Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Jurnal ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; ujian ; Hasil Penyelidikan ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Kamus Bahasa Melayu Kamus Bahasa InggerisIstilah MABBIMIstilah Bahasa MelayuBahasa Sukuan v1.0Bahasa Sukuan v2.0Glosari Leksikal Bahasa SukuanKamus SainsKamus Teknologi MaklumatKamus Thai Melayu DewanDaftar Rumi-Jawi(Beta)Glosari Sains Untuk SekolahGlosari Matematik Untuk Sekolah
Kata Takrif Sumber
ketam Itertutup (terkatup) rapat-rapat atau kuat-kuat; ~ mulut terkancing mulut, kejang mulut; mengetam, mengetamkan mengetap, me­ngatupkan rapat-rapat, mengapit; ~ bibir (mulut) mengatupkan bibir (mulut) rapat­-rapat; pengetam sj angkup atau penyepit, cunam.Kamus Dewan Edisi Keempat
lituptertutup (tertudung dll) rapat-rapat hingga tidak kelihatan: seorang perempuan yg berselubung ~ bahagian kepala sedang menangis tersedu-sedu; melitupi menutupi rapat-rapat, menyelimuti, menyelubungi: cara memakai selendang adalah dgn menyangkutkannya hingga ~ kedua-dua belah bahu; terlitup tertutup (tertudung) rapat-rapat: pintu kebahagiaannya seakan-akan ~; litupan (Geo) sesuatu yg melitupi; ~ air batu lapisan air batu yg menutupi beberapa bahagian muka bumi.Kamus Dewan Edisi Keempat
lintuptertutup rapat-rapat, litup; melintup menutup rapat-rapat; melintupi menyelubungi.Kamus Dewan Edisi Keempat
mengetapkanmenga­tupkan rapat-rapat, merapatkan; ~ bibir (gigi) mengatupkan bibir (gigi) rapat-rapat: beberapa kali ia menggenggamkan tumbuknya dan ~ giginya.Kamus Dewan Edisi Keempat
mengetapmenga­tupkan rapat-rapat, merapatkan; ~ bibir (gigi) mengatupkan bibir (gigi) rapat-rapat: beberapa kali ia menggenggamkan tumbuknya dan ~ giginya.Kamus Dewan Edisi Keempat
mengetamkanmengetap, me­ngatupkan rapat-rapat, mengapit; ~ bibir (mulut) mengatupkan bibir (mulut) rapat­-rapat;Kamus Dewan Edisi Keempat
mengetammengetap, me­ngatupkan rapat-rapat, mengapit; ~ bibir (mulut) mengatupkan bibir (mulut) rapat­-rapat;Kamus Dewan Edisi Keempat
lituprapat sekali; tidak terbuka sedikit pun: berselimut ~. melitupi menutupi rapat-rapat; menyelubungi; menyelimuti. terlitup tertudung rapat-rapat. litupan sesuatu yg melitupi: ~ air batu lapisan air batu yg menutupi beberapa bahagian muka bumi. pelitup penutup (badan enjin).Kamus Pelajar Edisi Kedua
ketap; mengetap, mengetapkan menga­tupkan rapat-rapat, merapatkan; ~ bibir (gigi) mengatupkan bibir (gigi) rapat-rapat: beberapa kali ia menggenggamkan tumbuknya dan ~ giginya.Kamus Dewan Edisi Keempat
katup I1. ditutup (tertutup) rapat-rapat; 2. se­suatu yg digunakan utk menutup, tutup, tu­tupan; berkatup (telah, sudah) ditutup: pintu pejabat itu sudah ~; mengatup menutup (pintu, mulut, dll): ia naik ke rumahnya dan ~ pintu; mengatupkan, memperkatupkan menutup sesuatu rapat-rapat, menutupkan, mera­patkan: budak-budak yg lalu di jalan itu disuruhnya tangkap, dimasukkan ke dlm pagar dan dikatupkan pintunya; terkatup tertutup rapat-rapat (bkn pintu dll), terkancing (mulut): ia berdiri tegak bertentang dgn muka pintu yg ~ rapat itu; katupan tutupan (pintu dll): terdengar akan langkah terakhir dan disusuli oleh ~ pintu; pengatup sesuatu utk mengatup.Kamus Dewan Edisi Keempat
Tesaurus
 
rapat (adjektif)
1. Bersinonim dengan padat: tumpat, kerap, tetal, utuh,
Berantonim dengan jarang

2. Bersinonim dengan dekat: hampir, rapik, sempit,
Berantonim dengan jauh

3. Bersinonim dengan erat: karib, akrab, mesra,
Berantonim dengan renggang

Kata Terbitan : berapat, merapat, merapati, merapatkan,

Puisi
 

Tanam pinang rapat-rapat,
     Senang puyuh berlari;
Sudah pinang tidak dapat,
     Pujuk-pujuk bawa lari.



Lihat selanjutnya...