Kata |
Takrif |
Sumber |
rupa-rupaan | sl ark rupa-rupa, berbagai-bagai (rupa). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rupa-rupa | berbagai-bagai, bermacam-macam (rupa, bentuk): dikumpulnya ~ barang lama; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
merupakan | 1. membentuk (membuat, menjadikan) supaya mempunyai rupa, memberi rupa: peti rahsia itu dirupakan buku; 2. melahirkan, menggambarkan, mewujudkan: malaikat Jibrail dirupakan seorang yg cantik dan diberi bersayap; 3. menjadi, membentuk: rancangan hendak memindahkan ibu negeri ~ projek yg terpenting; getah ~ 40% drpd pendapatan negara Malaysia; 4. ki melambangkan, melukiskan, menggambarkan: Pak Kadok dan Lebai Malang ~ manusia yg dungu tetapi sebenarnya mempunyai daya berfikir; ulasan itu ialah perkataan yg ~ fikiran yg dibuat drpd satu-satu alasan; ~ diri a) menampakkan dirinya spt (menjadi), membuat dirinya berwujud, menjelma: Puteri Gunung Ledang ~ dirinya spt perempuan tua; ia dapat ~ dirinya spt harimau; b) berlagak (berlaku dll) sbg: dgn ~ dirinya sbg seorang tukang sapu longkang, pegawai polis itu berjaya menangkap pemeras wang itu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rupa | 1. perihal sesuatu benda yg kelihatan dr luar, sifat sesuatu pd lahirnya: kepala binatang itu ~nya spt kuda; tidak memandang ~ tidak mempedulikan keadaan dr luar, tidak mengendahkan; ~ bentuk rupa dan bentuk (sifat dan keadaan) sesuatu (benda); 2. = ~ muka rautan muka, paras muka, roman muka, tampang muka: perempuan yg elok ~nya; ada ~ cantik; 3. apa yg tampak (kelihatan), wujud: tamsil spt matahari dgn cahaya dgn panas, namanya tiga, ~nya tiga, hakikatnya satu juga; 4. bangun, bentuk, tokoh: menara itu ~nya spt roket; dapatlah kuturut ~ huruf sedikit-sedikit tetapi dgn kasarnya; 5. bagai, jenis, macam: siap sedia segala ~ juadah utk hari raya; mengapa gerangannya hal ini demikian ~;~ bangsa a) kerakyatan, kewarganegaraan; b) sifat-sifat (cara hidup dll) bangsa; ~ bumi lukisan atau gambaran bentuk muka bumi pd peta, topografi; ~ taip muka taip; ~ boleh diubah, tabiat dibawa mati prb terlalu susah hendak mengubah tabiat; ~ harimau hati tikus prb nampaknya gagah berani tetapi sebenarnya penakut; bagai ~ orang terkena beragih prb muka masam kerana rugi dll (ketika berbagi barang-barang syarikat); indah khabar dr ~ prb khabar selalunya lebih baik drpd keadaan sebenarnya; rupanya 1. rupa; 2. nampaknya, (kalau) mengamat-amati keadaannya (bentuknya, kelakuannya, dll): ~ kita akan berhari raya pd hari Sabtu; ~ Marsdenlah orang yg mula-mula sekali menggunakan perkataan utas dlm kamusnya; 3. agaknya, kiranya, barangkali, gerangan, konon: siapa pula ~ yg suka mencoret-coret dinding ini? 4. kiranya, alih-alih, sebenarnya, sebetulnya: kusangka ia sedang membaca dlm bilik, ~ tidur; spt dicanai ~ prb perihal keelokan sesuatu benda; serupa 1. satu rupa (jenis, keadaan, macam, dll): Viva dan Opel Kadet ~ sahaja; 2. sama rupanya (bangunannya, bentuknya, warnanya), semacam, seragam: pelanduk dua ~; pakaian ~ pakaian seragam; 3. tidak berbeza, sama (dgn), bersamaan (dgn), sama sahaja: kamu akan mendapat jawaban yg hampir ~ dgn apa yg ditunjukkan; dewan kedua ialah Dewan Rakyat dan ini adalah ~ dgn House of Commons; 4. sebagai, selaku, seperti: langkahnya ~ orang besar; 5. (Mat) sama bangunnya (bentuknya), sebangun: rajah segi tiga ~ ABC dan XYZ; berserupa sama rupanya, bersamaan; menyerupa Mn berlagak atau berlaku spt, merupakan diri spt, menyamar (menyaru) spt; menyerupai 1. serupa dgn, mirip dgn, hampir menyamai, mengarah-arahi: hulunya diperbuat