Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Peribahasa ; Novel ; Dialek ; Pantun ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
Pak Cik Ahmad membakar hampa padi di belakang rumahnya. mengpakah ayat ini salah?? apakah kesalahannya??

Ayat yang betul ialah "Pakcik Ahmad membakat sekam padi di belakang rumahnya. Harap maklum.

Tatabahasa14.07.2008
Aminur Ariffan sedihnye da lepas...tiap2 thun menunggu info nak join...tapi hampa...last sya join thun 2000..thun lepas bulan 11 thun ne awal plak ye..Untuk makluman, tahun ini kembara bahasa bermula sebaik sahaja majlis pelancaran bulan bahasa kebangsaan 2013 peringkat kebangsaan diadakan. Insya-Allah, harap dapat sertai pada tahun hadapan. Terima kasih.Lain-lain18.12.2013
Salam 1 Malaysia. Apakah simpulan bahasa ini"menumbuk padi". terima kasihMenumbuk padi bukan simpulan bahasa. Menumbuk padi merupakan satu perbuatan.

Bagai menumbuk padi hampa merupakan peribahasa yang bermaksud perkhabaran selalu dilebih-lebihkan daripada keadaan yang sebenarnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Indah khabar daripada rupa).
Tatabahasa16.01.2013
Assalamualaikum, Segala puji bagi Allah, tuhan semesta alam. Semoga anda semua mendapat rahmat dan hidayah daripadaNya. Bukanlah saya bertujuan untuk meminta pendapat, tetapi lebih kepada memberikan pandangan saya. Apalah kiranya pihak tuan berusaha untuk memastikan segala laman carian (website) seperti "Yahoo", "Google" dan lain-lain menggunakan Bahasa Melayu. Telah saya rujukkan kepada SKMM, dan jawapan hampa mengatakan mereka tiada kuasa untuk itu. Bukan berkenaan kuasa, tetapi usaha sepatutnya dilakukan. Bukankah lebih tegas nampaknya jika jabatan kerajaan yang menekan mereka berbanding seorang individu sahaja, kerana sesebuah kementerian itu sepatutnya mewakili semua rakyat. Mungkin pihak tuan telah pun menjalankan sesuatu, dan saya harap usaha itu akan berterusan supaya dapatlah kita menyatukan rakyat melalui bahasa, seperti yang terjadi di negara-negara lain dan usaha itu perlu dilakukan daripada sekecil-kecil perkara. Semoga Allah memberkati usaha anda semua. Sekian.

Maklum dan terima kasih atas pandangan tuan. 

 

 

Lain-lain11.11.2010
1
Tesaurus
 
hampa (adverba)
1. Bersinonim dengan kosong: tidak berisi, lompong, keropong, gerohong,
Berantonim dengan berisi

2. Bersinonim dengan kecewa: putus asa, putus harap, patah hati, tercanggung,

3. Bersinonim dengan sia-sia: gagal, tidak berhasil, tidak berjaya,
Berantonim dengan berjaya

4. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan bodoh, dungu, tidak berilmu,

Kata Terbitan : menghampakan, kehampaan,

Puisi
 

Apa guna padi hampa,
     Padi hampa dimakan ulat;
Apa kurang kepada hamba,
     Kapal di laut gedung di darat.



Lihat selanjutnya...