Kata |
Takrif |
Sumber |
rasa | 1 apa-apa yg dialami oleh lidah atau kulit (ketika terkena sesuatu): ~ manis; ~ sakit. 2 sifat sesuatu benda yg menimbulkan rasa 1: Gula manis ~nya tetapi garam masin ~nya. 3 Apa-apa yg dialami oleh hati atau batin ketika berlaku (melihat) sesuatu; keadaan hati atau batin terhadap sesuatu: ~sedih; ~ pilu. 4 apa-apa yg difikirkan mengenai sesuatu; pendapat; fikiran: Pd ~ saya itu tidak betul. rasanya, rasa-rasanya barangkali; agaknya: Kalau ~ dpt dikerjakan, kerjakanlah. ~ hari ini saya tidak dpt datang. ~ akan berhasil juga usaha kita ini. berasa 1 mempunyai atau beroleh rasa (terutama yg dialami oleh badan): Kedua-dua tangannya ~ lenguh. 2 ada rasanya (manis, masin dll). 3 mengalami rasa di dlm hati: ~ takut; ~ ngeri. merasa mengecap utk mengetahui rasa makanan atau minuman dgn lidah: Ibu hendak ~ kuih yg saya buat. merasa-rasa meraba-raba atau memegang-megang dsb utk mengetahui kasar halusnya (berat ringannya dsb): Halus atau kasarnya kain ini dpt dirasa-rasa sendiri dgn tangan. Rasa-rasalah dahulu dgn kaki untuk mengetahui dalam tidaknya sungai itu. merasai 1 mendapat atau mengalami (nikmat dll); menikmati: Selama ini ia tidak pernah ~ kesenangan hidup. 2 menderita atau menanggung (kesusahan dll): Mereka akan ~ balasan Tuhan kelak. merasakan 1 membiarkan merasa atau merasai; mengesankan: Ia berusaha hendak ~ pengaruhnya kpd anggota-anggota persatuan yg dipimpinnya. 2 memikirkan; menganggap: Ia masih dirasakan penting dlm persatuan kami. terasa dpt (sudah) dirasa atau dirasai: ~ benar sakitnya sekarang. Tekanan ekonomi ~ di mana-mana. perasaan 1 hal berasa atau merasai sesuatu: ~ ingin menjadi sasterawan terkenal meluap-luap di dadanya. 2 rasa atau keadaan batin ketika menghadapi sesuatu: Hatinya selalu didatangi ~ takut. 3 kesanggupan utk berasa: Sindiran orang itu menyinggung ~ beberapa orang di antara para hadirin. 4 pertimbangan hati ttg sesuatu; pendapat: Bagaimana ~ saudara ttg perkara ini? perasa 1 = alat ~ bahagian badan atau organ utk merasa. 2 mudah berasa atau mudah merasai; peka. serasa sama rasanya dgn; seakan-akan berasa: Minum air ~ duri. | Kamus Pelajar |
air I | 1. cecair yg terbentuk drpd dua bahagian hidrogen dan satu bahagian oksigen (dlm keadaan yg murni tidak mempunyai warna, bau atau rasa); 2. kumpulan cecair (spt yg terdapat di dlm sungai, tasik, laut, dsb): banjir berlaku apabila ~ sungai melimpahi tebingnya; 3. cecair yg terdapat dlm buah-buahan, perahan, jus: ~ tebu; ~ limau; 4. = batang ~ sungai; ke batang ~ ke sungai; anak ~ anak sungai; 5. minuman: ~ teh; ~ kopi; 6. cecair yg rupanya spt air; 7. campuran air atau sesuatu cecair dgn bahan(-bahan) lain; ~ abu air yg mengandungi zat drpd abu; ~ alas air masin (di muara sungai); ~ ampuh air bah; ~ anggur minuman yg dibuat drpd buah anggur; ~ api = ~ keras asid; ~ atar sj minyak wangi; ~ bah banjir; ~ bakat = ~ berolak pusaran air; ~ batu = ~ beku ais; ~ batu campur sj minuman sejuk yg dibuat drpd air batu kisar yg dibubuh kacang merah, jagung, cincau, gula