drpd kayu, bengkok di hujungnya dan ~ bentuk hulu pistol; 2. sama dgn, menyamai: Tuhan bersifat sedia dan kekal, mustahil Ia ~ benda-benda yg baharu; sungguhpun ia bergelar Presiden tetapi ia tidaklah ~ kedudukan Presiden Amerika; 3. Jk meniru(-niru), menyama-nyamai: lakunya ~ orang tuanya; menyerupakan 1. menjadikan serupa (dgn), menyamakan (rupanya, aturannya, dll): sistem dan kadar kutipan zakat itu haruslah diserupakan; 2. mengatakan sama (dgn), menganggap sama (dgn), memisahkan sama (dgn): ia diserupakan dgn kanak-kanak sekolah menengah sahaja; keserupaan kesamaan rupa: sebutan dua ~ dlm cara pembiakan ayam dan katak; perserupaan persamaan rupa, persesuaian, persetujuan; rupa-rupa berbagai-bagai, bermacam-macam (rupa, bentuk): dikumpulnya ~ barang lama; rupa-rupanya 1. agaknya, barangkali, kalau-kalau, kiranya: ~ rundingan damai di Paris itu tidak sampai ke mana; 2. sebaliknya, melainkan: yg disangkanya boleh mendatangkan keberuntungan ini ~ tidak demikian jadinya; berupa 1. ada rupanya yg boleh dilihat (nyata, kelihatan), wujud: roh ialah suatu kejadian Allah yg tidak ~; 2. rupanya, bentuknya (bangunnya) sbg: lambang negaranya ~ sebuah bintang berbucu tiga belas; 3. terjadi drpd, terdiri drpd: memberi bantuan yg ~ mata benda; 4. elok rupanya, cantik: bakal isterinya itu hendaklah orang yg berbangsa dan ~; 5. dlm keadaan (bentuk): undang-undang yg diluluskan oleh mereka itu biasanya ~ rangka yg mengandungi dasar undang-undang yg kasar sahaja; 6. berkelakuan, berperangai: orang yg sistem sarafnya terganggu itu ~ spt orang mabuk; berupa-rupa berbagai-bagai, bermacam-macam, berjenis-jenis; merupa 1. menjadi ada, berwujud, memperlihatkan diri (hantu, jin, roh, dll); 2. nampak membayang (dlm mimpi, angan-angan, dll); merupai menyerupai (mengarah-arahi, mirip dgn): rajah itu tidak ~ bulatan tetapi lebih mendekati segi empat bujur; merupakan 1. membentuk (membuat, menjadikan) supaya mempunyai rupa, memberi rupa: peti rahsia itu dirupakan buku; 2. melahirkan, menggambarkan, mewujudkan: malaikat Jibrail dirupakan seorang yg cantik dan diberi bersayap; 3. menjadi, membentuk: rancangan hendak memindahkan ibu negeri ~ projek yg terpenting; getah ~ 40% drpd pendapatan negara Malaysia; 4. ki melambangkan, melukiskan, menggambarkan: Pak Kadok dan Lebai Malang ~ manusia yg dungu tetapi sebenarnya mempunyai daya berfikir; ulasan itu ialah perkataan yg ~ fikiran yg dibuat drpd satu-satu alasan; ~ diri a) menampakkan dirinya spt (menjadi), membuat dirinya berwujud, menjelma: Puteri Gunung Ledang ~ dirinya spt perempuan tua; ia dapat ~ dirinya spt harimau; b) berlagak (berlaku dll) sbg: dgn ~ dirinya sbg seorang tukang sapu longkang, pegawai polis itu berjaya menangkap pemeras wang itu; terupa boleh dirupakan (diwujudkan, diangan-angankan): ~ di hadapannya wajah anaknya yg nakal itu; tidak ~ oleh akal tidak masuk akal; rupa-rupaan sl ark rupa-rupa, berbagai-bagai (rupa). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rupa bentuk | rupa dan bentuk. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
rupa bentuk | rupa dan bentuk (sifat dan keadaan) sesuatu (benda); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
peroman | rupa; paras; bentuk rupa. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
roman I | , = peroman rupa; paras; bentuk rupa. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
