Kata |
Takrif |
Sumber |
kancah | 1 kuali besar (biasanya digunakan sbg bekas memasak nasi dll); kawah. 2 ki keadaan huru-hara (perang, penderitaan dll); kawasan atau medan (perjuangan dll): Kemboja terheret ke dlm ~ peperangan di Vietnam. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kancah II | peluk, sepemeluk; terkancah terlibat dlm kesukaran dll. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kancah revolusi | keadaan revolusi yg sedang berkecamuk; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kancah politik | medan atau gelanggang politik; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kancah I | 1. kawah, kuali besar; 2. ki keadaan (sukar, perang, penderitaan, dsb), gelanggang (politik, perjuangan, dll), medan: ~ perjuangan; ~ krisis; ~ politik medan atau gelanggang politik; ~ revolusi keadaan revolusi yg sedang berkecamuk; spt ~ ditawar Mn prb ternganga (tidak bercakap dan tidak menjawab dlm perbincangan dll); pitis sekupang genap, hendak membeli ~ berkerawang, nuri pandai berkata prb perihal orang yg tidak berkemampuan tetapi berkemahuan spt orang kaya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kancah | 1. kuali besar (biasanya digunakan sbg bekas memasak nasi dll); kawah. 2. ki keadaan huru-hara (perang, penderitaan dll); kawasan atau medan (perjuangan dll): Kemboja terheret ke dlm ~ peperangan di Vietnam. | Kamus Pelajar |
kawah I | 1. sj kuali besar, kancah; 2. mulut gunung berapi, lubang kepundan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rusa I | sj binatang yg tanduknya bercabang-cabang dan memakan tumbuh-tumbuhan, menjangan, Cervus equimus; jenis-jenisnya: ~ babi, ~ balas, ~ dandi, ~ nibung; ~ di hutan, kancah sudah terjerang prb barang sesuatu yg belum pasti didapat sudah direka-reka akan gunanya; mati ~ kerana jejak, mati kuau kerana bunyi prb mendapat bencana kerana perbuatannya atau sesuatu yg menjadi kemegahannya; mati ~ kerana tanduknya prb mendapat kecelakaan kerana sesuatu yg menjadi kemegahannya; spt ~ kena tambat prb selalu dlm keluh-kesah; spt ~ masuk kampung prb tercengang-cengang; tak akan rintang ~ oleh tanduknya prb tidak terganggu seseorang yg cekap itu drpd melakukan pekerjaannya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pitis | 1. sj mata wang pd zaman dahulu; 2. duit, wang: ada ~ semua kerja jadi; ~ garis wang yg terkecil (bernilai 1/48 ketip); ~ habis, keinginan tiba prb keinginan (kemahuan dll) datang setelah jatuh miskin; ~ sekupang genap hendak membeli kancah berkerawang, nuri pandai berkata prb a) keadaan yg serba salah; b) keinginan ada tetapi tenaga tidak kesampaian; pitisan beberapa banyak wang (pitis). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lubuk | 1. bahagian yg dalam di sungai (laut, telaga): mereka menangkap ikan di ~ sungai itu; ~ pusar bahagian sungai atau laut yg airnya berpusar deras dan dapat menarik benda (kapal kecil dsb) ke dlm bahagian tengahnya; 2. ki lembah kesengsaraan, kancah: mereka mencari gadis-gadis utk dibawa ke ~ pelacuran; 3. ark dalam (pinggan, mangkuk, dll): piring ~; ~ hati = ~ jiwa dlm hati, batin; ~ akal lautan (tepian) ilmu = ~ akal lautan (tepian) budi prb sangat luas dan banyak pengetahuan; ~ menjadi pantai, pantai menjadi ~ prb nasib seseorang itu tidak tetap; batu jatuh ke ~ prb hilang lenyap tidak nampak-nampak lagi (orang yg meninggalkan tempatnya); lain ~ lain ikannya prb lain negeri lain adatnya; tahu di dlm ~ prb tahu betul tentang kesulitan sesuatu perkara; tentang ~ lepas tuba, tentang ikan akan mati prb, Mn menyampaikan sesuatu maksud (kehendak dll) biarlah tepat pd tempat dan waktunya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Kata |
Takrif |
Sumber |
theatre | 6. arena, kancah, medan: the Middle East remains the ~ of war, Timur Tengah terus menjadi kancah peperangan; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
minefield | n 1. kawasan periuk api; 2. (fig.) kancah: racial issues can be a political ~, isu perkauman boleh menjadi kancah politik. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
quagmire | n 1. lumpur jerlus; 2. (fig.) kancah: how do we escape this ~ of debt?, bagaimana kita dapat melepaskan diri drpd kancah hutang ini?; let us not get into a ~ of racial controversy, janganlah kita terperangkap dlm | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
