Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Jurnal ; Universiti Awam ; Pengesahan Bahasa ; Novel ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ; Kamus Istilah Sains Kewangan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Peribahasa Melayu

Peribahasa

Longgar sendat, lapang bertukul.

Takrif

Berpura-pura menerima kebenaran, padahal sedikit pun tidak dimasukkan ke dalam ingatannya. (Bandingkan dengan: Masuk ke telinga kanan, keluar ke telinga kiri).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Lulus tabuh perhatian.

Takrif

Hati lapang dan lega; sangat suka. tabuh perhatian = tabuh untuk maklumat.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Kalau tidak ada senapang, baik berjalan lapang.

Takrif

Jika tiada bersenjata atau bertenaga baiklah mengalah.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Duduk seorang bersempit-sempit, duduk banyak (= bersama) berlapang-lapang.

Takrif

Buah fikiran yang diperoleh di dalam sesuatu perundingan itu lebih baik daripada buah fikiran kita sendirian saja.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Masuk ke telinga kanan, keluar ke telinga kiri.

Takrif

Nasihat atau pelajaran yang tidak dimasukkan ke dalam ingatan. (Bandingkan dengan: Longgar sendat, lapang bertukul).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
1
Tesaurus
 
lapang (adjektif)
1. Dalam konteks tempat
bersinonim dengan luas, besar, lebar, lega, selesa, lawar, lawas, tenggar,
Berantonim dengan sempit

2. Dalam konteks waktu
bersinonim dengan terluang, senggang, tidak sibuk,
Berantonim dengan sibuk

Kata Terbitan : melapangkan, lapangan, kelapangan,