topografi | 1. kajian atau huraian yg terperinci tentang keadaan rupa bumi sesuatu kawasan; 2. pemetaan yg terperinci tentang keadaan rupa bumi sesuatu kawasan; 3. keadaan rupa bumi sesuatu kawasan; 4. (Bio) penghuraian sesuatu bahagian tubuh dlm hubungannya dgn struktur lain di sekitarnya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rupa-rupanya | 1 sebaliknya; melainkan: Saya menyangka bahawa bom yg digugurkan di Hiroshima dan di Nagasaki itu hanya bom biasa, ~ bom itu bom atom. 2 agaknya; barangkali; kalau-kalau: ~ rundingan damai di Paris itu akan berhasil. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
Kata |
Takrif |
Sumber |
appearance | he is very like his father in ~, rupa dan perawakannya betul-betul spt rupa dan perawakan bapanya; I was shocked at my friends shabby ~, saya terkejut melihat kawan saya yg kelihatan selekeh; c. (of thing) wajah, [sometimes not translated]: the new carpet did much to improve the ~ of the room,permaidani baru itu memperelok wajah bilik itu; a heavy snowfall has transformed the ~ of the town,salji yg turun lebat telah menukar wajah pekan itu; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
gamut | the (whole, entire) ~, segala /macam, rupa/: the entire ~ of emotion, segala macam emosi; run the ~ of experience etc, mengalami segala macam pengalaman dll. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
hummocky | adj berbanggul, bergon: ~ terrain, rupa bumi yg berbanggul. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
hard-edge | adj (in painting) rupa tepat. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
intimidating | adj menakutkan: a most ~ appearance, rupa yg amat menakutkan. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
appearance | 5. act of presenting os formally, kehadiran: his ~ in court caused quite a stir, kehadirannya di mahkamah menimbulkan kosak-kasik; 6. outward aspect, a. (of face) wajah, rupa: the beard completely altered his ~, janggutnya menjadikan wajahnya berubah sama sekali; b. (of persons overall look), /rupa, wajah/ dan perawakan; (esp as indic by his clothes) kelihatan: it was obvious from his ~ that he was ill, jelas drpd rupa dan perawakannya bahawa dia sakit; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
alike | adj sama, serupa: ~ in looks and manner, sama dr segi rupa dan gaya; no two sets of fingerprints are ~, tdk ada dua cap jari yg sama; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
dishevelled , (US) disheveled | adj tdk kemas; (of hair) kusut: a ~ appearance, rupa yg tdk kemas. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
know | ~ so. by st; ~ so. by name, /tahu akan, mengetahui/ nama sso; ~ so. by sight, mengenal rupa sso; ~ so. by /the colour of his hair, the way he walks, etc/, /mengecam, mengenal/ sso drpd/ warna rambutnya, cara dia berjalan, dsb/; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
frontal | adj 1. of, at or in the front, depan, hadapan: the ~ appearance is good, rupa depannya elok; ~ nudity, ketelanjangan depan; 2. (med) frontal; 3. (meteorol) perenggan: ~ system, sistem perenggan. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
blemish | cacat rupa | Perhutanan | Tiada | Cacat yang mengubah rupa kayu tetapi tidak mengurangi mutunya. Misalnya, bintik-bintik biru pada papan gergaji. |
morphological characters | ciri morfologi | Herba | Tiada | Sifat yang menggambarkan bentuk atau rupa sampel bahan secara makroskopi dan mikroskopi. Ciri morfologi berguna untuk menentukan identiti, ketulenan dan kualiti suatu bahan mentah dalam bentuk yang utuh atau telah diserbukkan. Ciri-ciri bentuk, struktur sel, saiz, warna, permukaan, tekstur, fraktur dan rupa bahan sampel seperti daun, bunga, buah, biji, batang, kulit kayu, akar, rizom dan sebagainya diperiksa dengan mata kasar, menggunakan kanta pembesar atau mikroskop. |
