Kata |
Takrif |
Sumber |
jurusan | 1 tujuan; arah. 2 aliran bahagian pengajian atau mata pelajaran: ~ sains. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
jurusan | 1. arah, tujuan: kapal terbang itu datang dr ~ Singapura; mereka berjalan ke satu ~; 2. bahagian pengajian (ilmu pengetahuan): dia mengambil kursus dlm ~ ekonomi; sekolah aneka ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
jurusan | 1. tujuan; arah. 2. aliran bahagian pengajian atau mata pelajaran: ~ sains. | Kamus Pelajar |
arah | 1. hala, jurusan: ia mencari ~ datangnya suara itu; 2. maksud, tujuan: bercakap tidak tentu ~; ~ aliran arah sesuatu pergerakan, perkembangan (sama ada makin meningkat atau menurun); ~ ke = ke ~ hala ke, menuju ke, menghadap ke; searah sama arahnya, sehaluan, sejurusan, setujuan; arah-arah Mn serupa, hampir sama; berarah mempunyai arah, berhala, berhaluan, bertujuan: ~ ke selatan; mengarah 1. menghadap ke sesuatu arah, menghala: pintu kota itu ~ ke sebelah barat; 2. membawa kita ke sesuatu arah (bkn jalan, jambatan, dsb), pergi ke sesuatu arah (bkn orang, kenderaan, dsb), menuju: sebuah jambatan ~ ke Banting; berjalan ~ ke Kajang; 3. memberi tekanan pd sesuatu hal, berat, condong: perbincangan mereka ~ kpd hal yg lebih berat spt masalah kemiskinan orang-orang Melayu; 4. mengepalai, mengetuai: ~ peperangan melawan pengganas komunis; 5. mengatur (mengurus atau mengelolakan serta menyelia) sesuatu persembahan seni spt drama (filem dsb): beliau telah ~ beberapa buah filem Melayu; 6. menyuruh kenderaan dsb mengikut sesuatu jalan (bkn polis lalu lintas dsb): polis sedang ~ lalu lintas di kawasan itu setelah beberapa jalan terpaksa ditutup; mengarah-arahi 1. menyamai, menyerupai: rupanya ~ ayahnya; 2. mengecamkan, menandai (melihat utk mengenal): ~ rupa orang; mengarahkan 1. menggerakkan ke arah, menghadapkan, menghalakan: perempuan itu ~ pandangannya pd anaknya; 2. = mengarah-arahkan ark memaksudkan, memperamat-amati benar: ~ keuntungan saja; 3. memberi petunjuk, memberi perintah: polis diarahkan bersikap sopan; terarah 1. terhala, tertuju, dimaksudkan: kata-katanya itu ~ kpd lawannya; 2. telah ditentukan arahnya (tujuannya): perancangan dan perkembangan yg ~; arahan 1. pimpinan, pengawasan: filem ~ pengarah Hussain Haniff; 2. petunjuk, perintah: duta itu berkata, ~ mengenai perkara ini sedang ditunggu dr Kaherah; ~ bank (Eko) arahan pelanggan kpd bank utk membuat pembayaran bagi pihaknya kpd bank lain; 3. ark orang yg menjadi pembantu; pengarahan 1. perbuatan mengarahkan (menghalakan), penghalaan: ~ peluru berpandu; 2. perihal mengarah (memberi tekanan pd sesuatu, condong terhadap sesuatu, dsb): ~ kpd sesuatu sumber itu bergantung pd sifat pertembungan kebudayaan dan hubungan sosial; pengarah 1. orang yg kerjanya mengarah (filem, drama, dsb); 2. orang yg dipilih utk mengawal atau mentadbirkan perjalanan sesuatu projek (jabatan, syarikat, perbadanan, dsb): P~ Perkhidmatan dan Perjawatan; ~ bukan eksekutif pengarah sesebuah syarikat yg bukan ahli sepenuh masa syarikat itu, tetapi memberikan khidmatnya dlm menasihati pengarah-pengarah lain; ~ eksekutif ahli lembaga sesebuah syarikat yg juga merupakan staf (biasanya sepenuh masa) syarikat itu yg mempunyai tanggungjawab tertentu, mis yg berkaitan dgn kewangan dan pengeluaran; ~ urusan ketua pegawai eksekutif sesebuah syarikat yg bertanggungjawab kpd lembaga pengarah dan terhadap keseluruhan pengurusan dan perjalanan syarikat; kepengarahan perihal (sifat, bakat, kebolehan dsb) yg berkaitan dgn pengarah: sediakanlah diri dgn ilmu ~ dahulu, bukannya sekadar mengisi kalendar pengarah di sesebuah produksi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
