Kata |
Takrif |
Sumber |
sekolah menengah | sekolah drpd tingkatan satu hingga tingkatan enam. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
sekolah | ~ menengah sekolah drpd tingkatan satu hingga tingkatan enam. | Kamus Pelajar |
darjat | 1. tingkatan atau taraf kedudukan dlm masyarakat (sebagaimana yg biasanya ditentukan atau dipengaruhi oleh asal keturunan, kekayaan dll), tingkatan kedudukan (dlm pengertian yg luas), martabat: ayahnya masih tetap mempertahankan ~ keturunannya; 2. ark taraf (besar kecilnya dll), darjah, tingkatan: denda yg dikenakan adalah mengikut ~ atau takrif kesalahan yg dilakukan; 3. Id darjah: sekolah yg sama ~nya dgn S.M.A; 4. Id unit ukuran (sudut, suhu): sudut 45 ~; 15 ~ C; 5. Id gelaran kpd pelajar yg lulus dlm peperiksaan peringkat universiti; sedarjat sama parasnya atau tingkatannya dsb (bkn pangkat, kedudukan, keturunan, dll) sama darjatnya, setaraf; berdarjat 1. berkedudukan atau bertaraf tinggi (dlm masyarakat), berpangkat: katanya ia cinta padaku, tetapi apabila datang orang yg ~, aku diterajangnya; 2. = berdarjat-darjat mempunyai (beberapa) darjat atau lapisan, bertaraf(-taraf), bertingkat(-tingkat): masyarakat yg masih ~-darjat; mendarjatkan 1. menjadikan berdarjat (bertaraf, berkedudukan); 2. membaikkan (menaikkan) mutu atau keadaan; ~ baka membaikkan mutu baka; menyedarjatkan menjadikan sama darjatnya, menyamakan darjatnya (tingkatannya, kedudukannya), menyetarafkan; pendarjatan perbuatan mewujudkan darjat (dlm sesebuah institusi dll): sistem ~ politik. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tingkatan gaji | peringkat (tingkat) gaji; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tingkatan | tingkat, kelas, peringkat, perenggan, takat; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tingkatan | 2 darjah (di sekolah menengah). | Kamus Pelajar |
tingkatan | 1 peringkat; kelas; taraf (kedudukan dsb): orang ~ atasan orang dr golongan atasan. | Kamus Pelajar |
taraf | 1. tinggi rendahnya atau buruk baiknya (nilai sesuatu), darjah, mutu, tingkatan: peradaban mereka telah mencapai ~ yg tinggi; 2. tingkatan kedudukan dlm masyarakat, martabat, darjat: di pelantaran stesen ramai pembesar negeri berdiri dan berbaris menurut ~ masing-masing; 3. batasan waktu, tingkatan masa, peringkat: mesyuarat itu masih pd ~ permulaan lagi; ~ hidup tingkat kemewahan hidup; ~ sosial kedudukan dlm masyarakat, darjat; setaraf sama taraf, sedarjat, sejajar, setara, setingkatan: tiap-tiap calon mestilah mempunyai Sijil Rendah Pelajaran atau ke-lulusan yg ~ dengannya; menyetarafkan 1. menjadikan setaraf, menyamakan (darjatnya), menyetarakan (dgn), menjajarkan (dgn): jawatan Peguam Negara sudah disetarafkan dgn menteri; Sijil Pelajaran Malaysia disetarafkan dgn Sijil Persekolahan Seberang Laut; 2. menyepadankan dgn, menyesuaikan dgn: dia ~ keperluannya dgn pendapatannya; bertaraf mempunyai taraf (darjat, tingkatan): masyarakat mereka masih ~ rendah; kita ini sbg bekas anak revolusi dan sekarang ini ~ calon angkatan perang yg rasmi; menarafkan menentukan darjat (pangkat dll): pembuat dasar ~ negara berdasarkan kriteria dan keadaan yg berbeza-beza; penarafan 1. perihal atau perbuatan me-narafkan: ~ itu dibuat berdasarkan tujuh peringkat skala; 2. (Eko) penilaian terhadap kedudukan sesuatu sekuriti, kewangan, dsb yg dibuat oleh agensi bebas dgn memberikan gred tertentu berdasarkan kriteria yg ditetapkan: ~ itu juga menggambarkan daya keuntungan bank tersebut. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
