Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Ensiklopedia ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Dialek ; Pantun ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
Sikap kawannya yang suka mengambil tahu hal orang lain menyebabkan dia berasa luntur untuk menegur kawannya itu. munsyi, luntur wajar digantikan dengan apa? TQLuntur bermaksud 1. turun atau berubah warnanya (kain cat, dll): kainnya teguh dan tidak ~; tahan ~ tidak turun warna; 2. berubah, bertukar (keyakinan, pendirian, keazaman, dsb): keazaman mereka utk bersatu tenaga tidak ~ walaupun mereka terpaksa menghadapi beberapa halangan; 3. hilang atau berkurang (kasih sayang dsb): kasihnya sudah mulai ~; kejelitaannya mulai ~ apabila umurnya meningkat tua; 4. turun atau menjadi rendah. Nyata, perkataan luntur tidak sesuai digunakan dalam ayat tersebut. Sila gantikan dengan perkataan lain seperti enggan. Sila rujuk www.prpm.dbp.gov.my dan taipkan perkataan yang hendak digunakan dan lihat adakah sesuai makna kata tersebut digunakan untuk ayat tersebut.Makna07.02.2012
Apakah kesalahan tatabahasa dalam ayat ini?Manakala,apakah penggunaan "dihiraukan"? Masalah sosial adalah salah satu masalah yang dihiraukan kerana ianya memburukkan imej Negara. Bahkan mampu menjatuhkan Negara tersebut.Penggunaan perkataan hirau dalam konteks ayat tersebut kurang tepat dari aspek makna. Menghiraukan bermaksud mengambil tahu. Ayat ini perlu distruktur semula agar menjadi ayat yang tepat dan mengekalkan makna yang hendak disampaikan seperti ayat asal. Masalah sosial perlu diambil berat oleh kerajaan kerana masalah ini memburukkan imej negara di mata dunia.Tatabahasa15.07.2021
saya ingin mengetahui erti peribahasa di bawah: 1. jangan jaga tepi kain orang, jaga tepi kain sendiri 2. jangan suka mengata orang 3. mulut murai 4. seseorang yang suka mengata orang1.  menjaga tepi kain orang - kiasan yang bermaksud mengambil tahu hal orang lain; 2. jangan suka mengata orang - bukan peribahasa  3. mulut murai - simpulan bahasa bermaksud orang yg sangat suka bercakap-cakap 4. seseorang yang suka mengata orang - bukan peribahasa   Lain-lain09.10.2008
Riduan Basri Riduan Basri Jul 8th, 12:35pm Tuan, diruang mana saya mahu merujuk ejaan yang betul. Terima kasih.Sekiranya anda melayari http://prpm.dbd.gov.my untuk pencarian makna contohnya isi padu, pastinya anda akan menaip "isipadu" dan akan keluar paparan seperti ini --> http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=isipadu <-- pada paparan tersebut mempunya jadual yang mengandungi kolum Kata dan Takrif. Perkata yang ada pada kolum Kata itu adalah ejaan yang betul, manakala Takrif ejaannya merujuk kepada korpus bahasa sebab itu ejaan isi padu ditulis isipadu. Untuk memudahkan kefahaman isi padu itu tidak disebut isi (diam) kemudian disebut padu, sebaliknya disebut isipadu. Sebab itu dieja rapat iaitu isipadu untuk tujuan korpus bahasa Melayu. Untuk memastikan ejaan yang betul, boleh juga klik pada Khidmat Nasihat untuk membaca maklumat-maklumat selanjutnya, sama ada pertanyaan ejaan mahupun ayat. Mohon jasa baik tuan untuk mengambil tahu tentang cara membaca kamus. Selain itu, untuk maklumat tuan Kamus Dewan adalah rakaman semua perkataan umum dan yang popular digunakan masyarakat termasuk perkataan yang tidak rasmi dan rasmi. Contohnya perkataan yang tidak rasmi ialah catit dan perkataan rasmi catat. Sebab itu dimaklukan sebelum ini, catit itu salah dan betul adalah catat. Moga ini membantu. Sekian.Ejaan08.07.2014
Antara berikut ayat manakah yang lebih sesuai? 1. Ibu sedang mengangkat pakaian dari ampaian. 2. Ibu sedang mengambil pakaian dari ampaian. Sekiranya ayat berikut betul atau salah. Bolehkah saya tahu mengapa? Atau adakah ayat lain yang lebih sesuai untuk menggambarkan situasi sama seperti di atas. Terima kasih.Kedua-dua ayat adalah betul. Perkataan mengangkat atau mengambil pakaian kedua-duanya sesuai digunakan. Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, mengangkat bermaksud membawa pergi atau membawa dari satu tempat ke tempat yang lain. Maksud mengambil pula ialah memegang sesuatu lalu membawa atau mengangkatnya. Kesimpulannya, konsep mengangkat atau mengambil pakaian dari ampaian sesuai digunakan.Tatabahasa18.04.2018
Assalamualaikum.... Saya ialah seorang pelajar STPM yang mengambil subjek Bahasa Melayu. Saya ingin tahu tentang penggunaan 'bahasa percakapan' (bp). Bolehkah perkataan daripada bp digunakan untuk membuat karangan Bahasa Melayu? Ini kerana, bp tidak boleh digunakan dalam urusan rasmi. Adakah ini bermaksud membina karangan juga termasuk dalam urusan rasmi? Contohnya, perkataan 'bajet' ialah bp dan perkataan ini tidak boleh digunakan dalam urusan rasmi. Oleh itu, perkataan 'bajet' perlu digantikan dengan perkataan 'belanjawan'. Adakah pengggunaan kata 'bajet' dalam karangan dikira sebagai kesalahan bahasa?