physical appearance | rupa bentuk fizikal | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Keterangan tentang sifat dan keadaan sesuatu produk berpandukan pada deria seperti penglihatan, rasa, bau dan sentuhan. |
undulating terrain | rupa bumi beralun | Penilaian Harta Tanah | Tiada | Tiada |
rolling terrain | rupa bumi beralun | Penilaian Harta Tanah | Tiada | Tiada |
hilly terrain | rupa bumi berbukit-bukit | Penilaian Harta Tanah | Tiada | Tiada |
outlined logo | logo garis rupa | Penerbitan | Tiada | - |
flat terrain/ plain terrain | rupa bumi datar | Penilaian Harta Tanah | Tiada | Tiada |
disguise | samar | Sejarah | Tiada | Perbuatan menyamarkan diri atau rupa untuk memperdayakan orang lain supaya tidak dikenali. |
townscape | seni bandar | Perancangan dan Pembangunan Bandar | Tiada | Rupa tampak bandar yang menekankan fisiologi dan morfologi bandar termasuk reaksi cita rasa pengguna. |
Kata |
Takrif |
Kata Terbitan |
Takrif Kata Terbitan |
Peribahasa |
Takrif Peribahasa |
Terjemah Peribahasa |
Tema |
Bahasa Suku Kaum |
rupa | tapak | birupa | bertapak, mempunyai tapak, ada tapak | - | - | - | Anggota Tubuh Badan dan Idea Berasosiasi | Bidayuh -> Jagoi |
nguju' | mengejek paras rupa orang/binatang dipercayai akan terkenan orang/ binatang yang diejek (bagi perempuan mengandung) | - | - | - | - | - | Pantang Larang | Bajau |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
rupa | rupa [rupa] | Melanau Dalat | |
ji I | rupa; 1 perihal sst benda yg kelihatan dr luar, sifat sst pd lahirnya: nda pegui ~ tidak memandang rupa; 2 rautan muka, paras muka, roman muka, tampang muka: ~ jawaisiyen rupa mukanya; a mahou wak diak ~ jawai perempuan yg elok rupanya. | Melanau Mukah | |
rupa | rupawan bisai. | kedayan | |
rupa | ~-~ upak-upak; | kedayan | |
rupa | menyerupai nyaupaik; | kedayan | |
rupa | serupa saupak; | kedayan | |
rupa | rupanya upaknya; | kedayan | |
rupa | upak; | kedayan | |
jawai | rupa | TETAW | |
bentuk | ji (rupa manusia) [ji] | Melanau Dalat | |
Bahasa Suku Kaum |
Takrif |
Contoh Ayat |
Rujukan |
Sumber |
jeraul MSr | penyangak, kelakuan nakal. | Celaka! Jeraul tua! Gatal! Seranah Lumai tersembul dalam hati. Dan kalau diikutkan kebencian hatinya, mahu saja dia menyinsingkan kainnya tinggi-tinggi, dan punggungnya yang telanjang ditonggengkan ke arah Tuai Rumah yang tak padan dengan rupa dan gaya itu. Biar si jeraul tua itu puas menatap apa yang ingin ditatapnya. | Berakhirnya Pesta Ngongcong | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
Kamus Parsi.indb shokūh( هوکـش )shalvār( راولش )shomā( امش )shomāl( لامش )shomāl-e sharghī( ىقرش لامش )shomāl-e gharbī( ىبرغ لامش )shamʻ( عمش enam ratus keenam enam puluh sajak, puisi kesyukuran gula bentuk, rupa coklat perut kemeriahan, kebesaran seluar anda, kamu, awak utara timur laut barat laut lilin, dian six hundred sixth sixty poem thanks (to God) sugar form chocolate stomach splendour trousers you
|
Kamus Sains.indb mungkin meruap dalam bentuk cecair atau mengeras menjadi separa pejal atau pepejal. 2. Pengeksudatan gam, minyak atau damar semula jadi daripada pokok atau papan gergaji yang luka. (HUT) blemish (cacat rupa) Cacat yang mengubah rupa kayu tetapi tidak merendahkan mutunya. Con- blastosphere blemish Kamus Sains.indb 157 7/8/08 11:47:55 AM 158 tohnya, bintik-bintik biru pada papan gergaji. (HUT) blennophthalmia (blenoftalmia
|