aspek | /aspék/ segi pandangan; jurusan pandangan: Dr ~ ekonomi, projek itu merugikan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
ke belakang | 1. ke jurusan belakang (surut, mundur, dll): menoleh ~; 2. ke bahagian belakang rumah (ke dapur dll): ia minta diri pergi ~ utk menjemput isterinya; 3. bh buang air besar atau kecil: saya hendak ~ sekejap; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
arah | 1 hala yg dituju; jurusan: Ketika keluar dr biliknya, dia menjeling ke ~ kami. ~ songsang jam arah yg berlawan dgn arah putaran jarum jam. 2 tujuan; maksud: berkata tidak tentu ~ berkata dgn tidak tentu maksudnya. mengarah pergi atau menghadap ke arah tertentu; menghala; menuju: Meriam-meriam itu telah dipasang ~ ke laut. mengarahkan 1 menggerakkan sesuatu ke arah; menghalakan; menujukan; menghadapkan: Sambil berundur hendak lari, penyamun itu ~ pistolnya kpd kami. 2 mengeluarkan perintah dsb kpd; memerintahkan: Kapten tsb ~ orang-orang bawahannya mengepung kubu pengganas itu. 3 memimpin perusahaan, jabatan dsb; mengurus; mengelolakan: Seorang yg berpengalaman selama beberapa belas tahun dilantik utk ~ syarikat perniagaan itu. arahan 1 pimpinan; kelolalan: Drama itu dipentaskan di bawah ~ Encik Kassim. 2 perintah: Kerajaan telah mengeluarkan ~ melarang bermain mercun. ~ komputer ist arahan yg diberikan kpd komputer utk melaksanakan tugas tertentu. pengarahan perihal, perbuatan dsb mengarah atau mengarahkan. pengarah orang yg mengarahkan; pengelola (dlm sesuatu jabatan dsb): ~ Jabatan Bahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka. ~ urusan ketua pegawai eksekutif sesebuah syarikat yg bertanggungjawab kpd lembaga pengarah dan terhadap seluruh pengurusan dan perjalanan syarikat tsb. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tuju I | 1. arah, hala, jurusan: ke mana ~nya?; 2. = tujuan maksud, kehendak, sasaran; setuju 1. = setujuan sama arahnya (maksudnya, tujuannya, dll): dasar perjuangan kita adalah ~; 2. = bersetuju tidak bertentangan (pendapat, fikiran, dll), semuafakat, sependapat: aku ~ dgn kata-katanya; 3. = bersetuju serasi, cocok, sesuai: jikalau barang suatu perkataan itu dipakai berpatutan dgn tempatnya nescaya sedaplah bunyinya dan ~lah dgn ertinya; 4. ark = bersetuju tertarik hati kpd, berasa senang akan, berkenan: jika tuan ~ ambillah; 5. = bersetuju, bersetujuan berbetulan (dgn), bertepatan (dgn); menyetujui, mempersetujui menyatakan bersetuju dgn, tidak menentang atau mem-bangkang (pendapat dll), membenarkan, mengiakan: rasa berat hati anakanda hendak ~nya; permintaan itu dipersetujuinya; menyetujukan, mempersetujukan menjadikan setuju, mencocokkan, mengakurkan, menyesuaikan; persetujuan 1. pernyataan setuju (memperkenankan, membenarkan), pembenaran, pengesahan: pernikahan anaknya tempoh hari tidak mendapat ~nya; 2. sesuatu yg telah dipersetujui (oleh kedua-dua belah pihak), kata sepakat yg dicapai, perjanjian: akhirnya mereka mendapat ~ membuka kedai buku dgn modal lima puluh ringgit seorang; 3. perihal setuju, kecocokan, keselarasan, kesesuaian; menuju 1. = ~ ke = ~ arah ke pergi ke, arah ke: maka kedua-dua hulubalang itu berjalanlah ~ gunung itu; 2. mengikut arah (hala), mengabah, mengarah, menghala: pembuluh ini masuk ~ ke hati; 3. membalingkan (melontarkan) kpd: melempar ~ tampuk; 4. menghendaki, memaksudkan: engkau yg ditujunya, tetapi yg lain yg didapatinya; 5. bermaksud utk mencapai, bertujuan utk menuntut sesuatu: segala perintah dan hukumnya itu ~ kpd suatu perkara yg besar, iaitu kesenangan hati bagi segala rakyatnya juga; menujui menuju: tidak lama kemudian sampailah mereka ke negeri yg ditujui; menujukan 1. membawa sesuatu arah ke, mengarahkan ke, mengacukan ke: kapal