Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Multimedia ; Jurnal ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; ujian ; Dialek ; Katan ; Pantun ; Kamus Istilah Sains Kewangan ; Istilah Diplomasi ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Peribahasa Melayu

Peribahasa

Pantas seperti tangan beruk (= monyet).

Takrif

Kecepatan tangan seseorang yang merampas atau mencuri barang orang.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Pantas seperti lipas.

Takrif

Cepat bekerja.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Kuda yang pantas tiada berkehendakkan cemeti.

Takrif

Orang yang rajin dan pandai berbuat pekerjaan tak perlu diawasi.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Seperti kilat pantasnya.

Takrif

Cepat sekali. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai belut digetir [= diketil] ekor, b. Pantas seperti kilat).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
1
Tesaurus
 
pantas (adjektif)
1. Bersinonim dengan tangkas: cepat, kencang, laju, deras, lekas, ligat, lancar, cergas, giat, gesit, bangat, segera, pesat, jeraus, gancang, sigap, seput, sebat,
Berantonim dengan lembap

2. Bersinonim dengan cekap: mahir, cerdas, cekatan, lancar, fasih, gancang, akas, langkas, jeraus, cakap,
Berantonim dengan lembam

Kata Terbitan : memantaskan, kepantasan,