Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Jurnal ; Direktori Karyawan ; Universiti Awam ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; ujian ; Hasil Penyelidikan ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ; Kamus Istilah Sains Kewangan ; Glosari Linguistik Korpus ; Glosari Linguistik Korpus 2 ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Ensiklopedia
Tajuk Sinopsis Bidang Klasifikasi
PNEUMATIK

Pneumatik adalah cabang ilmu fizik yang

mengkaji kandungan gas terutama udara. Para

jurutera menggunakan pneumatik dalam mereka

alatan dan mesin yang menggunakan kandungan

gas.

Lihat juga Gas (jisim) ; Pam; Perkakas pneumatik.

UMUM
PLASENTA

Plasenta ialah organ berbentuk ceper yang

terbentuk apabila seseorang wanita itu

mengandung. Plasenta membekalkan makanan dan

oksigen kepada bayi dalam kandungan serta

menyalurkan keluar hasil sisanya. Organ ini juga

menghasilkan hormon yang menyelaras

kandungan dan menolong mengawal

perkembangan bayi.

UMUM
ASIDOSIS

Asidosis ialah keadaan apabila bendalir tubuh

mempunyai kandungan asid lebih tinggi daripada

normal. Tubuh mempunyai berbagai-bagai cara

untuk mengimbangi asidosis yang sederhana

teruk. Tetapi asidosis yang berlanjutan boleh

menyebabkan kelemahan, sakit kepala, dan

pernafasan sukar atau cepat. Asidosis yang teruk

boleh membawa kepada asidemia, iaitu

peningkatan asid dalam darah. Asidemia boleh

menyebabkan koma dan kematian.

UMUM
ALABASTER

Alabaster ialah nama dua jenis mineral yang

mempunyai kandungan bahan kimia yang

berlainan. Rupanya sama dan kedua-duanya

digunakan bagi tujuan hiasan.

UMUM
PERIDOT

Peridot ialah batu permata lut sinar yang biasanya

berwarna kehijauan kerana kandungan besinya.

Peridot ialah sejenis mineral biasa yang membentuk

batu-batan yang dikenali sebagai olivin. Tukang

emas memotong dan mencanai peridot berkualiti

tinggi untuk menghasilkan permata yang

mempunyai banyak segi. Peridot yang dipotong

dengan cara ini digunakan untuk membuat pelbagai

barang kemas yang indah-indah. Peridot yang

rendah sedikit mutunya dipotong berbentuk bulat

dikenali sebagai cabochon atau dikilatkan dengan

empelas dalam proses yang dikenali sebagai

tumbling . Batu permata jenis ini hanya digunakan

untuk membuat perhiasan kostum dan objek hiasan.

Peridot ialah salah satu daripada dua batu kelahiran

untuk bulan Ogos.

UMUM
DES

DES ialah hormon seks sintetik yang digunakan

sebagai ubat. Ia mempunyai kandungan estrogen

semula jadi, sejenis hormon yang dihasilkan

oleh ovari wanita sewaktu usia subur. DES

ialah singkatan nama kimia hormon tersebut,

diethylstilbestrol.

UMUM
AMNIOSENTESISAmniosentesis ialah prosedur perubatan yang kadangkala dilakukan ketika kehamilan untuk membantu menentukan kesihatan dan kematangan bayi dalam kandungan.UMUMUmum
AMMONIA KONTANG

Ammonia kontang ialah gas ammonia tulen

dalam bentuk cecair. Oleh sebab kandungan

nitrogennya tinggi kira-kira 82 peratus peladang

menggunakan ammonia kontang sebagai baja. Ia

boleh digunakan bersendirian atau dalam campuran

komersial yang mengandungi sebatian fosforus dan

kalium. Ia boleh berpadu dengan air untuk

membentuk larutan bagi membuat baja campuran.

Ammonia kontang juga digunakan sebagai bahan

penyejuk dalam simpanan sejuk dan loji pembuatan

ais. Ia dibuat dengan memampatkan gas ammonia

kering (NH3 ).

UMUM
TAKONIT

Takonit ialah batu keras yang mengandungi

lebih kurang 30 peratus besi dalam bentuk serbuk

halus besi oksida. Kandungan yang selebihnya

terdiri daripada mineral yang dinamakan chert .

Takonit banyak didapati di Banjaran Mesabi di

Minnesota, Amerika Syarikat. Ia adalah batuan

induk yang daripadanya terbentuk mendapan bijih

besi Mesabi yang terkenal. Longgokan bijih besi

yang penting ini berada bertaburan dalam

kawasan takonit yang panjangnya 160 kilometer

dan lebarnya 1.5 kilometer hingga 3 kilometer. Besi

dalam takonit wujud terutamanya sebagai oksida

hitam magnetit atau batu magnet dan oksida

merah hematit .

UMUM
OREN

Oren ialah buah-buahan sitrus yang popular

yang disukai oleh penduduk di seluruh dunia.

Buah oren dinilai kerana jusnya yang enak dan

kandungan vitaminnya yang tinggi. Buah ini

merupakan sumber vitamin C yang terbaik dan

juga mengandungi vitamin A dan beberapa

vitamin B.

UMUM
Tesaurus
 
kandung (kata nama)
1. Bersinonim dengan kantung: pundi-pundi, kampit, karung, kajang, buntil, guni, raga, bakul, saku, kocek,

2. Bersinonim dengan peranakan: rahim

Kata Terbitan : mengandung, mengandungi, terkandung, kandungan,