Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Khidmat Nasihat ; Novel ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Peribahasa Melayu

Peribahasa

Patah tongkat berjermang (= bertelekan).

Takrif

Terus berusaha dengan tiada putus harap. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Patah dihubung, hilang diganti, b. Patah kepala bertongkat paruh, patah paruh bertelekan, c. Patah sayap bertongkat paruh). jermang = kayu pendek untuk menopang perahu.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Patah sayap bertongkat paruh.

Takrif

Terus berusaha dengan tiada putus harap. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Patah dihubung, hilang diganti, b. Patah kepala bertongkat paruh, patah paruh bertelekan).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Patah dihubung, hilang diganti.

Takrif

Terus berusaha dengan tiada putus harap. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Patah kepala bertongkat paruh, patah paruh bertelekan, b. Patah sayap bertongkat paruh, c. Patah tongkat berjermang [= bertelekan]).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Patah kepala bertongkat paruh, patah paruh bertelekan.

Takrif

Terus berusaha dengan tiada putus harap. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Patah dihubung, hilang diganti, b. Patah sayap bertongkat paruh, c. Patah tongkat berjermang [= bertelekan]).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
1
Tesaurus
 
putus (kata kerja)
1. Bersinonim dengan retas: rabit, relah, relai, gentas, tercerai, terlerai, terpotong, terkerat,
Berantonim dengan bercantum

2. Bersinonim dengan berakhir: habis, selesai, tamat, berhenti, kiamat, langsai, beres, siap, sudah, gentas,
Berantonim dengan bermula

Kata Terbitan : memutuskan, terputus, terputus-putus, keputusan,