melaka cair, sirap, susu cair, dll; ~ batu kering karbon dioksida yg disejukkan dan merupakan ketul-ketul; ~ belanda = ~ soda air yg bercampur dgn karbon dioksida; ~ berat (Kim) molekul air yg terdiri drpd dua atom deuterium dan satu atom oksigen;~ besar bh najis, tahi; ~ buah air perahan buah-buahan, jus; ~ bujang minuman spt teh, kopi dsb yg dihidangkan kpd tetamu tanpa kuih, biskut dsb; ~ dakelom = ~ dakelong = ~ kolong = ~ kelonyor sj minyak wangi (eau-de-cologne); ~ emas a) lapis emas, dakwat emas; b) benang emas; ~ galian air mineral; ~ gula air yg dibuat terlalu manis dgn gula; ~ hempedu air yg dikeluarkan oleh hempedu; ~ hidung hingus; ~ hidup maulhayat; ~ kandang Id air dr kotoran kandang; ~ kapur larutan akueus kalsium hidroksida; ~ kecil = ~ kemih air kencing; ~ kelonyor = ~ kolong air dakelom; ~ kosong air minuman yg tidak dibubuhi apa-apa pun spt teh, kopi, gula dsb; ~ kumbahan air basuhan; ~ lata = ~ terjun air yg jatuh (di lereng gunung dll); ~ lembut (Kim) air yg tidak mengandungi garam kalsium dan garam magnesium dan mudah mengeluarkan buih apabila bercampur dgn sabun; ~ lemoned sj minuman (biasanya dlm botol); ~ liat (Kim) air yg mengandungi garam kalsium dan garam magnesium dan tidak mudah mengeluarkan buih apabila bercampur dgn sabun; ~ liat kekal (Kim) air yg kandungan garamnya tidak hilang apabila dididihkan; ~ liat sementara (Kim) air yg kandungan garamnya hilang apabila dididihkan; ~ limun Id air lemoned; ~ liur air yg keluar di dlm mulut; ~ mandi a) air utk mandi; b) sesuatu yg sudah menjadi kebiasaan; ~ mani air dan benih yg keluar ketika bersetubuh atau ketika syahwat memuncak; ~ marga jiwa = ~ merta jiwa = ~ utama jiwa = ~ maulhayat air yg memberi hidup (dlm cerita dahulukala); ~ mata air yg keluar dr mata (apabila menangis dll); ~ mata air air yg keluar dr punca air dlm tanah; ~ mati a) limbahan di pantai yg airnya tidak mengalir; b) surut timpas; c) air yg sudah dimasak dan sudah sejuk; ~ mawar air yg harum baunya (dibuat drpd bunga mawar); ~ (me)lata air terjun yg kecil; ~ mentah air yg belum ditapis (dibubuhi klorin dsb) hingga layak digunakan oleh manusia; ~ mineral air semula jadi yg mengandungi garam galian atau gas terlarut dan berkhasiat sbg air minuman; ~ minum air utk diminum; ~ muka a) permukaan air; b) rupa muka (yg membayangkan sesuatu perasaan); c) ki maruah, harga diri; ~ mukjizat air yg mempunyai sesuatu hikmat atau kelebihan; ~ paip air yg telah dirawat bersih dan disalurkan ke rumah-rumah dsb dgn menggunakan paip; ~ pancur Kd air paip; ~ pankreas cecair yg dikeluarkan oleh pankreas, jus pankreas; ~ pasang air naik (paras air laut yg naik); ~ pasang keling air pasang besar; ~ payau air yg kandungan garamnya lebih rendah drpd air laut, tetapi lebih tinggi drpd air tawar (terutama air di sekitar muara); ~ penghabluran (Kim) air yg wujud dlm sebatian berhablur dlm perkadaran tertentu, mis 5 molekul air dlm kuprum(II) sulfat pentahidrat, CuSO4.5H2O; ~ perak dakwat perak; ~ perut cecair yg dikeluarkan