Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Puisi ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Dialek ; Pantun ; Kamus Istilah Sains Kewangan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Ensiklopedia
Tajuk Sinopsis Bidang Klasifikasi
HIKAYAT SI MISKINHIKAYAT SI MISKIN, sastera hikayat berunsur Hindu. Hikayat yang mulanya berkembang sebagai cerita rakyat mempunyai nama lain, seperti Hikayat Marakarma, Hikayat Maharaja Marakarma dan Hikayat Anak Miskin. SASTERAKarya
HAJI MISKIN

HAJI MISKIN (    ?    -    ?    ), ulama dan pelopor gerakan Wahhabbi atau kaum muda di Minangkabau pada awal abad ke-19. Tarikh lahir dan meninggalnya tidak diketahui. Haji Miskin belajar agama sehigga empat tahun daripada Tuanku Nan Tua di Batutebal Agam dan kemudian meneruskan pengajian di Makkah. Sekembalinya dari Makkah pada tahun 1803, dia menetap di kampungnya, Pandai Sikek, kawasan penanaman kopi di kaki gunung Singgalang.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
AHLI SUFFAH

Ahli Suffah ialah golongan fakir miskin mukmin

dalam kalangan para sahabat Rasulullah SAW yang tidak

mempunyai rumah untuk didiami. Oleh itu, mereka

mendiami suatu sudut yang teduh di Masjid Nabawi

di Madinah. Mereka dikenali dengan nama Ahli

Suffah dan kadang-kadang disebut juga sebagai

Ashab al-Zillah (orang yang berteduh) dan Duyuf al-

Islam (tetamu Islam). Perkataan Suffah ialah

perkataan Arab dan apabila dikaitkan dengan

bangunan, ia bererti sesuatu bahagian yang teduh

di dalam bangunan itu, yang menyerupai ruang

legar yang luas dan tinggi. Ibn Taymiyyah

berkata, Al-Suffah yang dikaitkan dengan nama

Ahli Suffah kalangan sahabat Nabi SAW, terletak di

bahagian hujung sebelah utara masjid Nabi SAW

di Madinah al-Munawwarah. Ia ialah tempat

fakir miskin dari kalangan orang mukmin berteduh,

iaitu mereka yang tidak mempunyai keluarga dan

tidak ada tempat berteduh.

UMUM
NEGARA MEMBANGUN

Negara membangun ialah negara miskin dan

negara yang tidak berada. Negara seperti ini pernah

dikenali sebagai negara tidak membangun, tetapi kini

ramai ahli ekonomi lebih gemar menggunakan istilah

negara membangun dan negara kurang

membangun . Lazimnya negara sedang membangun

mengalami kekurangan bahan makanan, kurang

sumber tenaga, dan kadar Keluaran Negara Kasar

(KNK) yang rendah. KNK ialah nilai semua barangan

dan perkhidmatan yang dihasilkan oleh sesuatu

negara dalam satu tahun. Ahli ekonomi biasanya

mengelaskan negara mengikut asas per kapita (untuk

seorang individu) KNK, iaitu KNK dibahagikan

dengan jumlah penduduk.

UMUM
STEINBECK, JOHN

Steinbeck, John (19021968) ialah pengarang

Amerika yang menerima Hadiah Nobel tahun 1962

bagi kesusasteraan. Fiksyen Steinbeck yang paling

terkenal membawa pembaca menyelami perit jerih

perjuangan hidup orang miskin. Novelnya yang

paling terkenal, The Grapes of Wrath (1939)

memenangi Hadiah Pulitzer 1940. Novel itu

mengisahkan tentang sebuah keluarga petani miskin,

iaitu keluarga Joads dari Oklahoma, yang berhijrah ke

California untuk mencari kehidupan yang lebih baik

ketika Zaman Kemelesetan pada tahun 1930-an.

Steinbeck berjaya menggambarkan dengan berkesan

bagaimana perit jerih perjuangan sebuah keluarga

mencerminkan kesengsaraan hidup rakyat di seluruh

negara. Melalui inspirasi Jim Casy, seorang pengurus

tenaga buruh, keluarga Joads mengetahui bahawa

orang miskin perlu bekerjasama untuk hidup.

UMUM
KEFAKIRAN

Kefakiran ialah keadaan kesempitan dan

keadaan yang manusia menjadi miskin apabila

kehilangan sumber pendapatan untuk

menanggung mereka.

UMUM
PISISTRATUS

Pisistratus ( ? 572 S.M.) ialah pemerintah

Athens purba yang terkenal. Dia mengambil

rakyat miskin untuk berkerja membuat projek

awam seperti pembinaan kuil dan taman air

pancut.

UMUM
SELVON, SAMUEL

Selvon, Samuel (1923 ) ialah penulis

Caribbean yang menjadi terkenal kerana

menghasilkan gambaran tragikomik tentang

golongan miskin dan terbuang di Trinidad dan

United Kingdom. Karyanya menerokai kehidupan

mereka yang meninggalkan Caribbean untuk masa

depan yang lebih cerah di United Kingdom, tetapi

mereka hanya menghadapi prejudis, pemulauan,

dan eksploitasi.

UMUM
SISTERS OF CHARITY

Sisters of Charity ialah anggota wanita

beberapa komuniti agama Roman Katolik. Mereka

mengabadikan diri membantu orang miskin, orang

sakit, orang tua, dan anak yatim.

UMUM
SISTERS OF MERCY

Sisters of Mercy ialah biarawati yang

menganggotai mazhab Roman Katolik. Misi utama

Sisters of Mercy ialah menjaga orang miskin dan

orang sakit terutamanya wanita yang menderita

dan mendidik golongan muda. Kumpulan ini

diasaskan di Dublin pada tahun 1827. Pengasasnya

dan ketua biarawati yang pertama ialah Catherine

McAuley (Mother Mary Catherine).

UMUM
Puisi
 

Anak Cina berbaju satin,
     Sudah satin jarang pula;
Hina saya kerana miskin,
     Sudah miskin dagang pula.



Lihat selanjutnya...