Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Peribahasa ; Jurnal ; Novel ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
"Aku berubah menjadi lebih baik. Daripada/dari perangai yang kasar kepada perangai yang lemah-lembut." Tuan, yang manakah betul? Dari atau daripada?"Aku berubah menjadi lebih baik. Daripada perangai yang kasar kepada perangai yang lemah-lembut."Tatabahasa25.06.2012
perangai abu seperti kacang melupakan kulit apabila melihat kedua-dua orang tuanya...ayat ini ada kesalahan tatabahasaAyat yang betul ialah " ... seperti kacang lupakan kulit ... ". Imbuhan "me" tidak perlu ditambah kerana peribahasa ialah frasa nama.  Tatabahasa11.09.2020
Amboi, sombongnya perangai budak itu! Adakah penggunaan "Amboi" ini betul? terima kasih=)Betul.Tatabahasa11.08.2009
Menteri Komunikasi sudah muak akan perangai Menteri Pengangkutan yang suka bercakap besar tentang isu kabotaj tersebut. Adakah penggunaan muak tersebut betul?Menteri Komunikasi sudah muak akan perangai Menteri Pengangkutan yang suka bercakap besar tentang isu kabotaj tersebut.

Penggunaan perkataan muak dalam ayat tersebut adalah betul kerana muak bukan sahaja merujuk kepada memakan sesuatu tetapi juga bermaksud berasa jijik atau benci kerana melihat atau mendengar sesuatu. 
Makna23.10.2021
Bolehkah anda tolong saya mencari kesalahan dalam ayat berikut: Biarpun wajah kedua-dua pemuda itu agak sempadan,tetapi perangai pemuda bertubuh gempal itu lebih baik daripada seorang pemuda lagi.Soalan:
Biarpun wajah kedua-dua pemuda itu agak sempadan,tetapi perangai pemuda bertubuh gempal itu lebih baik daripada seorang pemuda lagi.
 Jawapan:
Biarpun wajah kedua-dua pemuda itu agak sepadan,tetapi perangai pemuda bertubuh gempal itu lebih baik daripada seorang pemuda lagi.
Tatabahasa06.10.2014
"sebelum dia terus dengan perangai buruknya itu, eloklah kita menyedarkannya bahawa bukan semua orang boleh dipersendakan". Dalam ayat ini, perkataan 'dipersendakan' dikatakan sebagai kesalahan istilah. 'dipersendakan' digantikan dengan 'dipermainkan'. Masalahnya, dua perkataan ini mempunyai maksud yang sama. Jadi, mengapakah perkataan 'dipersendakan' tidak sesuai digunakan dalam ayat ini?Kami Dewan menakrifkan mempersendakan sama maksudnya dengan mempermainkan, maka dipersendakan juga sama dengan dipermainkan. Kedua-dua perkataan tersebut boleh digunakan dalam konteks ayat tersebut.Tatabahasa11.06.2014
Tuan, saya selalu keliru dengan kata dari/daripada, seperti dalam ayat berikut yang manakah betul? (1)Tiba-tiba terpacul pertanyaan itu DARI mulut Adi tanpa disedarinya. (2)Tiba-tiba terpacul pertanyaan itu DARIPADA mulut Adi tanpa disedarinya. (3)Dia mahu mendengar sendiri DARI mulut Tina. (4)Dia mahu mendengar sendiri DARIPADA mulut Tina. (5)Madihah! Madihah! Panggilan DARI mama yang benar-benar membingitkan telinga Adi. (6)Madihah! Madihah! Panggilan DARIPADA mama yang benar-benar membingitkan telinga Adi. (7)"Kalau berubah bukan DARI hati tapi kerana seseorang, baik tak payah berubah. (9)"Kalau berubah bukan DARIPADA hati tapi kerana seseorang, baik tak payah berubah. (10)Berubah DARI perangai yang kasar kepada perangai yang lemah-lembut macam gadis-gadis lain. (11)Berubah DARIPADA perangai yang kasar kepada perangai yang lemah-lembut macam gadis-gadis lain. (12)Azeera duduk tidak jauh DARI mereka. (13)Azeera duduk tidak jauh DARIPADA mereka. (14)"Lokman, kalau nak berubah biarlah datang DARI hati yang ikhlas." (15)"Lokman, kalau nak berubah biarlah datang DARIPADA hati yang ikhlas." (16)Leman Rongak turut muncul tersengih-sengih DALAM mimpinya. (17)Leman Rongak turut muncul tersengih-sengih DI DALAM mimpinya. Terima kasih.Dari dan daripada ialah kata sendi nama yang letaknya di hadapan frasa nama. kata sendi nama 'dari' digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan arah, tempat atau waktu atau masa. Sementara kata sendi nama 'daripada' hanya digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan punca bagi manusia, haiwan atau benda, asal kejadian dan sumber atau unsur perbandingan atau perbezaan. Contohnya: Tiba-tiba terpacul pertanyaan itu daripada mulut Adi tanpa disedarinya, Dia mahu mendengar sendiri daripada mulut Tina dan Madihah, Madihah! Panggilan daripada mama yang benar-benar membingitkan telinga Adi. Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 268.Tatabahasa19.05.2012
dimana atau bagaimana saya boleh dapatkan buku PERANGAI BERGANTUNG KEPADA DIRI SENDIRI --- PENDETA ZAABA. Saya tinggal di Terengganu. Sekian. TerimakasihPembelian buku DBP juga boleh dibuat secara dalam talian. Sila layari laman web kami atau hubungi Bahagian Pemasaran DBP melalui pegawai Pemasaran DBP, Encik Zulhilmi Baharuddin melalui talian 03-41012328 atau e-mel zulhilmi@dbp.gov.my.Lain-lain24.12.2015
Tiada Identiti TUE 1:03AM Salam..buku zaba perangai bergantung pada diri sendiri ada tak?.Tuan/Puan boleh membaca maklumat berikut dan pastinya akan mendapat maklumat berguna kepada persoalan yang diajukan. Moga maklumat ini membantu pihak tuan/puan. Buku terbitan DBP boleh dibeli di Kedai Buku DBP atau mana-mana kedai buku di seluruh Negara. Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi Kedai Buku DBP melalui talian 03-21455501 atau e-mel koopdbp@yahoo.com. Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia Selain itu, semua majalah dan buku-buku terbitan DBP boleh dibeli secara dalam talian pada laman yang berikut : bukudbp.com lazada.com.my 11street.com Facebook : dbpniaga dan buku-buku terbitan DBP boleh diperoleh di Kedai Buku DBP melalui talian 03-21455501 atau e-mel koopdbp@yahoo.com. Selain itu, terbitan terpilih DBP sudah berada di MPH, Pasar Raya Besar Mydin, Kedai Buku 1Malaysia, myNews.com, BORDERS, Times, Popular, Kinokuniya, stesen Petronas yang terpilih di seluruh negara dan Tesco. Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia Untuk maklumat lanjut, sila lawati laman http://niaga.dbp.my atau hubungi telefon 0341012328 atau e-mel pp@dbp.gov.my atau sila hubungi pegawai Bahagian Pengedaran dan Pemasaran DBP, Encik Zulhilmi Baharuddin melalui talian 03-41012409 atau e-mel zulhilmi@dbp.gov.my; atau Unit Pesanan, Bahagian Pengedaran dan Pemasaran melalui talian 03-41012476. Terima kasih Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia.Lain-lain16.08.2016
Salam sejahtera, saya ingin bertanya adakah terdapat kesalahan tatabahasa pada ayat-ayat berikut dan jika ada apakah kesalahannya? Mohon beri pencerahan. Terima kasih. 1. Pandai-pandailah awak melayani perangai berpuluh-puluh kanak-kanak yang bermacam-macam ragam. 2. Hadiah itu tidak untuk Hidayah tetapi untuk adiknya. 3. Bunga-bunga yang mekar di tanam itu cantik-cantik belaka.