oleh perut; ~ pokok (tanaman) cecair yg terdapat dlm pokok; ~ raksa sj logam cair yg rupanya spt timah (digunakan dlm termometer dll), merkuri; ~ sebak air bah; ~ sembahyang a) air yg boleh digunakan utk bersuci jika hendak bersembahyang; b) keadaan sudah bersuci tubuh utk bersembahyang; ~ sembilan air utk memandikan mayat; ~ seni bh air kencing; ~ serani air permandian (baptis) orang Kristian; ~ setaman air yg dibubuhi bunga-bungaan (utk menujuh bulan dll); ~ suci Id (Katolik) air yg sudah disucikan (diberi berkat); ~ suling air yg (sudah) disuling (dijadikan wap dan disejukkan kembali); ~ surut air turun (lwn air pasang), paras air laut yg turun; ~ susu air yg keluar dr susu (tetek) manusia dan haiwan; ~ talkin air yg disiram ke atas kubur (orang yg baru sahaja dikebumikan) sebaik sahaja talkin selesai dibacakan; ~ tanah air yg terbit dr tanah; ~ tawar air biasa (bukan air masin dll); ~ tepung tawar air yg telah dimanterai (utk ubat dll); ~ terjun air yg jatuh ke bawah (di lereng gunung dll), air lata; ~ tetuban = ~ tuban air yg keluar mendahului bayi lahir; ~ timah lapis timah; ~ timpas air surut yg serendah-rendahnya; ~ tolak bala air utk menjauhkan penyakit dll; ~ tulen air yg bebas drpd bahan terlarut atau terampai; ~ wangi air yg berbau harum; ~ wuduk air sembahyang; ~ Yasin air yg sudah dibacakan surah Yasin; ~ zamzam air dr telaga zamzam di Mekah; berhabis ~ Id terlalu lama bermesyuarat atau bercakap-cakap; telah jadi ~ habis (wang, modal, dll); ~ beriak tanda tak dalam prb orang yg sombong (besar cakapnya tetapi tidak berisi atau kurang ilmunya); ~ besar batu bersibak prb perselisihan yg besar akan mencerai-beraikan orang yg bersahabat atau bersaudara; ~ cucuran atap jatuhnya ke pelimbahan juga = ~ di tulang bumbungan turunnya ke cucuran atap prb anak itu menurut sifat dan teladan orang tuanya (sesuatu itu menurut asalnya); ~ dalam berenang (berkumbah), ~ dengkat bercebok prb perbelanjaan itu harus dipadankan mengikut banyak sedikitnya pendapatan; ~ dicincang tiada putus = ~ ditetak tiada akan putus prb kerana perbalahan orang yg sekaum atau bersaudara tiada akan cerai-berai; ~ diminum rasa duri, nasi dimakan rasa sekam = ~ diminum sembiluan prb dikatakan bkn orang yg dlm kesusahan (dukacita) sehingga tidak sedap makan dan minum; ~ mata jatuh ke perut prb berdukacita dgn tiada ketara; ~ mudik sungai semua teluk diranai prb orang yg boros tiada memilih barang, mana yg melintas dibelinya; ~ pun ada pasang surut prb untung malang tiada tetap, selalu berganti-ganti; ~ sama ~, sampah ke tepi jua prb jika kita mencampuri pergaduhan orang yg bersanak saudara, apabila mereka berbaik balik, kita juga yg tersisih dr mereka; ~ setitik dilautkan, tanah sekepal digunungkan prb membesar-besarkan perkara yg kecil; ~ tenang jangan disangka tiada buaya prb orang pendiam jangan disangka bodoh atau penakut; ~ tenang menghanyutkan prb orang yg pendiam dapat melakukan pekerjaan yg payah-payah; ~ yg dingin juga yg dapat memadami api prb kata yg lemah lembut juga