Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Karyawan ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Multimedia ; Universiti Awam ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Dialek ; Majalah ; Pantun ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Peribahasa MelayuPeribahasa Inggeris Melayu

Peribahasa

Muka licin, ekor berkedal.

Takrif

Pada lahirnya baik, tetapi hatinya jahat.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Muka berpandangan, budi kedapatan, kasih bagai selama juga.

Takrif

Tiada menghiraukan perbuatan jahat, sikapnya seperti dulu juga.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Muka berconteng arang.

Takrif

Mendapat malu.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Muka bagai ditampal dengan kulit babi.

Takrif

Tiada tahu malu.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Buruk muka cermin dibelah.

Takrif

Diri sendiri yang kurang pandai, orang lain yang disalahkan. (Peribahasa lain yang sama makna: Tiada tahu menari, dikatakan lantai jungkang-jungkit).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Membasuh muka dengan air liur.

Takrif

Memperbaiki sesuatu kesalahan, dengan kesalahan yang lebih besar lagi.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Tarik muka dua belas.

Takrif

Kecewa.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Datang nampak muka, pergi nampak belakang.

Takrif

Datang dengan baik, pergi pun harus dengan baik pula; orang yang datang atau pergi hendaklah memberitahu.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Telinga terbakar muka menyala.

Takrif

Lekas marah kerana mendengar sindiran atau kecaman.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Tebal kulit muka.

Takrif

Orang yang tidak tahu malu.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tesaurus
 
muka (kata nama)
1. Bersinonim dengan wajah: rupa, paras, roman, raut, bentuk, potongan, iras, domol, tampang,

2. Bersinonim dengan depan: hadapan, hadap, anterior,
Berantonim dengan belakang

Kata Terbitan : mengemukakan, terkemuka, bersemuka, menyemukakan, bermuka-muka, permukaan, pengemukaan, pemuka,

Puisi
 

Sirih kuning di muka pintu,
     Gajah bersila di dalam mangkuk;
Putih kuning di muka pintu,
     Buat ubat mata mengantuk.



Lihat selanjutnya...
Peribahasa
306

Let bygones be bygones

Lupakan dendam lama atau perselisihan lalu, sebaliknya mulakan lembaran baru.

Buang yang keruh, ambil yang jernih

We are avoiding each other, and getting ourselves all worked up every time we stumble onto each other? Don't bear grudges, let bygones be bygones.

Mengapakah kita mengelakkan diri antara satu sama lain, dan naik marah apabila bersua muka? Usahlah berdendam, buang yang keruh, ambil yang jernih.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu



Lihat selanjutnya...