Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Jurnal ; Universiti Awam ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Dialek ; Kamus Dewan Perdana ; Kamus Istilah Sains Kewangan ; Glosari Linguistik Korpus ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Ensiklopedia
Tajuk Sinopsis Bidang Klasifikasi
KEPUTUSAN MAJORITIUMUM
MENGUNDI

Mengundi ialah satu cara membuat keputusan

oleh sekelompok rakyat. Di banyak negara, rakyat

mengundi untuk memilih pemimpin mereka dan

untuk memutuskan hal atau isu awam. Orang

ramai juga mengundi untuk membuat keputusan

dalam kumpulan, seperti juri, kesatuan sekerja,

syarikat, dan kelab sosial. Rencana ini

membincangkan pengundian hubungan dengan

isu awam dan pengundian dalam pilihan raya

politik.

UMUM
TEORI PERMAINAN

Teori permainan ialah satu kaedah mengkaji

pelbagai situasi dalam membuat keputusan, apabila

pilihan dua atau lebih individu atau kumpulan

mempengaruhi satu sama lain. Ahli teori permainan

mengandaikan situasi-situasi ini sebagai permainan

dan pembuat keputusan sebagai pemain.

UMUM
PERJUDIAN BOLA SEPAK

Perjudian bola sepak ialah suatu bentuk

perjudian yang popular di United Kingdom.

Berjuta-juta orang mengambil bahagian dalam

perjudian bola sepak ini. Mereka mempertaruhkan

sejumlah wang yang kecil dan cuba meramalkan

keputusan perlawanan bola sepak. Ramai orang

yang bermain judi ini mendengar dengan cemas

siaran keputusan perlawanan pada setiap hari Sabtu

pada musim perlawanan bola sepak. Mereka

berharap telah membuat ramalan yang tepat dan

memenangi hadiah. Pada hari-hari tertentu apabila

banyak perlawanan tidak dapat diadakan kerana

cuaca buruk, sekumpulan orang yang dilantik khas

yang dikenali sebagai panel perjudian membuat

penetapan tentang keputusan yang mungkin

tercapai sekiranya perlawanan tersebut benar-benar

diadakan. Hadiah perjudian ini kemudian diberi

berasaskan keputusan panel tersebut.

UMUM
MELOBI

Melobi ialah percubaan untuk mempengaruhi

keputusan pegawai kerajaan. Mereka yang cuba

memujuk ahli badan perundangan supaya

mengundi dengan cara tertentu dikenali sebagai

pelobi .

UMUM
AUTOMASI

Automasi ialah penggunaan mesin untuk

melakukan kerja yang memerlukan keputusan dibuat.

Automasi digunakan untuk berbagai-bagai jenis kerja

yang sangat membosankan, kompleks atau

berbahaya untuk dilakukan oleh manusia.

UMUM
PERTARUHAN

Pertaruhan ialah tagan atau sesuatu yang

dijadikan cagaran berisiko kerana keputusan dalam

suatu kejadian atau jawapan terhadap sesuatu

pertanyaan.

UMUM
KABINET

Kabinet ialah sekumpulan penasihat yang

membantu ketua sebuah kerajaan membuat dasar

dan keputusan. Ia biasanya terdiri daripada para

pegawai yang menyelia kerja eksekutif atau

pentadbiran kerajaan.

UMUM
EKUITI

Ekuiti dalam bidang undang-undang ialah satu

set peraturan yang dirumuskan pada mulanya

untuk mengelakkan keputusan mahkamah yang

terlalu tegar. Ekuiti berdasarkan prinsip kewarasan

dan keadilan yang luas. Ia membenarkan undang-undang

membuat penyesuaian berdasarkan

keadaan khusus sesuatu kes.

UMUM
STATUTE OF WESTMINSTER

Statute of Westminster (1931) menubuhkan

asas rangka undang-undang untuk Negara-negara

Komanwel. Ia memberi kesan kepada keputusan

yang dicapai ketika persidangan di London pada

tahun 1926 dan tahun 1930. Statut ini mengiktiraf

kemerdekaan bahagian utama Empayar British:

Komanwel Australia, Dominion Kanada, Negeri

Bebas Ireland (Irish Free State), Dominion New

Zealand, Newfoundland, dan Kesatuan Afrika

Selatan.

UMUM
Tesaurus
 
putus (kata kerja)
1. Bersinonim dengan retas: rabit, relah, relai, gentas, tercerai, terlerai, terpotong, terkerat,
Berantonim dengan bercantum

2. Bersinonim dengan berakhir: habis, selesai, tamat, berhenti, kiamat, langsai, beres, siap, sudah, gentas,
Berantonim dengan bermula

Kata Terbitan : memutuskan, terputus, terputus-putus, keputusan,