Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Peribahasa ; Jurnal ; Kerajaan Malaysia ; ujian ; Hasil Penyelidikan ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
Rumah di kawasan setinggan itu rapat-rapat belaka. Penggunaan "rapat-rapat" dalam ayat ini betul ?Penggunaan "rapat-rapat" itu betul yang bermaksud "dengan seberapa rapat yang boleh atau dengan betul-betul rapat.Tatabahasa30.10.2009
Abang memeluk adik semasa sampan yang kami naiki itu terumbang-ambing dilanda ombak. A. erat-erat C. rapat-rapat B. ketat-ketat D. dekat-dekat Munsyi, erat-erat atau rapat-rapat sesuai digunakan?Abang memeluk adik erat-erat semasa sampan yang kami naiki itu terumbang-ambing dilanda ombak.Tatabahasa16.07.2012
Salam sejahtera, Tuan/puan, Sila nyatakan ayat mana yang betul. 1. Badan kucing dilitupi bulu. 2. Badan kucing diliputi bulu. Terima kasih.Berdasarkan Kamus Dewan edisi keempat, maksud liput dan litup adalah seperti yang berikut:

litup bermaksud tertutup (tertudung dan lain-lain) rapat-rapat hingga tidak kelihatan; melitupi - menutupi rapat-rapat, menyelimuti, menyelubungi; terlitup - tertutup (tertudung) rapat-rapat; litupan - (Geo) sesuatu yg melitupi

liput bermaksud  1. berselubung, bertutup, dipenuhi oleh 2. (kiasan) terselindung, tersembunyi; terliput 1. tertutup oleh sesuatu (air dll); 2. termasuk atau terlingkung (dlm sesuatu kawasan dll)

Berdasarkan maksud yang diberikan, kedua-dua perkataan, iaitu dilitupi dan diliputi boleh digunakan.
Makna25.05.2012
Ingin bertanya jawapan bagi ayat ini : Puan Nora mengikat plastik sampah itu....supaya sampahnya tidak bersepah. A erat-erat B rapat-rapat Ckuat- kuat D ketat-ketat . Adakah kuat-kuat atau ketat- ketatJawapan yang sesuai ialah C dan D.Tatabahasa03.11.2015
apakah maksud glotalisasi? apakah konsonan yang mengalami glotalisasi?Merujuk bidang linguistik, hentian glotis bermaksud (Lin) bunyi hentian yg dihasilkan dgn menutup glotis rapat-rapat dan diikuti dgn pelepasan secara tiba-tiba. Konsonan yang menerima hentian glotis ialah konsonan k yang penggalannya di hujung perkataan dan tidak dapat dibunyikan. Untuk keterangan lanjut sila rujuk Buku Fonetik dan Fonologi (Arbak Othman).Lain-lain20.10.2010
Yang manakah antara ayat-ayat berikut adalah betul, tolong perbetulkan jika terdapat kesalahan, dan mengapa. Terima kasih. 1. Cuaca di Sibu pada petang ini dijangka hujan lebat. 2. Ular sawa itu melulur dua ekor ayam di reban belakang rumah datuk. 3. Kuncik pintu itu dengan rapat-rapat agar tidak dimasuki pencuri ketika kita tiada di rumah.1. Sibu pada petang ini dijangka hujan lebat.
2. Ular sawa itu melulur dua ekor ayam dalam reban di belakang rumah datuk.
3. Kunci pintu itu rapat-rapat agar tidak dimasuki pencuri ketika kita tiada di rumah.
Tatabahasa24.07.2012
Yang manakah perkataan yang mengalami glotalisasi ketika membunyikannya? soalan, lautan, muatan , keadaan? yang saya pasti 'keadaan' tapi satu lagi jawapan ialah? dan kenapa?Merujuk bidang linguistik, hentian glotis bermaksud bunyi hentian yang dihasilkan dengan menutup glotis rapat-rapat dan diikuti dgn pelepasan secara tiba-tiba. Konsonan yang menerima hentian glotis ialah konsonan k yang penggalannya di hujung perkataan dan tidak dapat dibunyikan, lazimnya dijumpai dalam kata pinjaman daripada bahasa Arab. Tidak terdapat unsur glotalisasi dalam contoh kata yang saudara berikan. Untuk keterangan lanjut sila rujuk Buku Fonetik dan Fonologi, Arbak Othman.Tatabahasa29.10.2010
salam tuan.... adakah penggunaan kata "rapat" ini betul Rumah Salina terletak rapat dengan sekolah. terima kasihAntara maksud rapat termasuklah dekat sangat atau berhampiran sungguh. Penggunaan kata rapat dalam ayat tersebut dibenarkan dengan syarat kedudukan rumah itu dekat sangat dengan sekolah.Tatabahasa08.05.2012
Saya Abdulhakim Domolo,saya sedang belajar Bahasa Melayu dasar di Universiti Fatoni.Saya ingin bertanya DPB.Apakah maksud bertindih. Terimakasih.Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, bertindih bermaksud 1. bersusun yang satu di atas yang lain, berlapis-lapis: beberapa fail tersusun bertindih-tindih di atas gerobok; 2. berasak-asak, berdekat-dekat, rapat-rapat (penuh sesak): berkampunglah segala isi negeri, sekalian itu habislah ia berkampung penuh sesak, bertindih-tindih; 3. mencakupi atau meliputi aspek-aspek dan sebagainya yang sama atau serupa;.