darjat | 1 tingkatan pd pangkat (keturunan, kedudukan dll): Dia menduduki ~ yg tinggi dlm masyarakat Melayu. 2 taraf besar kecilnya; tingkatan: Tiap-tiap denda itu dipadankan dgn ~ kesalahan seseorang. berdarjat 1 berkedudukan (berketurunan, berkelulusan) tinggi; berpangkat. 2 ada darjatnya: satu masyarakat yg ~-darjat. sedarjat sama pangkat (kedudukan, keturunan dll); setaraf. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
darjah | 1. tingkatan atau peringkat pelajaran di sekolah rendah: adik saya bersekolah baru dlm ~ tiga; 2. paras (utk menunjukkan tinggi rendahnya sesuatu keadaan, pencapaian dll), peringkat, tingkatan, taraf: pembangunan ekonomi utk meninggikan ~ kehidupan rakyat; ~ mutu yg dicapai; 3. satuan atau unit ukuran (sudut, suhu) yg dilambangkan dgn tanda ° selepas angka: satu sudut tepat mempunyai 90 ~ (90°); air membeku pd suhu 0 ~ Centigrade (0°C) atau 32 ~ Fahrenheit (32°F); 4. ark darjat (taraf kedudukan dlm masyarakat); berdarjah 1. berkelulusan (darjah tertentu), sudah mencapai peringkat pelajaran (di sesuatu darjah tertentu): jawatan tersebut memerlukan orang yg ~ sembilan; 2. ark = berdarjah-darjah berdarjat(-darjat), bertaraf(-taraf), bertingkat(-tingkat): orang-orang Melayu masih ~ kedudukan mereka dlm masyarakat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Kata |
Takrif |
Sumber |
form | 4. (gram.) bentuk: the plural ~s of English verbs, bentuk-bentuk jamak kata kerja Inggeris; 5. document to be filled in, borang: an application ~, borang permohonan; to fill in a ~, mengisi borang; 6. series of prescribed actions, ceremony, tatacara: the traditional ~ of the marriage service, tatacara tradisional perkahwinan; 7. class in secondary school, tingkatan; 8. a. (in sport) fitness, ability, kecergasan, ketangkasan: his ~ has deteriorated recently, kecergasannya telah menurun akhir-akhir ini; b. performance, prestasi: judging by recent ~, West Germany should easily win the match tonight, memandangkan prestasinya baru-baru ini, Jerman Barat agaknya akan memenangi perlawanan malam ini dgn mudah; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
fit1 | adj 1. (suitable, appropriate) sesuai; (competent, worthy) layak: the water is not ~ to drink, air itu tdk sesuai utk diminum; he is ~ for the position, dia sesuai utk jawatan itu; this is not a ~ time to talk about the matter, ini bukan masa yg sesuai utk bercakap ttg perkara itu; do you think he is ~ to teach the Sixth Form?, kamu rasa dia layak utk mengajar Tingkatan Enam?; 2. in good health, sihat; (foll by infin) cukup sihat: he is not ~ at the moment: he cant walk a hundred yards without getting out of breath, dia tdk sihat pd masa ini: berjalan seratus ela pun dia mengah; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
pum IV | tingkatan (bkn persekolahan): ~ 1 tingkatan 1; ~ 5 tingkatan 5. | Melanau Mukah | |
paih II | lulus: ~ pum lima lulus tingkatan lima; | Melanau Mukah | |
sekil III | skala; 1 tanda-tanda yg terdapat pd alat pengukur jangka suhu dsb utk menentukan besarnya satu ukuran: ~ Celsius skala Celsius; ~ rula skala pembaris; 2 tingkatan, gaji, dll; 3 nisbah atau kadar jarak dlm peta, pelan, dll sbg ganti yg sebenarnya: pelen le | Melanau Mukah | |
pakat I | pangkat; 1 martabat, darjat, kedudukan dlm sesebuah masyarakat: wak negui selalu a yenlah ~ jegem reta yg selalu dipandang orang ialah pangkat dan harta; 2 tingkatan kedudukan dlm kerja di pejabat, dlm ketenteraan, dll: baai ~ turun pangkat; bawai ~ naik | Melanau Mukah | |
kelaih | kelas; 1 bilik tempat belajar, bilik darjah: murip-murip nda masuok ~ murid-murid belum masuk kelas; 2 perkumpulan utk mempelajari sst: ~ sains kelas sains; 3 peringkat, tingkatan, pelajaran yg diikuti: a belajer ~ dibak pelajar-pelajar kelas bawah; 4 gol | Melanau Mukah | |
Kata |
Sebutan |
Jawi |
tingkatan | [ting.ka.tan] | تيڠکتن |
|
|