Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Karyawan ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Multimedia ; Universiti Awam ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Dialek ; Majalah ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Pantun
Pantun Sumber Tema
Sirih kuning di muka pintu, Gajah bersila di dalam mangkuk; Putih kuning di muka pintu, Buat ubat mata mengantuk.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Burung Perling muka merah, Murah beralun pintu; Emak jeling katakan marah, Perangainya memang begitu.Kurik Kundi Merah SagaJenaka
Terang bulan muka diukir, Minyak penawar di dalam cangkir; Anak siapa berjanji mungkir, Anak Islam menjadi kafir.Kurik Kundi Merah SagaAgama
Jong-jong muka pintu, Hendak belayar hutan seberang; Jangan Mak Jah berkata begitu, Bunyinya malu di depan orang.Kurik Kundi Merah SagaJenaka
Tetakku bemban di muka pintu, Dibakar dengan bunga selasih; Janganlah jangan cakap begitu, Belumlah kita bercerai kasih.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Sayang ramuning di muka laut, Sayang rambutan di dalam puan; Tubuhnya kuning bagai diraut, Kerana sayang denganmu tuan.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Basah kuyup orang bersampan. Muka pucat badan pun letih; Susah hidup abang tahankan, Mengapa takut memadu kasih.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Bercakap lurus berkata benar, Muka jernih hati pun bersih; Adab halus pantang mengasar, Pantang sekali mencari selisih.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Belum mandi sudah bertandang, Tentulah muka tidak berseri; Belum berjanji sudah meminang, Tentulah hamba tidak peduli.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Bila meniup bara api, Kurang cermat muka terbakar; Bila hidup tiada berbudi, Orang mengumpat nama tercemar.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Tesaurus
 
muka (kata nama)
1. Bersinonim dengan wajah: rupa, paras, roman, raut, bentuk, potongan, iras, domol, tampang,

2. Bersinonim dengan depan: hadapan, hadap, anterior,
Berantonim dengan belakang

Kata Terbitan : mengemukakan, terkemuka, bersemuka, menyemukakan, bermuka-muka, permukaan, pengemukaan, pemuka,

Puisi
 

Sirih kuning di muka pintu,
     Gajah bersila di dalam mangkuk;
Putih kuning di muka pintu,
     Buat ubat mata mengantuk.



Lihat selanjutnya...
Peribahasa
306

Let bygones be bygones

Lupakan dendam lama atau perselisihan lalu, sebaliknya mulakan lembaran baru.

Buang yang keruh, ambil yang jernih

We are avoiding each other, and getting ourselves all worked up every time we stumble onto each other? Don't bear grudges, let bygones be bygones.

Mengapakah kita mengelakkan diri antara satu sama lain, dan naik marah apabila bersua muka? Usahlah berdendam, buang yang keruh, ambil yang jernih.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu



Lihat selanjutnya...