Tuan bolehlah melayari www.prpm.dbp.gov.my bagi carian makna perkataan.
Tatabahasa08.09.2016
2 Soalan: 1. Apakah maksud rapat umum? Ayat "ramai menyertai rapat umum untuk menunjukkan ketidakpuasan hati terhadap kerajaan"...adalah betul? 2. Apakah kata adjektif yang boleh digunakan untuk mengambarkan ayam? Adakah ayat ini betul, "Oleh sebab ayam Pak Zahir sihat, ramai membeli ayam daripadanya." Jawapan yang diberikan dalam buku ialah salah atas penggunaan perkataan sihat.

Sdr. Piong Sin Yee terima kasih kerana menghubungi KNBDBP

kerapatan perkumpulan, perhimpunan (utk membicarakan sesuatu), majlis, mesyuarat, sidang: ~ selesai lebih cepat drpd yg diduga; ~ anggota Id sidang yg dihadiri oleh ahli-ahli perkumpulan; ~ besar Id perhimpunan agung; ~ kilat sidang yg diadakan dgn tiba-tiba (mendadak) sahaja, sidang tergempar; ~ lengkap (pleno) Id sidang yg dihadiri oleh segenap bahagian dll, sidang pleno; ~ raksasa (samudera) rapat besar utk orang ramai (biasanya diadakan di padang atau lapangan yg luas); ~ terbuka rapat yg boleh dikunjungi oleh sesiapa sahaja (bukan utk ahli semata-mata); ~ tertutup rapat yg hanya utk para anggota; ~ umum rapat utk semua orang;  jadi ayat ini betul

kata adjektif yang boleh digunakan bagi ayam antaranya ialah ayam segar, kukus, salai.

ayat yang diberikan tidaklah berapa tepat, biasanya ayam dikaitkan dengan segar/.

Makna12.09.2009
Tesaurus
 
rapat (adjektif)
1. Bersinonim dengan padat: tumpat, kerap, tetal, utuh,
Berantonim dengan jarang

2. Bersinonim dengan dekat: hampir, rapik, sempit,
Berantonim dengan jauh

3. Bersinonim dengan erat: karib, akrab, mesra,
Berantonim dengan renggang

Kata Terbitan : berapat, merapat, merapati, merapatkan,

Puisi
 

Tanam pinang rapat-rapat,
     Senang puyuh berlari;
Sudah pinang tidak dapat,
     Pujuk-pujuk bawa lari.



Lihat selanjutnya...