yg dapat mendinginkan hati orang yg sedang marah (dapat menghilangkan dendam); ada ~ adalah ikan prb barang di mana kita tinggal ada juga rezeki (setiap negeri ada adat resamnya sendiri); adakah dr telaga yg jernih mengalir ~ yg keruh prb adakah di mulut orang baik-baik keluar perkataan yg keji; bagai ~ di daun keladi prb a) tiada lekat pengajaran; b) tiada tetap hatinya (pendiriannya); bagai ~ titik ke batu prb amat sukar hendak memasukkan pengajaran yg baik kpd orang jahat dan degil; bagai membendarkan ~ ke bukit prb pekerjaan yg sia-sia; bagai menampung ~ dgn limas pesuk prb pengajaran yg lekas sekali dilupakan (orang yg dipercayai menyimpan wang tetapi memboroskan wang itu); bagai minum ~ bercacing prb hal orang yg enggan disuruh mengerjakan sesuatu pekerjaan; bakarlah ~ ambil abunya prb benda yg mustahil boleh diperoleh; bermain ~ basah, bermain api letup prb setiap pekerjaan ada akibatnya; buang ~ keruh, ambil ~ jernih prb memulai penghidupan baru; bukan ~ muara yg ditimba, sudah disauk dr hulunya prb bukan khabar angin, tetapi didapati dr pangkalnya (sumbernya) yg benar; dimandikan dgn ~ segeluk prb diberi pertolongan yg tiada bererti; menepuk ~ di dulang prb menceritakan aib sendiri atau aib kaum keluarga; mengadu ~ dgn garam | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
actus reus | actus reus | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Elemen fizikal yang perlu ada dalam membentuk liabiliti jenayah atau tanggungan jenayah. Elemen ini termasuk juga dalam bentuk peninggalan, iaitu kegagalan atau kecuaian untuk menjalankan tugas mengikut peraturan undangundang. Dalam undang-undang jenayah, actus reus boleh terbahagi kepada tiga kategori, iaitu kelakuan, akibat dan keadaan. Kelakuan ialah satu perbuatan yang menyalahi undang-undang, contohnya tindakan menembak ke arah hospital adalah dilarang dalam undang-undang kemanusiaan antarabangsa. Akibat ialah kesan daripada perbuatan sesuatu jenayah, contohnya membunuh orang awam atau tawanan perang dalam konflik bersenjata. Manakala, keadaan pula ialah apa-apa fakta atau motif yang berkaitan dengan subjek jenayah, contohnya pelaku jenayah, perbuatan subahat, objek jenayah (mangsa), atau apa-apa modaliti jenayah lain seperti masa jenayah dan tempat jenayah. Bagi memastikan kewujudan actus reus dalam perbuatan jenayah, konsep kelakuan dan akibat yang terhasil daripada perbuatan jenayah perlu dibezakan. Hal ini demikian kerana actus reus bukan tertumpu kepada perbuatan semata-mata tetapi memerlukan bukti bahawa kelakuan itu mempunyai akibat yang relevan dengan perbuatan tersebut. Istilah actus reus berasal daripada bahasa Latin yang bermaksud tindakan bersalah. |
metadrama | metadrama | Kesusasteraan | Tiada | Bentuk drama yang sengaja dipersembahkan untuk menarik perhatian khalayak, mengenai kehadirannya sebagai sebuah karya rekaan. Hal ini dilakukan melalui ujaran secara langsung kepada penonton dalam bentuk prolog, epilog, atau lakonan dalam lakonan dalam sesebuah drama. Situasi ini memungkinkan penonton mentafsir lebih lanjut tentang drama itu sebagai suatu bentuk seni. Justeru, metadrama menyedarkan penonton bahawa apa yang disaksikan di atas pentas hanyalah sebuah cereka. Contoh metadrama ditemui dalam karya Luigi Pirandello yang berjudul Six Characters in Search of an Author (1921). Lihat juga metafiksyen. |
