Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Jurnal ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Hasil Penyelidikan ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ; Kamus Istilah Sains Kewangan ; Glosari Linguistik Korpus ; Glosari Linguistik Korpus 2 ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Ujian
PERKATAAN PADANAN BIDANG HURAIAN
compact disk (CD)Peranti plastik yang mengandungi data digital yang dibaca dengan pancaran laser bintik kuantum untuk penghasilan semula bunyi, imej atau maklumat lain yang telah dirakam. CD diperbuat daripada plastik polikarbonat dengan ketebalan 1.2 mm dilapisi filem tipis aluminium atau emas supaya bersifat memantul cahaya. Data disimpan dalam trek yang mengandungi lekuk bersaiz nanometer. Satu CD dibaca dengan memfokuskan cahaya laser semikonduktor. Perbezaan keamatan cahaya yang dipantulkan oleh lekuk yang diukur oleh satu fotodiod, membolehkan data dibaca daripada cakera.
compact scanning electron microscopyKaedah yang digunakan untuk mengimbas elektron dengan menggunakan voltan rendah bagi menghasilkan imej kontras permukaan pada resolusi yang tinggi.
hyperfoldingLipatan serabut kromatin pada peringkat tinggi oleh ikatan hidrogen lemah untuk menjadi lebih padat. Lipatan ini mudah terurai semasa pembentukan replikasi melalui pembahagian sel atau semasa transkripsi dalam pembentukan molekul asid ribonuklik (RNA). Lipatan ini biasanya berukuran 700 nm lebar.
Keggin ionIon yang formulanya [Al13O4(OH)24(H2O)12]7+ dengan atom aluminium membentuk struktur terapat-padat. Dalam ion ini, atom aluminium yang terletak pada kedudukan pusat ialah terkoordinat tetrahedron, manakala 12 atom aluminium di sekelilingnya terkoordinat oktahedron. Kewujudan ion ini dapat dikesan dengan tepat menggunakan kaedah resonans magnet nukleus (NMR) Al27. Ion ini digunakan untuk mengisi ruang dalam lapisan bahan tak organik.
actuatorPeranti yang berperanan menghasilkan tindakan mekanik seperti membuka, menutup, melaras atau menggerakkan apabila menerima isyarat daripada suatu sensor yang dihubungkan kepada peranti tersebut. Contohnya, sistem mekanik yang menggerakkan pemacu cakera padat atau suatu lengan robot.
alpha helixStruktur protein berbentuk pilin hasil susunan sejumlah asid amino dan merupakan struktur yang biasa bagi kebanyakan protein. Lebar pilin sekitar 5 . Setiap asid amino mempunyai lingkaran 100 dalam pilin dan berpadanan dengan translasi 1.5 sepanjang paksi pilin. Pilin tersusun padat sehingga hampir tiada ruang kosong di dalamnya.
memoryPeranti yang dapat menyimpan dan mengeluarkan semula maklumat digital dengan pantas. Peranti ini diperbuat daripada filem tipis bahan magnet ataupun filem tipis bahan optik. Memori digital diukur dalam bit, seperti kilobit dan megabit. Contoh penggunaan memori adalah pada cip RAM dalam komputer, cakera padat, pemacu pena dan pita video. Sinonim memori.
monolayerLapisan yang terdiri daripada susunan molekul yang ketebalannya bersamaan dengan saiz molekul tersebut. Monolapisan dapat terjadi apabila molekul amfifilik terapung atas permukaan air dan lapisan ini dapat dimendapkan di atas permukaan substrat pepejal menggunakan teknik Langmuir-Blodgett. Monolapisan juga boleh terdiri daripada susunan atom yang padat dan dihasilkan di atas substrat pepejal melalui pemendapan epitaksi alur molekul.
1
Tesaurus
 
padat (adjektif)
1. Bersinonim dengan mampat: padu, tumpat, pejal, kimpal, rapat, ketat, penuh, sarat, sendat,

2. Bersinonim dengan penuh: sesak, tumpat, penuh pepak, penuh tepu, berasak-asak, bersesak-sesak, berhimpit-himpit, berjejal-jejal, sendat, rapat, belanar,

3. Bersinonim dengan berisi: bernas, padu, berat, antap,
Berantonim dengan kosong

Kata Terbitan : memadatkan, kepadatan, pemadatan,