Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Jurnal ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; ujian ; Hasil Penyelidikan ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Peribahasa Melayu

Peribahasa

Tangguk rapat, keruntung bobos.

Takrif

Suami pandai mencari wang, isterinya pemboros.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Takkan lebih pucuk daripada pelepah rapat ke batang.

Takrif

Perkataan orang besar-besar lebih dipercayai oleh orang atasan daripada perkataan rakyat biasa.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Benang bercerai-cerai bukannya kain, dek rapat tetal tenunan kain, jarum pun tidak menelusnya.

Takrif

Ketangguhan bersatu padu. tetal = padat; telus = celus.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Jikalau tiada rial di pinggang, saudara yang rapat menjadi renggang.

Takrif

Orang yang tidak berharta (berwang) kurang dihargai orang. (Peribahasa lain yang sama makna: Hilang rona kerana penyakit, hilang bangsa tidak berwang).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Tangguk kedap orang Kelang.

Takrif

Terlalu kikir. kedap = rapat.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Memukul kucing di dapur.

Takrif

Menganiaya orang yang sangat rapat dengan kita. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Melakak kucing di dapur, b. Melukah ikan dalam panai).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Melukah ikan dalam panai.

Takrif

Menganiaya orang yang sangat rapat dengan kita. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Melakak kucing di dapur, b. Memukul kucing di dapur). panai = kolam kecil biasanya di depan perkarangan.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Melakak kucing di dapur.

Takrif

Menganiaya orang yang sangat rapat dengan kita. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Melukah ikan dalam panai, b. Memukul kucing di dapur). melakak = memukul dengan barang keras.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Jika sengaja hendak bercekak pinggang, tinggallah rebana beralih ke gelanggang; tak tahu pipit tak tahu enggang, yang rapat kelak menjadi renggang.

Takrif

Kalau sengaja mencari perselisihan maka hancurlah kerukunan hidup yang aman dan damai.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Hilang rona kerana penyakit, hilang bangsa tidak berwang.

Takrif

Orang yang tidak berharta (berwang) kurang dihargai orang. (Peribahasa lain yang sama makna: Jikalau tiada rial di pinggang, saudara yang rapat menjadi renggang).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
1
Tesaurus
 
rapat (adjektif)
1. Bersinonim dengan padat: tumpat, kerap, tetal, utuh,
Berantonim dengan jarang

2. Bersinonim dengan dekat: hampir, rapik, sempit,
Berantonim dengan jauh

3. Bersinonim dengan erat: karib, akrab, mesra,
Berantonim dengan renggang

Kata Terbitan : berapat, merapat, merapati, merapatkan,

Puisi
 

Tanam pinang rapat-rapat,
     Senang puyuh berlari;
Sudah pinang tidak dapat,
     Pujuk-pujuk bawa lari.



Lihat selanjutnya...