usl?b ?l-??k?m | usl?b ?l-??k?m | Kesusasteraan | Tiada | Jawapan yang tidak menjawab soalan yang diajukan. Jawapan ini mengandungi keterangan yang melebihi soalan dan bertujuan untuk menyatakan maklumat atau butir bicara yang lebih penting dan berfaedah. Hal ini menunjukkan kata-kata yang diungkapkan itu padat dengan gaya bahasa yang indah walaupun ringkas. Contohnya seperti firman Allah SWT dalam Sur?h ?l-B?q?r?h, ayat 215: Ertinya: Mereka bertanya kepadamu yang (wahai Muhammad): Apakah yang akan mereka belanjakan (dan kepada siapakah)? Katakanlah: Apa jua harta benda (yang halal) yang kamu belanjakan maka berikanlah kepada: kedua-dua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak anak yatim, dan orang-orang miskin, dan orang-orang yang terlantar dalam perjalanan. Dan (ingatlah), apa jua yang kamu buat dari jenis-jenis kebaikan, maka sesungguhnya Allah sentiasa mengetahuinya (dan akan membalas dengan sebaik-baiknya). Dalam ayat di atas, orang-orang mukmin bertanyakan Rasulullah SAW tentang harta yang sepatutnya dinafkahkan oleh mereka. Rasulullah SAW menjawab dengan menerangkan cara-cara melakukan nafkah (berbelanja), bertujuan untuk menyatakan penjelasan tersebut adalah lebih penting daripada menjawab soalan yang dikemukakan. usl?b al-?ak?m dalam bahasa Arab bermaksud cara pengolahan oleh si bijaksana. Usl?b ?l-??k?m dikenali juga sebagai ?l-Q?wl bi ?l-m?wjb. Lihat juga ilmu ?l-b?d?. |
Bahasa Suku Kaum |
Takrif |
Contoh Ayat |
Rujukan |
Sumber |
beru Ib | perangai atau tingkah laku yang sangat tidak senonoh; buruk perangai. | Dalam hal itu memang bini Seman satu sen pun tidak guna, tetapi Pak Dollah tidak dapat mengatakan apa-apa. Bini Seman orang kesayangan Peot sendiri. Peot adalah bininya. Dalam banyak keadaan salah atau macam beru pun bini Seman, baik juga kata Peot. | Buhul-Buhul Kasih Di Benang Basah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
Kamus Sains.indb abhenry) Unit ukuran kearuhan elektrik yang bersamaan dengan 1 × 10 –9 henry. (KEJ) abhymenium (abhimenium) Bahagian permukaan jasad buah yang terletak setentang dengan himenium. (BIO) abiocoen (abiosen) Unsur bukan biotik dalam sesuatu habitat. (BIO) A Kamus Sains.indb 1 7/8/08 11:44:02 AM 2 abiogenesis (abiogenesis) Penjanaan hidupan secara spontan. Proses ini dijangka berlaku secara ber- ansur-ansur terakhir perut haiwan ruminan, yang merupakan ruang pencernaan sebenar. Bahagian ini dilapisi mukosa yang mengandungi sel yang merembeskan asid hidroklorik dan enzim pencernaan seperti selulase, pepsin dan renin. Bahagian ini juga dikenali sebagai perut sebenar. (BIO) aboospore (aboospora) Oospora yang berkembang secara partenogenesis, iaitu tidak melalui perse- abiogenesis aboospore Kamus Sains.indb 2 7/8/08 11:44:02 AM 3
