Kata |
Takrif |
Sumber |
perwatakan | perihal watak seseorang atau watak dlm sesuatu cerita: ~ Hang Jebat telah banyak dibincangkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
perwatakan | 1. watak (seseorang) keseluruhannya, keseluruhan watak: ~ Panji Semirang pd keseluruhannya tidak lari drpd sifat asasinya sbg seorang perempuan; 2. pembentukan watak, penggambaran (pemaparan dsb) watak. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
perwatakan | perihal watak seseorang atau watak dlm sesuatu cerita: ~ Hang Jebat telah banyak dibincangkan. | Kamus Pelajar |
personaliti | keperibadian, perwatakan: telah banyak benar diperkatakan tentang sasterawan ini, drpd hasil-hasil karyanya membawa kpd persoalan ~nya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
watak | perwatakan perihal watak seseorang atau watak dlm sesuatu cerita: ~ Hang Jebat telah banyak dibincangkan. | Kamus Pelajar |
karakter | 1. sifat (ciri) perwatakan yg membezakan seseorang drpd yg lain; 2. huruf, nombor, simbol, atau tanda baca, mis a ialah satu karakter, aksara. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
perintisan | perbuatan merintis: pengamatan tentang perwatakan orang Melayu yg dilakukan oleh Raffles adalah satu ~ yg penting; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
psikosis | (Psi) gangguan mental yg teruk, yg dicirikan oleh perubahan perwatakan dan ketakpekaan terhadap persekitaran. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
merubah | menjadikan lain drpd yg asal, mengubah: ia ingin ~ penghidupannya; kebudayaan Islam telah ~ perwatakan bangsa manusia; ~ perangai menukar perangai; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tipologi | kajian tentang tipa (model, jenis, golongan, dsb) atau tentang pertalian antara tipa serta sifat atau perwatakan yg terdapat (pd setiap tipa). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Kata |
Takrif |
Sumber |
dignified | adj menimbulkan rasa hormat: a ~ appearance, perwatakan yg menimbulkan rasa hormat; ~ eloquence, kefasihan yg menimbulkan rasa hormat | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
fibre, (US) fiber | n 1. natural or synthetic filament, serat, gentian; (of fruit) serabut, serat: cotton ~ is spun into thread, serat kapas dipintal menjadi benang; 2. cloth made from such material, kain; 3. texture or structure of material, daging: cloth of coarse ~, kain yg kasar dagingnya; 4. esp moral ~, perwatakan; be of strong moral ~, berperwatakan kuat; lack moral ~, berperwatakan lemah. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
characterization, characterisation | n 1. delineation of character, gambaran sifat; 2. description, penyifatan: the ~ of de Sade as the incarnation of the devil, penyifatan de Sade sbg penjelmaan syaitan; 3. distinction by means of characteristic, pencirian; 4. (on stage etc), /pembawaan, perlakonan/ watak: the actresss ~ of Juliet, pembawaan watak Juliet oleh seniwati itu; 5. creation of fictitious characters, perwatakan. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
characteristic piece/character piece/ miniatures | muzik perwatakan | Muzik | Tiada | Karya piano solo Zaman Romantik. Muzik perwatakan merupakan salah satu daripada muzik program. Muzik perwatakan mempunyai tajuk deskriptif tentang sesuatu cerita atau suasana. |
prediction/ forecast | ramalan | Kesusasteraan | Tiada | Jalan cerita atau perwatakan yang dapat dijangkakan oleh pembaca. Contohnya, sesuatu cerita boleh diramalkan sekiranya jalan ceritanya biasa atau lumrah bagi pembaca. Contohnya, dalam kebanyakan cereka Melayu, lelaki berumur yang berjawatan tinggi sering digambarkan sebagai seorang yang suka berpoligami. Kadang-kadang, bayangan depan sangat ketara sehingga pembaca dapat meneka perkara yang akan berlaku seterusnya. Unsur suspens yang ingin diwujudkan oleh pencerita tidak kesampaian. Dari segi perwatakan watak stereotaip seperti emak tiri (ibu garang yang selalu mendera anak tiri) dan nenek kebayan adalah beberapa potret yang dapat diramalkan oleh pembaca sehingga tiada lagi kejutan yang dapat dilakukan penulis. Contohnya, dalam novel berjudul Mereka yang Tertewas oleh Hasanudin Md. Isa. Novel ini mengisahkan watak Lebai Pa yang distereotaipkan sebagai seorang alim dan kuat agama yang ingin menyedarkan masyarakat sekelilingnya untuk kembali ke jalan Allah SWT. |
