Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Dialek ; Kamus Istilah Sains Kewangan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Pantun
Pantun Sumber Tema
Orang berdedai menjaja kain, Kain pelekat beraneka warna, Abang bagaikan kelana miskin, Miskin melarat hidup merana.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Anak Cina berkain satin, Sudah satin sakhlat pula; Dagang hina lagi miskin, Sudah miskin melarat pula.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Anak Cina berbaju satin, Sudah satin jarang pula; Hina saya kerana miskin, Sudah miskin dagang pula.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Kerbau balar makan jerami, Anak telkin di atas tembok; Apa jua miskin kami, Lagi miskin tidak berbapak.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Negara kaya Negara miskin, Buat perjanjian catat sejarah; Segera bina semangat yakin, Belum kalah jangan menyerah.Pantun Melayu SarawakSetia Bangsa
Sukarnoputri menjalin hubungan, Parti Golkar Akhbar Tanjung; Rakyat miskin dilupa jangan, Tenaga mereka seteguh gunung.Pantun Melayu SarawakSetia Bangsa
Orang beradat hatinya belas, Kasihan kepada fakir dan miskin; Membuang adat pekerti buas, Dengan saudara lenjin-melenjin.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Baju kebaya disulam kelimkan, Dipakai mari dara berdandan; Miskin kaya jangan bezakan, Budi jadi satu ujian.Kurik Kundi Merah SagaBudi
Minyak naik harga, Ikut pasaran dunia; Banyak tak terduga, Miskin terus teraniaya.Pantun Melayu SarawakSetia Bangsa
Walaupun kain dicelup rata, Masih banyak berbelang-belang; Walaupun miskin hidup merana, Kasihku tidak alang kepalangKhazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Puisi
 

Anak Cina berbaju satin,
     Sudah satin jarang pula;
Hina saya kerana miskin,
     Sudah miskin dagang pula.



Lihat selanjutnya...