Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Ensiklopedia ; Buku ; Peribahasa ; Jurnal ; Universiti Awam ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Dialek ; Kamus Dewan Perdana ; Kamus Istilah Sains Kewangan ; Glosari Linguistik Korpus ; Glosari Linguistik Korpus 2 ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
Mana jawapan yang betul.... 1. 'Mari kita ikut ........ke bilik komputer,'kata Ani kepada Izah. dia atau mereka 2. ..............,bila agaknya tarikh pengumunan keputusan keputusan peperiksaan UPSR pada tahun ini! 3. i.Kakak DIAM membatu apabila dileteri ibu. ii. Kami sekeluarga telah lama DIAM di taman perumahan ini. iii. Secara DIAM pasukan perisik mencari bukti untuk menumpaskannya. iv. Sejak semalam Raihah DIAM sahaja kerana memikirkan masalah keluarga 4.1. Cara pembiakan tumbuhan ini bagaimana? ii. Yang paling pandai di kelas ini siapakah? iii. Mengapa kita harus berkumpul di makmal komputer? iv. Awakkah yang menghantar bungkusan ini kepada Cikgu Ani?

Saudari/Saudara,

Jawapan yang betul ialah:

1. Boleh digunakan perkataan 'dia' atau 'mereka' dalam konteks ayat tersebut.

2. Sila hubungi Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mengetahui maklumat lanjut.

3. Keempat-empat penggunaan perkataan 'DIAM' dalam konteks ayat tersebut adalah betul. Hal ini kerana,

diam, merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat bermaksud, tidak bercakap, senyap, dengan senyap-senyap, tinggal (duduk, berumah, bertempat).

4.  i. Bagaimana cara pembiakan tumbuhan ini?

    II. Siapakah yang paling pandai dalam kelas ini?

    III. Ayat ketiga penggunaan ayat adalah betul. 

    IV. Ayat keempat penggunaan ayat adalah betul.

Tatabahasa14.08.2012
Ayat manakah yang betul: 1. Keputusan eksperimen selepas empat hari direkod dalam Jadual 1? 2. Keputusan eksperimen selepas empat hari direkod pada Jadual 1? 3. Keputusan eksperimen selepas emapt hari direkod di Jadual 1?Ayat Keputusan eksperimen selepas empat hari direkod dalam Jadual 1 dan Keputusan eksperimen selepas empat hari direkod pada Jadual 1 betul.Tatabahasa31.08.2012
Salam sejahtera tuan, berikut ialah soalan saya. 1) mengambil keputusan betul atau membuat keputusan betul? 2) Adakah ayat Baju-baju itu mahal belaka betul? Jika terdapat kata ganda yang membawa maksud adjektif, tidak boleh muncul dalam satu ayat yang sama? 3) Ali tertarik dengan keindahan di Pulau Sipadan atau Ali tertarik oleh keindahan di Pulau Sipadan? Terdapat jawaban dari khidmat nasihat pada tahun-tahun yang lepas yang menyatakan bahawa kedua-dua tertarik oleh / tertarik dengan adalah betul. 4) Pekerja itu ditegur oleh majikan kerana berpakaian compang-camping. Adakah compang-camping perlu ditukarkan kepada mencolok mata? 5) Rakyat Malaysia perlu menghargai budaya warisan kita. Adakah budaya warisan betul? Apakah perbezaan antara budaya warisan dengan warisan budaya?1. Membuat keputusan atau mengambil keputusan, kedua-duanya adalah betul.

2. Ayat Baju-baju itu mahal belaka adalah betul.

3. Ayat yang betul ialah Ali tertarik dengan keindahan di Pulau Sipadan.

4. Ayat Pekerja itu ditegur oleh majikan kerana berpakaian compang-camping adalah betul. Compang-camping dan mencolok mata mempunyai maksud yang berbeza.

5. Ayat budaya warisan adalah betul. Perbezaan budaya warisan dan warisan budaya adalah seperti yang berikut:

   Warisan Budaya ialah artifak, sesuatu yang turun-temurun, peninggalan daripada generasi terdahulu, dikekalkan pada masa kini serta dipelihara untuk generasi akan datang. Manakala Budaya Warisan ialah tamadun, peradaban yang diwarisi oleh sesuatu kaum/etnik terdahulu, dikekalkan pada masa kini serta dipelihara untuk generasi akan datang.