characterization | perwatakan | Kesusasteraan | Tiada | Perihal atau sifat pelaku dalam karya sastera. |
characterization | pencirian; perwatakan | Kesusasteraan | Tiada | Imej-imej manusia yang diimaginasikan penulis dicipta dengan begitu meyakinkan sehingga pembaca dapat merasakannya sebagai sesuatu yang nyata dan dari segi ukuran sesebuah cereka. |
archetypal criticism | kritikan arketaip | Kesusasteraan | Tiada | Kaedah kritikan yang melibatkan analisis tipa induk dan mitos, jenis perwatakan, tema serta motif yang muncul berulang kali dalam kesusasteraan. Kritikan arketaip dipengaruhi kajian asal dalam bidang antropologi bandingan di Universiti Cambridge, terutamanya dalam karya J.G. Frazer berjudul The Golden Bough. Karya ini mengkaji bentuk mitos, ritual dan psikolgi C.G. Jung. Karya Northrop Frye berjudul Anatomy of Criticism membicarakan tipa induk yang muncul berulang kali dalam karya sastera sehingga pembaca mengenalinya sebagai elemen signifikan dalam pengalaman pembacaannya. Menurut Frye, tipa induk ini berulang dalam beberapa bentuk naratif di sepanjang sejarah kesusasteraan Barat. Sebagai contoh, situasi (motif menempuh alam kedewasaan), perwatakan (motif suami cemburu), perjalanan plot (jejaka bertemu gadis, gadis menolak pinangan jejaka, jejaka mendapat gadis), imej (motif bunga ros sebagai lambang percintaan) dan tema (kebebasan memilih dan suratan takdir). Kritikan ini dikenali juga sebagai kritikan tipa induk atau kritikan Jung. Lihat juga kritikan Jung, tipa induk. |
psychopathic personality | personaliti psikopatik | Perubatan | Psikiatri | Perwatakan individu yang melakukan jenayah, aktiviti seksual atau keganasan secara berterusan untuk mendapatkan kepuasan hidup dan tidak menyesal dengan perbuatan jahatnya. |
gender-fluidity | ketidaktetapan gender | Sosiologi | Tiada | Keadaan seseorang yang perwatakan jantinanya tidak tetap dan boleh berubah mengikut masa, hari atau keadaan. |
trait | trait | Perubatan | Psikiatri | Ciri-ciri yang berbeza dari segi perwatakan seseorang. |
melodrama | melodrama | Kesusasteraan | Tiada | Genre drama yang memaparkan peristiwa, plot dan perwatakan yang disensasikan bagi membangkitkan emosi khalayak. |
gender-fluid | tidak tetap gender | Sosiologi | Tiada | Berkaitan dengan seseorang yang perwatakan jantinanya tidak tetap dan boleh berubah mengikut masa, hari atau keadaan. |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
watak | perwatakan pawatakan. | kedayan | |
Kamus Teknologi Maklumat ct.indd yang mengumpul dan menggunakan perisian atau fail skrip yang telah dibina dan diedarkan oleh individu lain untuk mencapai atau melakukan kerosakan ke atas sistem komputer dan asetnya. Individu ini memiliki perwatakan penggodam amatur tetapi tidak memiliki kemahiran pengaturcaraan atau kepakaran teknikal seorang penggodam sebenar dan sering kali memiliki watak pengguna hasad. budaya keselamatan maklumat (lg. information security culture) Cara untuk menjadikan
|
Kamus Thai 2.indb untuk mena- nam jagung. บุกรุก [-ruk] ก menceroboh บุคคล [bukkon] น orang บุคลากร [bukkala:k:n] น kakita ngan, staf บุคลิกภาพ [bukkalikkapa:p] น sahsiah, personaliti, keperibadian บุคลิกลักษณะ [bukkaliklaksana] น perwatakan บุ ้ ง 1 [bu] น (หนอน) beluncas บุ ้ ง 2 [bu] น (เครื่ องมือช ่ าง) kikir parut บุ ้ งกี๋ [buki :] น pongkes บุญ [bun] น
|
Kata |
Sebutan |
Jawi |
perwatakan | [per.wa.ta.kan]/[per.wa.ta/.kan] | ڤرواتقن |
|
Tesaurus |
---|
| watak (kata nama) | 1. Bersinonim dengan sifat: perangai, kelakuan, tingkah laku, budi pekerti, moral, akhlak, tabiat, khalikah, pembawaan, tanjak,
2. Bersinonim dengan tokoh: pelaku
| Kata Terbitan : perwatakan, |
|
|