itu hendak ~ haluannya ke laut; 2. mengalamatkan kpd, mengarahkan kpd, menyampaikan kpd: Radio Malaysia sedang merancang siaran dlm bahasa Perancis yg ditujukan kpd pendengar di Vietnam; tertuju 1. kena tuju, dituju; 2. = ~ kpd diarahkan (dialamatkan, dimaksudkan, dituju-kan) kpd: kedua-dua matanya tetap ~ ke muka Muhammad Sani; 3. ki tertumpu (pd): fikirannya ~ kpd gadis genit itu; tujuan 1. arah, hala, haluan; 2. yg dituju, maksud, matlamat, tuntutan: tiap-tiap manusia berusaha utk mencapai ~ ini; ~ penderita = pelengkap ~ Id objek (dlm ayat), penyambut (dlm ayat); bertujuan 1. mempunyai tujuan, ada yg dituju (dimaksudkan), berhaluan: nampaknya tuan hamba juga ~ hendak ke tempat mereka; 2. Id memakai penyambut atau objek (ayat dll); ketuju; ~ di hati a) tertarik hati, terpikat hati, suka; b) yg disukai, yg digemari; diketujui ark disukai, digemari; penuju; ~ di hati ketuju di hati. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
fakulti | 1. sesuatu cabang atau jurusan pengajian atau ilmu pengetahuan di universiti: ~ perubatan; ~ sains; 2. wakil fakulti utk sesuatu pertandingan dll: pertandingan bola sepak yg akan diadakan minggu depan ialah antara ~ perubatan dgn ~ pertanian; 3. kemampuan (keupayaan) semula jadi otak atau jasad: hanya manusia sahajalah yg mempunyai kesemua ~ ini;manusia itu ialah sejenis makhluk bermasyarakat yg selalu menggunakan ~ pemikiran yg kritis utk meneliti dan mendalami masalah masyarakatnya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
buyar | Jw mengalir ke segala jurusan, meresap berkembang, berserak, bercabang-cabang (fikiran); kertas ~ kertas kembang;membuyarkan membuat buyar. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Kata |
Takrif |
Sumber |
dentistry | n pergigian; (the study) jurusan pergigian: the Department of D~, Jabatan Pergigian; to read ~, mengambil jurusan pergigian. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
danan | arah, hala, jurusan: kuman aan tan ~ silieng manuok yen tuneh ke mana arah terbangnya burung itu tadi. | Melanau Mukah | |
tuju | tuju; 1 arah, hala, jurusan: mapun aan ~ siliengsiyen manuok iyen tuneh ke mana tuju terbangnya burung itu tadi; 2 tujuan, maksud, kehendak, sasaran, tujuan; | Melanau Mukah | |
nyabuong I | haluan; 1 bahagian depan perahu, kapal, dll, lwn buritan: pekedeng gak ~ berdiri di haluan; pangai kuman ~ angin dr haluan; 2 arah, hala, jurusan: pigek ~ mengambil haluan, mengarah haluan; melaleh ~, melaih ~ mengubah haluan; ~ politik haluan politik; ~ | Melanau Mukah | |
Kamus Thai 2.indb diadakan secara rasmi. Selaku sebuah universiti yang menawarkan program sarjana muda dalam bidang bahasa Melayu dan bidang Pengajian Melayu, kami sentiasa sedar akan kesulitan yang dihadapi oleh pelajar kedua-dua jurusan tersebut. Salah satu kesulitan yang sering dihadapi oleh pelajar di PSU, bahkan seluruh pelajar jurusan bahasa Melayu di Thailand ialah kekurangan kamus dwibahasa yang standard untuk dirujuk, sama ada kamus Melayu-Thai atau Thai-Melayu. Memandangkan hakikat tersebut, maka sangat wajar kamus dwibahasa bahasa Thai
|
Kamus Thai 2.indb ่ วยคนนั้ นต ้ องอยู ่ ภายใต ้ การดูแลของ จิตแพทย ์ Pesakit itu dirujuk kepada pa kar sakit jiwa. จิตวิทยา [-wi ttaya:] น psikologi, ilmu jiwa: เขาเป็นนักศึกษาสาขาวิชาจิตวิทยา Dia pelajar jurusan psikologi. จำนอง จิต Kamus Thai 2.indb 110 4/15/2008 11:05:48 AM จ 111 จิตสำนึก [-samnk] น kawalan diri: ถึงแม ้ คุณพ ่ อจะอายุมากแล ้ วแต ่ |
Kata |
Sebutan |
Jawi |
jurusan | [ju.ru.san] | جوروسن |
|
Tesaurus |
---|
| jurus2 (adjektif) | Bersinonim dengan lurus, terus, langsung, tegak, lantas, lulus, lempang;, | | Kata Terbitan : berjurus-jurus, menjurus, menjuruskan, jurusan, |
|
|