Ayat 1 dan 3: “Pandai-pandailah awak melayani perangai berpuluh-puluh kanak-kanak yang (bermacam/bermacam-macam) ragam.”  dan “Bunga/Bunga-bunga yang mekar di tanam itu cantik-cantik belaka.” betul tetapi terdapat penggunaan kata ganda yang lewah kerana sudah ada kata ganda lain yang menunjukkan jamak.

Ayat 2 “tidak” diganti dengan “bukan” - “Hadiah itu bukan untuk Hidayah tetapi untuk adiknya.”(Kata nafi “bukan’ berfungsi untuk menafikan frasa nama dan frasa sendi nama. Manakala kata nafi “tidak” untuk menafikan frasa kerja dan frasa adjektif.)

 

Tatabahasa12.08.2020
Tesaurus
 
perangai (kata nama)
Bersinonim dengan kelakuan, tingkah laku, perlakuan, perwatakan, resmi, pembawaan, fiil, canda, olah, tabiat, gaya, cara, sifat, telatah, gelagat, gerak-geri, tindak-tanduk, ambekan;,
Kata Terbitan : berperangai,

Puisi
 

Kalau kulurut padi di Daik,
     Pancang pulau jatuh terhempas;
Kalau kuturut perangai tak baik,
     Pasang tak penuh surut tak timpas.



Lihat selanjutnya...
Peribahasa
6

The apple never falls far from the tree

Sifat atau perangai anak biasanya tidak jauh bezanya daripada sifat atau perangai orang tuanya.

Bagaimana acuan begitulah kuihnya

Although Tina seem very honest, remember that her mother is a scheming woman. People say that the apple never falls far from the tree. So, be careful.

Meskipun Tina nampak jujur benar orangnya tetapi kau harus ingat bahawa ibunya pandai memperdayakan orang. Kata orang, bagaimana acuan begitulah kuihnya. Jadi berhati-hatilah.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu



Lihat selanjutnya...