vortex | n 1. pusaran: the ~ of the tornado, pusaran puting beliung; 2. (fig.) kancah: he was drawn into the ~ of politics, dia terseret ke dlm kancah politik. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
slough 1 | n 1. bog, selut; 2. (liter.) state difficult to get out of, kancah: the incident lifted her out of the ~ of depression, peristiwa itu menyebabkan dia keluar dr kancah kekecewaan. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
trouble-spot | n kancah pergolakan. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
plunge | b. cause st to be thrown into a certain state or condition, i. (darkness etc), (act.) /menyebabkan, menjadikan/ sst di selubungi [sst]; (pass.), (sst) diselubungi: the whole building was ~d into darkness due to power failure, seluruh bangunan itu diselubungi kegelapan disebabkan terputusnya bekalan elektrik; ii. (chaos etc), (act.) menjerumuskan sst ke dlm; (pass.), sst terjerumus dlm: these dangerous policies could ~ the nation into war, polisi-polisi yg berbahaya ini boleh menjerumuskan negara ke dlm kancah peperangan; to be ~d into debt, terjerumus dlm kancah hutang; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
screened pan | kancah bertapis | Sains | Hidrometeorologi | Kancah sejatan yang bahagian atasnya ditutup oleh tapisan jaringan dawai (jaringan 1/4 inci). Tapisan ini mengurangkan edaran dan tebatan udara dan menghasilkan koefisien kancah yang lebih hampir kepada nilai satu daripada kancah bertapis yang paling meluas digunakan mempunyai garis pusat 2 kaki dan dalamnya 3 kaki, dan dibenamkan ke dalam tanah supaya kira-kira dua inci bingkainya mengunjur ke luar dari permukaan tanah sekitarnya. Aras air dikekalkan lebih kurang pada aras tanah. Koefisien kancah tahunan bagi kancah bertapis pola ini ialah sekitar 0.9 1.0. |
colorado pan | kancah colorado | Hidrologi | Tiada | Jenis kancah sejatan yang luasnya lebih kurang 1 meter persegi dan dalamnya 45 cm. Kancah ini dibenam ke bumi sedalam 40 cm dan paras airnya dikawal agar sama dengan paras bumi. |
pan, bpi | kancah bpi | Hidrologi | Tiada | Kancah sejatan yang bulat bergaris pusat enam kaki dan dalamnya dua kaki, diperbuat daripada besi galvani yang tidak dicat. Kancah ini dibenam ke dalam tanah dengan bingkainya lebih kurang dua inci atas dari permukaan tanah dan paras air di dalamnya dikekalkan lebih kurang sama dengan permukaan tanah |
evaporation pan see also evaporimeter | kancah sejatan lihat juga meter sejatan | Hidrologi | Tiada | Meter sejatan yang terdiri dari suatu tangki atau kancah yang kedalamannya sederhana dan permukaannya agak besar. Di dalamnya penurunan paras air akibat penyejatan dapat diukur. (WMO) (1) US kelas A; Kancah berbentuk silinder 25.4 cm dalam dan bergaris pusat 120.7 cm dibuat dari logam Monel. Bahagian bawahnya ditopang atas suatu rangka kayu 1.5 cm tinggi dari tanah. (2) USSR GGI-3000: Kancah berbentuk silinder, luas permukaannya 3000 cm2 , dalamnya 60 cm, bahagian bawahnya berbentuk kerucut, dan dibenamkan ke dalam tanah sehingga bingkainya tinggal 7.5 cm atas dari permukaan tanah. (3) Tangki USSR 20 m2; Tangki yang luas permukaannya ialah 20 m2, berbentuk silinder, bahagian bawahnya rata, dalamnya 2 m dan bingkainya 7.5 cm atas dari permukaan tanah. |
pan, floating | kancah apung | Hidrologi | Tiada | Kancah sejatan yang terapung di air. |
pan, sunken | kancah benam | Hidrologi | Tiada | Kancah sejatan yang ditanam ke dalam tanah hampir ke bingkainya. |
evaporation pan | kancah sejatan | Sains | Hidrometeorologi | Alat yang terdiri daripada tangki atau kancah yang sederhana dalamnya dan agak besar permukaannya dan digunakan untuk mengukur penurunan aras air akibat penyejatan. |
coefficient, pan | koefisien kancah | Hidrologi | Tiada | Nisbah sejatan suatu suatu badan air yang besar terhadap sejatan yang diukur dalam kancah sejatan. |
Colorado pan | kancah Colorado | Geografi | Tiada | Tiada |
evaporimeter syn. atmometer; see also evaporation pan | meter sejatan lihat juga kancah sejatan | Hidrologi | Tiada | Alat yang digunakan untuk mengukur banyaknya air yang tersejat ke atmosfera selama suatu jangka masa tertentu. |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
kancah | kawah. | kedayan | |
kuren malat | kancah | TETAW | |
Kata |
Sebutan |
Jawi |
kancah | [kan.cah] | کنچه |
|
|