Kamus Teknologi Maklumat ct.indd Padula dan matriks C1 0 0 0 C2 0 0 0 C3 merupakan bentuk matriks memenjuru yang ingin digunakan, iaitu c1, c2 dan c3 adalah matriks segi empat sama, maka rupa matriks memenjuru blok adalah seperti yang berikut: 1 2 0 0 0 0 3 4 0 0 0 0 0 0 1 2 0 0 0 0 3 4 0
|
Kamus Thai 2.indb tidak sangka akan bertemu de ngan Encik Mazlan di pasar raya. นึกว ่ า [-wa:] ก sangka: ฉันนึกว ่ าเขาดี ที่ แท ้ ก ็ เลว Aku sangka dia baik, rupa- rupanya jahat. นึ ่ ง [n] ก mengukus นุ ่ ง [nu] ก memakai: เขานุ ่ งโสร ่ งไปมัสยิด Dia memakai kain pelikat ke masjid. นุ ่ น [nun] น yuatya:n] น kenderaan ยวบ [yuap] ก melendut: พื้ นของสะพาน นั้ นยวบเมื่ อเหยียบเพราะคานหัก Lantai jam- batan itu melendut apabila dipijak kerana rasuknya telah patah. ย ้ วย [yuay] ก berubah rupa: เสื้ อตัวใหม ่ นั้ นย ้ วยหลังจากซัก Baju baru itu berubah rupa setelah dibasuh. ยศ [yot] น pangkat ยโส [yaso:] ก bersikap angkuh, bersikap bongkak: ผู ้ คุมงานที่ ยโสคนนั้ นถูกนายจ
|
Kamus Thai 2.indb ว cemerkap, kasar โฉงเฉง [co:ce:] ว bercakap se perti mahu bergaduh โฉด [co:t] ว tolol, dungu โฉนด [cano:t] น geran tanah โฉม [co:m] น 1 rupa paras, paras, rupa: รูปโฉมโนมพรรณของบุคคลท ั ้งสองเหมือน ก ั น Rupa paras kedua-dua orang ini hampir sama. ว 2 (งาม) cantik, lawa โฉมงาม [-a:m] น gadis yang cantik โฉมเฉลา [-calau] น 1 |
Kamus Thai 2.indb gambar foto รูปถ ่ าย [-ta:y] น gambar foto รูปทรง [-so] น bentuk รูปธรรม [-patam] น konkrit รูปภาพ [-pa:p] ดู รูปความหมาย 1 รูปร ่ าง [-ra:] น rupa bentuk เร ่ [re:] ก merayau: เจ ้ าหน ้ าที่ คนนั ้ นเร ่ ไป โต ๊ ะโน ้ นโต ๊ ะนี้ Pegawai itu merayau dari satu meja ke w] น pinggang สัก 1 [sak] น pokok jati สัก 2 [sak] ก mencacah: คนหนุ ่ มสาวยุคนี้ ชอบสักตัวของพวกเขาเป็นรูปต ่ าง ๆ Muda- mudi sekarang suka mencacah badan mereka dengan aneka rupa. สักการะ [sakka:ra] ก 1 memuja: ชาว ฮินดูนำขนมนมเนยมาสักการะเจ ้ าที่ Orang Hindu membawa kuih-muih untuk memuja penunggu. 2 menyembah: พวกเขากราบสักการะพระพุทธรูป Mereka su- jud menyembah patung Buddha. สักหลาด [sakkala:t
|
Kata |
Sebutan |
Jawi |
rupa-rupa | [ru.pa.ru.pa] | روڤا٢ |
rupa-rupaan | [ru.pa.ru.pa.an] | روڤا -روڤأن |
rupa | [ru.pa] | روڤا |
berupa-rupa | [be.ru.pa.ru.pa] | بروڤا-بروڤا |
Istilah Bahasa Melayu |
Istilah Bahasa Inggeris |
Huraian |
Peringkat |
penyamaran | camouflage | Peniruan warna, bentuk atau rupa persekitaran oleh haiwan untuk mengelak daripada dikesan oleh pemangsa. Contohnya, warna cicak yang hampir sama dengan persekitaran dan warna labah-labah raksasa yang menyamai batang pokok. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
struktur beranalog | analogous structure | Struktur yang merujuk kepada persamaan dari aspek fungsi dan rupa bentuk, bukan dari sumber asalnya. Contohnya, persamaan struktur dan fungsi kepak serangga dengan kepak burung. Kedua-duanya mempunyai struktur dan fungsi yang sama tetapi berasal dari dua kumpulan haiwan yang berbeza. | Menengah Atas |
Istilah Bahasa Melayu |
Istilah Bahasa Inggeris |
Huraian |
Peringkat |
bentuk | shape | Rupa luar sesuatu objek. | Sekolah Rendah |
bentuk | shape | Struktur atau rupa luaran sesuatu objek dalam 2 atau 3 dimensi. Lihat Contoh | Menengah Rendah |
|
Tesaurus |
---|
| rupa (kata nama) | 1. Bersinonim dengan paras: muka, wajah, roman, raut, tampang muka, air muka,
2. Bersinonim dengan bangun: bentuk, tokoh,
3. Bersinonim dengan jenis: macam, bangsa, bagai,
| Kata Terbitan : rupanya, rupa-rupanya, serupa, menyerupai, menyerupakan, keserupaan, berupa, berupa-rupa, merupakan, terupa, rupawan, kerupawanan, |
|
Puisi |
---|
|
Singapura serupa-rupa, Anak Bugis jalan bertiga; Hendak lupa tak boleh lupa, Hitam manis dikenang juga.
Lihat selanjutnya... |
|