dua ba- hagian iaitu teori dan amali. 2 sek- tor: ภาครัฐจะต ้ องเคียงบ ่ าเคียงไหล ่ กับภาค เอกชนเพื่ อนำไปสู ่ ความสำเร็จในการพัฒนา ประเทศ Sektor awam perlu bergan ding bahu dengan sektor swasta untuk mencapai kejayaan dalam pembangu- nan negara. 3 siri: ภาพยนตร ์ เจมส ์ บอนด ์ ภาคสามกำลังฉายในโรงภาพยนตร ์ ต ่ าง ๆ
|
Kamus Thai 2.indb perkhidmatan kapal terbang: บริษ ั ท การบินแห ่ งหนึ่ งได ้ ร ั บใบอนุญาตให ้ เดินอากาศ ภายในประเทศ Sebuah syarikat pener bangan mendapat lesen untuk meng usahakan perkhidmatan kapal ter bang sektor domestik. เดิม [d:m] ว asal: ตระกูลเดิมของชีคดาวุด มาจากป ั ตตานี Keturunan asal Syeikh Daud dari Pattani. เดิมที [-ti:] ว pada asalnya: เดิมทีเขา เป็นครู ต ่ อมาเขาก็เป็นทนายความ Pada asal nya, dia |
Kata |
Sebutan |
Jawi |
sektor | [sék.tor] | سيکتور |
Istilah Bahasa Melayu |
Istilah Bahasa Inggeris |
Huraian |
Peringkat |
carta pai | pie chart | Perwakilan data statistik yang menggunakan sektor bulatan yang nilai-nilainya diwakili mengikut sudut sektor. Lihat rajah | Menengah Atas |
sektor | sector | Bahagian satu bulatan yang dibatasi oleh dua jejari dan lengkok yang menyambungkan titik hujung dua jejari itu. Lihat rajah | Menengah Atas |
sektor | sector | Bahagian dalam bulatan yang dibatasi oleh dua jejari dan lengkok yang menyambungkan titik hujung dua jejari itu. Lihat Contoh | Menengah Rendah |
sektor | sector | Bahagian sesuatu bulatan yang dibatasi oleh dua jejari dan lengkok yang menyambungkan titik hujung dua jejari itu. Lihat Contoh | Sekolah Rendah |
radian | radian | Unit ukuran sudut sektor pada bulatan. ∏ radian = 180°, maka 1 radian = 57.296°. | Menengah Atas |
|
Tesaurus |
---|
| sektor (kata nama,) | Bahasa Asal :Inggeris | 1. Bersinonim dengan bahagian: daerah, kawasan, zon, blok, cawangan,
2. Bersinonim dengan bidang: jurusan, pihak, kategori, peringkat, tingkatan, jenis, kelas, cabang.,
|
|
|