Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Dialek ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Pantun
Pantun Sumber Tema
Apa guna si padi hampa, Hampa menjadi si hampa layang; Apa ada kepada saya, Bahasa tiada rupa pun kurang.Kurik Kundi Merah SagaBudi
Apa guna padi hampa, Padi hampa dimakan ulat; Apa kurang kepada hamba, Kapal di laut gedung di darat.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Macam mana padi tak hampa, Limau manis condong ke hulu; Macam mana hati tak gila, Hitam manis jalan dahulu.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Bukan tanah menjadi padi, Kalau jadi hampa melayang; Bukan bangsa boleh berbudi, Kalau dibudi cuma terbuang.Kurik Kundi Merah SagaBudi
Mengapa ladang tidak dituai, Kerana padinya menjadi hampa; Mengapa orang banyak bertikai, Kerana hatinya menjadi buta.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Apabila padi tidak ditampi, Manakan tahu bernas dan hampa; Apabila janji tidak ditepati, Banyaklah seteru nahas pun tiba.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Duduk menampi padi usang, Entak berdedak entak tidak, Tidak berdedak hampa melayang; Siapa nan tahu hati orang, Entah hendak entah tidak, Adik menjadi bunga kembang.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Sayang ombak terlalu besar, Hingga segan orang memukat; Abang tidak mahu bersabar, Hampa pun segan datang mendekatKhazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Zaman kini berubah jauh, Jantan betina sama serupa; Idaman hati sudah menjauh, Badan merana sukma hampa.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Tabuh gendang bunyi bertalu, Orang bergerak gegak-gempita; Sungguh malang nasib diriku, Cinta ditolak harapan hampa.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Tesaurus
 
hampa (adverba)
1. Bersinonim dengan kosong: tidak berisi, lompong, keropong, gerohong,
Berantonim dengan berisi

2. Bersinonim dengan kecewa: putus asa, putus harap, patah hati, tercanggung,

3. Bersinonim dengan sia-sia: gagal, tidak berhasil, tidak berjaya,
Berantonim dengan berjaya

4. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan bodoh, dungu, tidak berilmu,

Kata Terbitan : menghampakan, kehampaan,

Puisi
 

Apa guna padi hampa,
     Padi hampa dimakan ulat;
Apa kurang kepada hamba,
     Kapal di laut gedung di darat.



Lihat selanjutnya...