Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Jurnal ; Dialek ; Kamus Dewan Perdana ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Pantun
Pantun Sumber Tema
Terbuang baju dipakai lapuk, Lapuk dipakai koyaknya cepat; Terbuang Melayu perangai buruk, Buruk perangai merosak umat.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Kata tua kata adat, Adat berisi laku perangai; Ada tuah ada sifat, Sifat sejati malu bertikai.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Taat bini setia ke laki, Bermuka manis patut perangai; Adat berdiri sempurna budi, Sengketa habis kusut selesai.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Dayang mengurai semalam mandi, Tupai terjatuh tengah halaman; Perangai iblis jangan hampiri, Kerana iblis menggugur iman.Kurik Kundi Merah SagaAgama
Walaupun gulai mulai resan, Kerana lapar dimakan juga; Walaupun perangai bagaikan setan, Kerana pembesar didiamkan saja.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Walaupun hujan mulai gerimis, Kerana tersesat melangkah juga; Walaupun perangai bagaikan iblis, Kerana berpangkat dibela jua. null null null nullKhazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Buat pengat buah kundur, Kuah bersantan tidak beragi; Lihat perangai orang tak syukur, Sudah diberi minta lagi.Pantun Melayu SarawakAgama
Apabila lantai sudah lapuk, Di mana lagi tempat bersila; Apabila perangai sudah teruk, Ke mana pergi mendapat bala.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Rosak pahat tangkainya patah, Tangkai patah tinggallah puting; Rosak adat perangai menyalah, Pegangan rosak maksiat bercabut.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Kain sarung pakaian pemuda, Pergi mengaji di waktu pagi; Jangan diikut perangai Belanda, Diberi satu minta lagi.Pantun Melayu SarawakNasihat
Tesaurus
 
perangai (kata nama)
Bersinonim dengan kelakuan, tingkah laku, perlakuan, perwatakan, resmi, pembawaan, fiil, canda, olah, tabiat, gaya, cara, sifat, telatah, gelagat, gerak-geri, tindak-tanduk, ambekan;,
Kata Terbitan : berperangai,

Puisi
 

Kalau kulurut padi di Daik,
     Pancang pulau jatuh terhempas;
Kalau kuturut perangai tak baik,
     Pasang tak penuh surut tak timpas.



Lihat selanjutnya...