PeribahasaSeperti kancah ditawar.TakrifTernganga dan terdiam saja tak dapat berkata apa-apa.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaPitis sekupang genap hendak membeli kancah berkerawang, nuri pandai berkata.TakrifKeadaan yang serba salah; keinginan ada tetapi tenaga tidak kesampaian. sekupang = sepuluh sen; kancah berkerawang = kawah berukir.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaRusa di hutan, kancah sudah dijerang.TakrifSudah bersiap sedia untuk mengecap hasil yang belum lagi diperoleh. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Burung terbang dipipiskan lada, b. Ikan lagi di laut, lada garam sudah di sengkalan).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBurung terbang dipipiskan lada.TakrifSudah bersiap sedia untuk mengecap hasil yang belum lagi diperoleh. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Ikan lagi di laut, lada garam sudah di sengkalan, b. Rusa di hutan, kancah sudah dijerang). pipis = giling.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
|