Kata |
Takrif |
Sumber |
fiil nahi | kata kerja yg digunakan utk melarang atau mencegah sso drp melakukan sst perbuatan, mis janganlah pukul, janganlah mencuri dan janganlah kamu mendekati zina | Kamus DBP versi dalam Talian |
fiil mudarik | kata kerja yg menunjukkan sst perbuatan yg sedang atau akan berlaku, mis sedang menulis dan akan berkahwin | Kamus DBP versi dalam Talian |
fiil madi | kata kerja yg digunakan utk menunjukkan perbuatan atau kejadian yg telah berlaku, mis telah makan dan sudah tertulis | Kamus DBP versi dalam Talian |
fiil amar | kata kerja yg digunakan utk mengarahkan atau memerintahkan sso utk melakukan sst perbuatan, mis duduklah, pukullah dan bacalah | Kamus DBP versi dalam Talian |
fiil | 1 perbuatan; kerja. 2 kelakuan; perangai. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
fiil | Ar 1. perbuatan, kerja; kata ~ ark perbuatan; 2. kelakuan, perangai: Sultan Mahmud terlalu baik ~nya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
fiil | 1. perbuatan; kerja. 2. kelakuan; perangai. | Kamus Pelajar |
kata fiil | ark perbuatan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
afal | Ar (jamak kpd fiil) kelakuan, perbuatan: orang itu baik ~nya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
murah | 1. banyak, berlebih-lebih, limpah: mereka yg mempunyai sifat kegembiraan ini selalu ~ rezekinya dan disukai ramai; 2. rendah harganya, tidak mahal: makanan yg ~ dan senang sekali didapati ialah karbohidrat; 3. tidak kedekut, suka memberi (sedekah dll): setelah Sultan Muzaffar Shah di atas keraja-an, terlalulah baik fiil baginda dgn adilnya dan ~ nya; 4. tidak susah atau tidak payah, mudah, senang; ~ hati a) suka memberi, tidak kedekut; b) pengasih dan penyayang; ~ mulut ramah mesra (tamah); ~ rezeki banyak rezeki; ~ tangan suka memberi; ~ di mulut, mahal di timbangan prb banyak membuat janji tetapi tidak menepatinya; makin ~ makin menawar prb seseorang yg telah diturut orang sesuatu kehendaknya, ia berkehendak lebih lagi (telah memperoleh kesenangan ia berkehendakkan kesenangan yg lebih); bermurah; ~ hati tidak segan (memberi sedekah dll), bersifat murah: beliau telah ~ hati memberikan tempat menumpang kpd kami; memurahkan menjadikan murah (harga dll), menyebabkan jadi murah, menurunkan harga: kerana persaingan yg hebat terpaksa ia ~ harga dagangannya; mempermurahkan ki menganggap mudah (senang dll): kalau suami bukan bangsa penyabar dan suka ~ hidup diceraikannya isteri itu dgn tidak semena-mena; murahan rendah nilai diri, tidak bermutu, rendah nilainya: mereka selalu dianggap sbg gadis ~; hanya bahan-bahan ~; hiburan ~; kemurahan 1. perihal murah, kelimpahan: sangat-sangatlah ampun periksamu akan mereka itu sekalian, kerana ia bernaung kpd keadilan dan ~mu; 2. = ~ hati kebaikan hati, sifat penyayang dan pengasih: sekali engkau sebut, beribu kali hamba terima ~ hati eng-kau itu; pemurah (orang yg) suka memberi, tidak kedekut: dia ialah sahabat yg ~ dan sangat takut akan kemurkaan Allah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |