Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Jurnal ; Novel ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ; Istilah Sains Kewangan ; Domain_Fik ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Pantun

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Dayang mengurai semalam mandi, Tupai terjatuh tengah halaman; Perangai iblis jangan hampiri, Kerana iblis menggugur iman.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Kalau kulurut padi di Daik, Pancang pulau jatuh terhempas; Kalau kuturut perangai tak baik, Pasang tak penuh surut tak timpas.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Kalau duduk di atas kerusi, Sambil duduk berehat-rehat; Jangan dibawa perangai besi, Makin lama makin berkarat.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Penuh sebakul atap rumbia, Gugur jatuh bertindih-tindih; Sudah jadi resam dunia, Perangai insan suka memilih.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Anak dara di tebing sungai, Duduk menjerat ketam batu; Manis rupa elok perangai, Tolong pilih yang mana satu.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Apa guna bunga raya, Kerana tidak berbau wangi; Apa guna rupa dan kaya, Kalau perangai tidak berbudi.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Buah timun dimakan landak, Buah mempelam di muka pintu; Tengok senyum katakan hendak, Memang perangai sudah begitu.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Jika tuan memanting gambus, Gambus dipanting si burung pingai; Bukan tuan memaksa bagus, Kami memaksa budi perangai.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Saya dahulu duduk di Luku, Di kaki bukit keladi tumbang; Mana tempat abang nak malu, Rupa baik perangai kurang.
1
Tesaurus
 
perangai (kata nama)
Bersinonim dengan kelakuan, tingkah laku, perlakuan, perwatakan, resmi, pembawaan, fiil, canda, olah, tabiat, gaya, cara, sifat, telatah, gelagat, gerak-geri, tindak-tanduk, ambekan;,
Kata Terbitan : berperangai,

Puisi
 

Kalau kulurut padi di Daik,
     Pancang pulau jatuh terhempas;
Kalau kuturut perangai tak baik,
     Pasang tak penuh surut tak timpas.



Lihat selanjutnya...
Peribahasa
6

The apple never falls far from the tree

Sifat atau perangai anak biasanya tidak jauh bezanya daripada sifat atau perangai orang tuanya.

Bagaimana acuan begitulah kuihnya

Although Tina seem very honest, remember that her mother is a scheming woman. People say that the apple never falls far from the tree. So, be careful.

Meskipun Tina nampak jujur benar orangnya tetapi kau harus ingat bahawa ibunya pandai memperdayakan orang. Kata orang, bagaimana acuan begitulah kuihnya. Jadi berhati-hatilah.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu



Lihat selanjutnya...