Dalam situasi rasmi (termasuklah untuk tujuan peperiksaan) bahasa percakapan tidak digunakan, yang digunakan hanyalah bahasa yang baku, betul dan santun. Dalam Kamus Dewan, kata bajet ditanda sebagai bahasa percapakan, oleh itu penggunaannya hendaklah digantikan dengan kata belanjawan untuk konteks rasmi. 

Lain-lain27.06.2008
Assalamualaikum. Saya ingin tahu sama ada kata 'bagi' boleh diikuti dengan kata kerja. Contohnya: Kami memerlukan kamera untuk mengambil gambar bagi mengesahkan identiti anda. Adakah betul penggunaan 'bagi mengesahkan'? Terima kasih atas bantuan tuan.Ayat yang dinyatakan di atas adalah betul penggunaannya dari segi tatabahasa. Tatabahasa26.09.2017
Anak saya akan mengambil peperiksaan UPSR tahun depan. Dia amat lemah dalam Kertas 2 BM yang mengandungi Nilai Murni. Saya ingin tahu samada wujud satu senarai nilai murni yang akan diuji dalam UPSR. Jika ada, saya amat memerlukannya supaya anak saya boleh mempelajarinya secara efektif. Terima kasih.
Nilai-nilai murni ialah nilai -nilai yang tidak mengandungi unsur-unsur asing atau unsur-unsur yang mencemarkan sikap seseorang. Sila rujuk bahan ini:   1. Nilai-nilai murni dalam pendidikan: menghadapi perubahan dan cabaran alaf baru oleh Abd. Rahim Abd. Rashid, Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. 2001 2. Pembangunan Watak Bangsa terbitan Akademi Kajian Ketamadunan 2005 3. Penyerapan ilmu pengetahuan dan pemupukan nilai murni melalui pendidikan bahasa Melayu oleh Nawi bin Ismail Pelita Bahasa 01/10/1995
Lain-lain07.11.2010
"Menurutnya, varian Delta Covid-19 mempunyai kadar kebolehjangkitan berbeza dan mengambil masa untuk landai." Bolehkah saya tahu maksud "landai" dalam ayat ini? Terima kasih.Maksud perkataan landai dalam ayat di atas ialah berkurang atau menurun sedikit demi sedikit.Makna06.08.2021
Bolehkah saya tahu akan perkataan khuatir mahu bertukar kepada mengkhuatir menjadi betulAdakah mengkhuatir dengan telah salah berdasarkan Tatabahasa asas KKM kuathir dengan situasi ini dan mengambil langkah segera untuk meningkatkan lagi kapasiti merawat Covid-19 pada lapanganUntuk makluman puan, ayat di atas tepat, manakala perkataan mengkhuatir tidak boleh digunakan dalam ayat di atas.

Perkataan khuatir boleh menerima apitan "meN-...-kan" menjadi mengkhuatirkan yang membawa maksud menyebabkan (menimbulkan) rasa khuatir, membimbangkan, menakutkan. Contoh ayat: ... tempat ini dikawal, tiada apa yang mengkhuatirkan.
Tatabahasa16.07.2021
Tesaurus
 
tahu (kata kerja)
1. Bersinonim dengan maklum: faham, mengerti, mengetahui, sedar, mengakui, enga,
Berantonim dengan jahil

2. Bersinonim dengan kenal: cam, ingat, mengenal pasti,

3. Bersinonim dengan mengambil peduli: mempedulikan, mengendahkan, menghiraukan, mengambil hirau, mengacuhkan, mengambil berat, mengambil tahu, mengambil pusing,
Berantonim dengan membiarkan

Kata Terbitan : tahu-tahu, mengetahui, ketahuan, berketahuan, pengetahuan, berpengetahuan,