Perang Dunia I (19141918) melibatkan lebih banyak negara dan menyebabkan lebih besar kemusnahan daripada sebarang perang lain kecuali Perang Dunia II (19391945). Peluru pembunuh di Austria-Hungary mencetuskan perang, dan sistem perikatan tentera menjerumuskan kuasa-kuasa besar Eropah ke dalam kancah peperangan. Setiap pihak menjangkakan kemenangan segera. Tetapi perang berlaku selama empat tahun dan mengorbankan hampir 10 juta askar. |