Tatabahasa02.08.2021
Keputusan kami untuk mengadakan lawatan ke Melaka dipersetujui oleh pengetua sekolah. MUNSYI, APAKAH KESALAHAN DALAM AYAT INI? TQAyat ini betul.Tatabahasa07.02.2012
bolehkan perkataan memberangsangkan diguna dalam menyatakan perihal keputusan peperiksaan. Contoh; Keputusan peperiksaan yang tidak memberangsangkan menyebabkan dia gagal memasuki pusat pengajian tinggiMemberangsangkan bermaksud membangkitkan keberanian (semangat, dll) atau membangkitkan kemarahan. (Rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat). Dalam contoh ayat yang diberikan, kata 'memberangsangkan' boleh digunakan dengan maksud membangkitkan semangat atau kemajuan yang menggembirakan. Lebih baik kata 'memberangsangkan' dalam ayat ini diganti dengan kata lain seperti keputusan tidak baik, tidak memuaskan, tidak cemerlang, dll. Sila rujuk kamus untuk penjelasan lanjut.Makna10.08.2008
Assalamualaikum. saya ingin bertanya mengenai keputusan tawaran pelawaan sebagai penulis pakej buku teks KRRS thn 2. saya telah menghantar bahan bab contoh dan sedang menanti keputusan samada berjaya atau gagal. Bila boleh saya mengetahui keputusannya? atau adakah keputusan telah dibuat dan saya gagal ? terima kasih Dr SakhilahKeputusan pemilihan panel penulis bab contoh buku teks KSSR Tahun 2 masih belum ada. Sdr akan dimaklumkan secara rasmi mengenai keputusan tersebut nanti.Lain-lain11.08.2010
Adakah sesuai istilah "Keputusan Partisipatif" digunakan untuk merujuk kepada penyertaan dalam membuat keputusan dalam sesebuah organisasi. Dalam bahasa Inggeris istilah ini merujuk kepada "participative decision making" "Decisional participation" dan "participation in decision making"Untuk makluman, tidak terdapat perkataan "partisipatif" dalam bahasa Melayu. Istilah bahasa Melayu untuk "participative" ialah serta sama. Istilah bahasa Melayu untuk "participation" pula ialah penyertaan. Oleh itu, istilah bahasa Melayu yang dicadangkan adalah seperti yang berikut:
1. participative decision making - pembuatan keputusan serta sama
2. participation in decision making - penyertaan dalam pembuatan keputusan
Istilah yang dicadangkan untuk "keputusan partisipatif" ialah keputusan serta sama.
Istilah07.03.2013
Salam. Soalan mengenai susunan kata dalam frasa nama. 1. PELAKSANAAN SEMULA EKONOMI atau PELAKSANAAN EKONOMI SEMULA. 2. SEMAKAN SEMULA KEPUTUSAN PEPERIKSAAN atau SEMAKAN KEPUTUSAN SEMULA PEPERIKSAAN. Terima kasih.Susunan frasa yang betul ialah "PELAKSANAAN SEMULA EKONOMI" dan "SEMAKAN SEMULA KEPUTUSAN PEPERIKSAAN".  Tatabahasa27.03.2022
Maksud perkataan keputusan termaklum

Berdasarkan carian kami melalui internet, perkataan keputusan termaklum atau dalam bahasa Inggeris, “informed decisions” bermaksud keputusan berdasarkan fakta atau maklumat. Walau bagaimanapun, penggunaan perkataan ini boleh digunakan sekiranya bersesuaian dengan konsep dan konteks ayat.

Makna06.06.2023
Ayat manakah yang betul dan mengapa? A) Saya telah membuat keputusan.... B) Saya telah berbuat keputusan....

Encik Shuit,

Ayat yang betul dan biasa digunakan ialah " Saya telah membuat keputusan".

Tatabahasa20.12.2010
Tesaurus
 
putus (kata kerja)
1. Bersinonim dengan retas: rabit, relah, relai, gentas, tercerai, terlerai, terpotong, terkerat,
Berantonim dengan bercantum

2. Bersinonim dengan berakhir: habis, selesai, tamat, berhenti, kiamat, langsai, beres, siap, sudah, gentas,
Berantonim dengan bermula

Kata Terbitan : memutuskan, terputus, terputus-putus, keputusan,