Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Dialek ; Pantun ; Istilah Sains Kewangan ; Domain_Fik ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Peribahasa MelayuPeribahasa Inggeris Melayu

Peribahasa

Yang rebah ditindih.

Takrif

Yang sudah miskin bertambah miskin.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Yang ombak itu ombak juga, yang air itu air juga.

Takrif

Orang kaya itu kaya juga dengan kikir dan tamaknya; orang miskin itu miskin juga dengan melarat dan sebagainya.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Bukit jadi paya, paya jadi bukit.

Takrif

Orang kaya menjadi miskin dan orang miskin menjadi kaya.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Lubuk (men)jadi pantai, pantai (men)jadi lubuk.

Takrif

Nasib manusia tiada tetap, ada masanya orang kaya menjadi miskin dan orang miskin menjadi kaya.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Biar miskin asal cerdik, terlawan juga orang kaya.

Takrif

Kepintaran itu melebihi kekayaan.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Apabila orang miskin menghendaki wang, dia mendapat anak; apabila orang kaya menghendaki anak, dia mendapat wang.

Takrif

Hasil yang berlawanan dengan keinginan; lain yang dihajati lain yang diperoleh.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Bagai galah dijual.

Takrif

Terlalu miskin; kalah judi. galah = tombak atau lembing.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Dapur tidak berasap.

Takrif

Terlalu miskin.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Seperti sampah hanyut.

Takrif

Orang miskin yang hidup melarat.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Pacat hendak menjadi ular.

Takrif

Orang miskin berlaku seperti orang kaya; mengharapkan yang bukan-bukan.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Puisi
 

Anak Cina berbaju satin,
     Sudah satin jarang pula;
Hina saya kerana miskin,
     Sudah miskin dagang pula.



Lihat selanjutnya...
Peribahasa
352

Give him an inch and he will take a yard

Diberi sedikit tetapi hendak lebih lagi.

Diberi betis hendak peha.

Since she is too poor to take care of her nine children, I agreed to bear one of her son's education expenses. Unfortunately, people like to take advantage of the generosity of others. Now she expects me to do same for her other children. Give him an inch and he'll take a mile, indeed.

Oleh sebab wanita itu terlalu miskin untuk menjaga sembilan anaknya, saya pun bersetuju untuk menanggung perbelanjaan salah seorang anak lelakinya. Malangnya, orang suka mengambil kesempatan daripada kemurahan hati orang lain. Sekarang dia mengharapkan saya menanggung anak-anaknya yang lain pula! inilah yang dikatakan diberi betis hendak peha.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu



Lihat selanjutnya...