Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Pengesahan Bahasa ; Dialek ; Kamus Dewan Perdana ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Pantun
Pantun Sumber Tema
Buah labu masak, Masak hujung julai; Apa jamu kakak, Jamu nasi gulai.Kurik Kundi Merah SagaJenaka
Asam jawa terlalu masak, Masak tak boleh dijeruk lagi; Hati saya terlalu rosak, Rosak tak boleh dipujuk lagi.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Anak Cina masak itik, Masak mari sampai luluh; Memang tak guna berbini cantik, Hari-hari sahaja bergaduh.Kurik Kundi Merah SagaJenaka
Pisang muda masak pengat, Masak mari bulan puasa; Tuan muda baik beringat, Antara dendam rosak binasa.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Buah berangan masak hijau, Masak sebiji di tanah rata; Luka tangan kerana pisau, Luka hati kerana kata.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Masak asam pulasan, Lauk ikan sembilang; Ubat tidak berkesan, Mata berbintang-bintang.Pantun Melayu SarawakNasihat
Masak bubur sampai menidih, Hidangan pagi orang Mersing; Ibu mana tidak bersedih, Ada anak duduk berasing.Pantun Melayu SarawakNasihat
Masak bubur beras secawan, Buah pedada sambal bergula; Dalam tidur terlihat tuan, Dalam jaga rasa nak gila.Pantun Melayu SarawakKasih
Masak sebiji buah pedada, Buat perencah kuah laksa; Lelaki perempuan mengada-ngada, Siapa dia gagah perkasa.Pantun Melayu SarawakBerkait
Masak sebutir dibelah-belah, Acang dan kain dibasahkan; Sudah takdir kehendak Allah, Orang lain jangan disalahkan.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Tesaurus
 
masak (adjektif)
1. Dalam konteks buah
bersinonim dengan tua, matang, ranum,
Berantonim dengan muda

2. Dalam konteks daging
bersinonim dengan empuk, lembut, lunak,
Berantonim dengan mentah

2. Bersinonim dengan matang: berpengalaman, berumur, dewasa, tua,
Berantonim dengan mentah

Kata Terbitan : memasak, masakan, pemasak,

Puisi
 

Asam jawa terlalu masak,
     Masak tak boleh dijeruk lagi;
Hati saya terlalu rosak,
     Rosak tak boleh dipujuk lagi.



Lihat selanjutnya...