|
Kamus Teknologi Maklumat ct.indd 11 4:01:21 PM Cetakan Pertama 2011 © Dewan Bahasa dan Pustaka 2011 Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi, dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman, atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Ketua Pengarah, Dewan Bahasa dan Pustaka, Peti Surat
|
Kamus Thai 2.indb ้ งท ี ่ 1 พ.ศ. 2551 © สภาภาษาและหน ั งสือ (DBP) 2551 Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi, dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman, atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Ketua Pengarah, Dewan Bahasa dan Pustaka, Peti Surat
|
Kamus Thai 2.indb ก 1 ก็ [k] ว juga, pun: ถ ้ าคุณไป ผมก ็ จะไป Kalau kamu pergi, saya akan pergi juga. หรือ Kalau kamu pergi, saya pun akan pergi. ก็ดี [-di:] ว pun baik juga: คุณอธิบาย เสียหน ่ อยก็ดี Anda terangkan sedikit pun baik juga. ก็ได ้ [-dai] ว pun boleh |
Kamus Thai 2.indb วมเพศ [-pe:t] ดู ร่วมประเวณี ร ่ วมม ือ [-m:] ก bekerjasama: รัฐบาล ไทยร ่ วมมือกับประเทศเพื่ อนบ ้ านในการรักษา สิ่ งแวดล ้ อม Kerajaan Thai bekerjasama dengan negara-negara jiran dalam menjaga alam sekitar. ร ่ วมสมัย [-samai] ว semasa: ปัญหา ร ่ วมสมัยได ้ ถูกนำเสนอในที่ ประชุมนั้ น Isu se- masa telah dikemukakan dalam me- syuarat itu. รวย [ruai] ว kaya รส [rot] น rasa = รสชาติ รสชาติ [-ca:t] ดู รส รสนิยม [-saniyom] น cita rasa รหัส [rahat] น kod รโหฐาน [raho:ta:n
|
Kamus Thai 2.indb ri: เขาจบ การเจรจาด ้ วยการเลี้ ยงอาหารว ่ าง Dia menga khiri perundingan itu dengan jamuan ringan. จม [com] ก tenggelam: ในที่ สุดเรือไททานิค ก็จมลงในมหาสมุทรนั้ น Akhirnya kapal Ti tanic tenggelam di dalam lautan itu. จมน้ำตาย [-namta:y] ก mati lemas: เด็กคนนั้ นจมน้ำตายในแม ่ น้ำ Budak itu mati lemas di dalam sungai. จมูก [camu:k] น hidung จร [c:n] ว bukan tetap: ลุงของฉันเป็น ลูกค ้ าจรของปั ๊ มบางจาก Pak cik saya meru pakan pelanggan bukan tetap stesen minyak Bangchak. จรจัด |
Kamus Thai 2.indb นี ่ [ni :] ส ini นี้ [ni:] ดู นี่ นึก [nk] ก mengingat: เขานึกอยู ่ ตั ้ งนาน แต ่ นึกไม ่ ออก Puas dia mengingat, namun tidak ingat juga. นึกถึง [-t] ก terkenang: เมื ่ อนึกถึง นิติกรรม นึก Kamus Thai 2.indb 211 4/15/2008 11:09:03 AM น 212 เหตุการณ ์ นั ้ นเขาก็น ้ ำตาซึม sebelum memetik buahnya. 3 menundukkan: บัณฑิตทั ้ งหลายโน ้ มศ ี รษะขณะสมเด็จพระเทพฯ เสด็จเข ้ าหอประชุมสำหรับพระราชทาน ปริญญาบัตร Para graduan menundukkan kepala ketika Puteri Sirindhorn mema- suki dewan konvokesyen. ใน [nai] บ dalam ไน [nai] น pemintal ไนต ์ คล ับ [naiklap] น kelab malam ไนโตรเจน [naitroce:n] น nitrogen ไนล ่ อน [nailn] น nilon แนบ ไนล ่ อน Kamus Thai 2
|
|
Tesaurus |
---|
| hal | 1. Bersinonim dengan perkara ( hal ehwal, perihal, urusan, fasal, kes, ) (kata nama:)
2. Bersinonim dengan kejadian ( peristiwa, keadaan, situasi, ) (kata nama:)
3. Bersinonim dengan sebab ( alasan) (kata nama:)
4. Bersinonim dengan tentang ( mengenai, perihal, darihal, soal, fasal, ) (kata tugas:)
| Kata Terbitan : berhal, mengehalkan, |
|
|