Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Peribahasa ; Jurnal ; Universiti Awam ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; ujian ; Novel ; Hasil Penyelidikan ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ; Kamus Istilah Sains Kewangan ; Glosari Linguistik Korpus ; Glosari Linguistik Korpus 2 ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
1. Apakah penggunan perkataan ambil serius betul dalam struktur ayat? 2. Adakah penggunaan lebih banyak kandungan-kandungan dalam ayat adalah betul kerana saya berpendapat bahawa lebih banyak sudah menunjukkan sesuatu yang banyak dan begitu juga kandungan-kandungan ialah kata ganda yang jelas menunjukkan sesuatu yang banyak.1. Frasa yang betul ialah mengambil serius, sama seperti mengambil faedah.
2. Frasa yang betul ialah lebih banyak kandungan.
Tatabahasa23.10.2015
Salam, Apakah terjemahan bagi jawatan "Content Executive"? "Content" dalam konteks ini bermaksud kandungan laman web - teks dan visual. Tugas seorang "Content Executive" adalah untuk menghasilkan kandungan tersebut. Terima kasih.Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah Eksekutif Kandungan Laman Web atau Eksekutif Kandungan.Istilah14.01.2016
isi dan kandungan mempunyai maksud yang sama, akan tetapi mengapa kebanyakan kita sering menggunakan isi kandungan, sama ada dalam pertuturan mahu pun penulisan? Terima kasihIsi dan kandungan mempunyai maksud yang sama. Oleh itu, bersama-samalah kita membiasakan yang betul.Tatabahasa10.04.2012
Bagi klausa; bayi dalam kandungan Atau Bayi di dalam kandungan Yang mana lebih tempat?Kata sendi nama yang betul bagi ayat di atas ialah "Bayi di dalam kandungan."Tatabahasa07.12.2023
Apakah yang dimaksudkan dengan 'consumer-generated content'? Terima KasihPadanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah kandungan dijana pengguna atau kandungan terjana pengguna. Untuk makluman, istilah ini tidak terdapat dalam pangkalan data DBP.Istilah17.06.2016
Saya ingin meminta nasihat pihak tuan/puan, penggunaan ayat di bawah yang manakah sesuai untuk menjelaskan bahawa kandungan utama yang digunakan di dalam bijian sarapan pagi adalah bijian penuh. Adakah no 1 atau no 2. 1) Kandungan bijian penuh No 1 2)Bijian Penuh kandungan No 1 sekian terima kasihAyat yang betul ialah Kandungan Bijian Penuh No. 1.Penyemakan dan penterjemahan20.06.2016
1. Nombor yang berwarna merah menyatakan "standard pembelajaran" dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). 2. Dalam KSSR ada kriteria untuk mengukur setiap "standard kandungan". Adakah ungkapan standard pembelajaran dan "standard kandungan persis?Dari aspek bahasa "standard kandungan" dan "standard pembelajaran" membawa maksud yang berbeza. Walau bagaimanapun ada kemungkinan kedua-dua ungkapan tersebut merujuk perkara yang sama jika kementerian berpendapat pembelajaran berasaskan kandungan yang telah disediakan. Oleh itu, sila rujuk dengan pihak Kementerian Pelajaran untuk kesahihan penggunaan ungkapan tersebut.Makna21.04.2012
Sila semak kandungan dan ejaan untuk signboard ini.Salam sejahtera,

Untuk semakan bahasa Melayu dalam paparan iklan sila buat permohonan melalui http://dbpsahbahasa.my/

Sekian, terima kasih.
Lain-lain30.09.2018
Buah mangga mempunyai kandungan Vitamin C yang tinggi. Tuan, betulkah ayat di atas ini? bolehkah perkataan mempunyai dan kandungan digunakan bersama-sama?Kami cadangkan ayat tersebut diubah menjadi buah mangga mengandungivitamin C yang tinggi.Tatabahasa26.04.2013
Indeks bolehkah disamakan dengan muka hadapan? Contohnya tajuk saya: Analisis kandungan muka hadapan laman web e-komuniti. Bolehkah saya menggantikan perkataan muka hadapan kepada indeks?Contohnya:Analisis kandungan indeks laman web e-komuniti.Untuk mengubah sesuatu tajuk yang telah diberikan secara prinsipnya tidak dibenarkan. Sdr. dinasihatkan bertemu dengan pensyarah/penganjur yang telah memberikan tajuk ini kepada sdr. Secara takrifan literal, Indeks membawa makna senarai butir kandungan buku (rujuk takrifan kamus Dewan).Takrifan Penerbitan pula indeks merupakan senarai nama, perkara, rujukan dan sebagainya yang disusun menurut abjad. Indeks dicetak pada bahagian akhir buku.Lain-lain25.02.2008
Tesaurus
 
kandung (kata nama)
1. Bersinonim dengan kantung: pundi-pundi, kampit, karung, kajang, buntil, guni, raga, bakul, saku, kocek,

2. Bersinonim dengan peranakan: rahim

Kata Terbitan : mengandung, mengandungi, terkandung, kandungan,