Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Jurnal ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Dialek ; Kamus Dewan Perdana ; Kamus Istilah Sains Kewangan ; Glosari Linguistik Korpus ; Glosari Linguistik Korpus 2 ; Istilah Diplomasi ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Peribahasa Melayu

Peribahasa

Bungkalan yang betul.

Takrif

Keputusan yang betul.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Biar pecah perut, bumi merekah.

Takrif

Keputusan yang tegas.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Diasak (= pindah) layu, dicabut mati.

Takrif

Keputusan yang tidak dapat diubah-ubah lagi. (Peribahasa lain yang sama makna: Dianjak layu, dibubut [= dianggur] mati).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Dianjak layu, dibubut (= dianggur) mati.

Takrif

Keputusan yang tidak dapat diubah-ubah lagi. dianjak = dipindahkan; dianggur = dikerat (cabang) untuk ditanam, dibubut = dicabut.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Belum tentu hitam putihnya.

Takrif

Belum ada keputusan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Belum tahu lagi, ayam sedang berlaga [= disabung], b. Belum tentu hilir mudiknya).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Belum tentu hilir mudiknya.

Takrif

Belum ada keputusan. (Peribahasa lain yang sama makna: Belum tahu lagi, ayam sedang berlaga [= disabung]).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Mensiang baru dicari, kampil'lah sudah dulu.

Takrif

Keputusan telah diambil lebih dulu sebelum rundingan diperbuat. mensiang = gelagah; kampil = sumpit yang dibuat daripada daun mensiang.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Belum tentu si upik si buyungnya.

Takrif

Belum ada keputusan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Belum tahu lagi, ayam sedang berlaga [= disabung], b. Belum tentu hilir mudiknya, c. Belum tentu hitam putihnya).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Datar bak lantai papan, licin bak dinding cermin.

Takrif

Keputusan yang sangat adil.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Bulat bagai air dalam pembuluh.

Takrif

Persatuan yang kukuh atau keputusan yang dicapai dengan kata muafakat.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
1
Tesaurus
 
putus (kata kerja)
1. Bersinonim dengan retas: rabit, relah, relai, gentas, tercerai, terlerai, terpotong, terkerat,
Berantonim dengan bercantum

2. Bersinonim dengan berakhir: habis, selesai, tamat, berhenti, kiamat, langsai, beres, siap, sudah, gentas,
Berantonim dengan bermula

Kata Terbitan : memutuskan, terputus, terputus-putus, keputusan,