Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Dialek ; Pantun ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Peribahasa Melayu

Peribahasa

Yang hampa biar terbang, yang bernas biar tinggal.

Takrif

Yang tak berguna biarlah hilang, dan yang baik-baik biarlah tinggal.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Menjual petai hampa.

Takrif

Membual; omong kosong.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Padi sekepuk hampa, emas seperti loyang, kerbau sekandang jalang.

Takrif

Kelihatan kaya (pandai) sebenarnya miskin (bodoh); bernasib malang. kepuk = lumbung padi; jalang = liar.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Sekam menjadi hampa berat.

Takrif

Tiada akan merugikan sedikit juga, jika daripada yang banyak itu hilang sedikit.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Bagai menumbuk padi hampa.

Takrif

Perkhabaran selalu dilebih-lebihkan daripada keadaan yang sebenarnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Indah khabar daripada rupa).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Seperti ilmu padi hampa, makin lama makin mencongak.

Takrif

Orang sombong, cakapnya saja yang besar tetapi buktinya tidak ada.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Tertanam di biji hampa.

Takrif

Usaha yang sia-sia.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Menjual tangkai cangkul sekah.

Takrif

Membual; omong kosong. (Peribahasa lain yang sama makna: Menjual petai hampa).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Indah khabar daripada rupa.

Takrif

Perkhabaran selalu dilebih-lebihkan daripada keadaan yang sebenarnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai menumbuk padi hampa).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
1
Tesaurus
 
hampa (adverba)
1. Bersinonim dengan kosong: tidak berisi, lompong, keropong, gerohong,
Berantonim dengan berisi

2. Bersinonim dengan kecewa: putus asa, putus harap, patah hati, tercanggung,

3. Bersinonim dengan sia-sia: gagal, tidak berhasil, tidak berjaya,
Berantonim dengan berjaya

4. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan bodoh, dungu, tidak berilmu,

Kata Terbitan : menghampakan, kehampaan,

Puisi
 

Apa guna padi hampa,
     Padi hampa dimakan ulat;
Apa kurang kepada hamba,
     Kapal di laut gedung di darat.



Lihat selanjutnya...