Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Multimedia ; Pengesahan Bahasa ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ; Kamus Istilah Sains Kewangan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Peribahasa Melayu

Peribahasa

Berharga di atas rupa, bercupak di atas tumbuh.

Takrif

Tiap-tiap sesuatu hendaklah pada tempatnya. di atas rupa = melihat rupa; bercupak di atas tumbuh = adat diisi apabila sesuatu mengenai adat itu terjadi.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Bagai rupa tokak dibasuh.

Takrif

Sangat buruk. tokak = kudis besar.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Bagaimana rupa begitulah bayangnya.

Takrif

Anak menurut baka bapanya; sesuatu itu menurut asalnya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagaimana acuan begitulah kuihnya; bagaimana contoh begitulah gubahannya, b. Bapa burik anaknya tentu rintik).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Ada rupa, ada harga.

Takrif

Harga barang menurut rupanya (= keadaannya).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Mencongak (= mendongak) rupa kerbau jantan kemudian.

Takrif

Lelaki yang berjalan dengan cemburu di belakang isterinya. mencongak = mengangkat kepala, mendongak.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Rupa harimau hati tikus.

Takrif

Rupa saja yang hebat dan garang, tetapi pengecut.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Bagai rupa tungkahan.

Takrif

Sangat buruk. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai rupa tokak dibasuh). tungkahan = kayu landasan di dapur.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Tegak seroman-roman, duduk serupa-rupa.

Takrif

Kelihatannya seperti orang pandai, tetapi tidak senonoh kelakuannya. roman = rupa.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Yang dimakan rasa, yang dilihat rupa, yang didengar bunyi.

Takrif

Tiap-tiap suatu pekerjaan itu hendaklah dengan sempurna baik pada rupa, pendengaran dan perasaan.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Indah khabar daripada rupa.

Takrif

Perkhabaran selalu dilebih-lebihkan daripada keadaan yang sebenarnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai menumbuk padi hampa).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tesaurus
 
rupa (kata nama)
1. Bersinonim dengan paras: muka, wajah, roman, raut, tampang muka, air muka,

2. Bersinonim dengan bangun: bentuk, tokoh,

3. Bersinonim dengan jenis: macam, bangsa, bagai,

Kata Terbitan : rupanya, rupa-rupanya, serupa, menyerupai, menyerupakan, keserupaan, berupa, berupa-rupa, merupakan, terupa, rupawan, kerupawanan,

Puisi
 

Singapura serupa-rupa,
     Anak Bugis jalan bertiga;
Hendak lupa tak boleh lupa,
     Hitam manis dikenang juga.



Lihat selanjutnya...