Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Peribahasa ; Jurnal ; Novel ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ; Istilah Sains Kewangan ; Domain_Fik ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
mengasah masa lapang betul tak

Dicadangkan mengisi masa lapang lebih baik daripada mengasah masa lapang. Dalam penulisan sastera "mengasah masa lapang" dibolehkan seperti penulisan dalam puisi atau cerpen.
Tatabahasa21.05.2017
Salam sejahtera. Adakah "Saya tak lapang" dan "Saya tak senang" mendukung makna yang sama dengan "I am not free" dalam bahasa Inggeris? Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, "senang" tidak mendukung maksud "masa lapang" atau "waktu lapang".

Ayat “I am not free.” boleh diterjemahkan kepada “Saya tidak lapang.” atau “Saya tidak senang.”

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020), halaman 1249 dan 2037 dan Kamus Dwibahasa Bahasa Inggeris-Bahasa Melayu (DBP, 2002), halaman 479.

Tatabahasa31.05.2024
Kita dapat mengisi masa lapang dengan berhemah. Adakah betul penggunaan kata berhemah dalam ayat ini. Terima kasih.Perkataan berhemah tidak sesuai untuk ayat contoh yang diberikan (Kita dapat mengisi masa lapang dengan berhemah. Maksud hemah ialah budi pekerti yang mulia.  Perkataan yang sesuai untuk ayat yang diberikan ialah; Kita dapat mengisi masa lapang dengan aktiviti yang bermanfaat.Lain-lain19.03.2017
Adakah ayat ini betul : mengisi masa lapang secara berfaedah. Adakah penggunaan secara berfaedah betul?Ayat yang betul ialah “mengisi masa lapang dengan aktiviti berfaedah”.Tatabahasa29.07.2024
Kini banyak sekolah yang membina bumbung bagi dataran perhimpunan. Setahu saya dataran adalah kawasan lapang yang tidak memiliki binaan bumbung. Apabila bumbung dibina, adakah ia masih boleh dipanggil dataran? Jika tidak, apakah panggilan yang sesuai dan elok, sedap didengar untuk kawsan seperti itu? Terima kasih didahulukan.Dataran bermaksud kawasan lapang, tidak diperincikan mempunyai bumbung atau sebaliknya. Kami mencadangkan bagi kawasan mempunyai bumbung digelar dataran berbumbung.Makna09.05.2019
Kini banyak sekolah yang membina bumbung bagi dataran perhimpunan. Setahu saya dataran dalah kawasan lapang yang tidak memiliki binaan bumbung. Apabila bumbung dibina, adakah ia masih boleh dipanggil dataran? Jika tidak, apakah panggilan yang sesuai dan elok, sedap didengar untuk kawsan seperti itu? Terima kasih didahulukan.Dataran bermaksud kawasan lapang, tidak diperincikan sama ada mempunyai bumbung ataupun tidak. Kami mencadangkan bagi kawasan yang mempunyai bumbung digelar dataran berbumbung untuk mengelakkan kekeliruan kepada pengguna.Makna09.05.2019
Ayat yang manakah yang betul? I Pembacaan dapat membantu dalam mempertajam pemikiran. II Ramli mengisi masa lapang dengan mempertajam parangnya. III Raziah mempertajam telinganya untuk mendengar perbualan kakaknya dengan rakan-rakannya. harap berikan penjelasan. terima kasih.Ayat 1.Pembacaan dapat membantu dalam mempertajam pemikiran dan ayat II Ramli mengisi masa lapang dengan mempertajam parangnya betul. Hanya ayat III Raziah mempertajam telinganya untuk mendengar perbualan kakaknya dengan rakan-rakannya walaupun betul tetapi jarang sekali digunakan.Tatabahasa16.11.2007
Salam, Perkataan 'mengarang' merupakan kata kerja transitif atau kata kerja tak transitif? Adakah ayat ini tergantung? 1. Sze Ling suka mengarang pada masa lapang. Boleh tuan/puan berikan alasan? Terima kasih.Mengarang merupakan kata kerja transitif. Ayat yang diberikan tergantung. Sepatutnya, Sze Ling suka mengarang cerpen pada masa lapang. Kata kerja transitif - kata kerja yang mengandungi objek yang terdiri daripada frasa nama untuk melengkapkan maksudnya.Tatabahasa08.05.2014
adakah waktu/masa, lapang/rehat,alat/bahan, identiti/imej, pangkal/hujung, utama/dominan termasuk dalam sinonim kontkes, laras sosial atau kolokasi??Contoh-contoh yang tuan berikan ada yang merupakan sinonim dan ada juga antonim, kesemua kata ini juga berkait boleh berkolokasi dalam ayat tertentu. Tidak ada maklumat yang rinci berkaitan tajuk dan contoh ini dalam pangkalan data kami.Tatabahasa19.03.2015
Saya ingin tahu perkataan 'lapang sasar' atau 'lapangan sasar' - antara kedua-duanya mana yang betul.Istilah tepat yang digunakan dalam bidang sukan ialah  lapangan sasar.Istilah02.06.2014
Tesaurus
 
lapang (adjektif)
1. Dalam konteks tempat
bersinonim dengan luas, besar, lebar, lega, selesa, lawar, lawas, tenggar,
Berantonim dengan sempit

2. Dalam konteks waktu
bersinonim dengan terluang, senggang, tidak sibuk,
Berantonim dengan sibuk

Kata Terbitan : melapangkan, lapangan, kelapangan,