Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Novel ; Dialek ; Pantun ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Pantun

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Beruntung merapat kaban, Akan perapat bunga anggerik; Kalau untung suratan badan, Dapat bertukar bangsa yang baik.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Ikan julung dalam telaga, Makan kail umpan terlekat; Tiada beruntung badan celaka, Buat baik menjadi jahat.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Ambil galah jolok jantung, Jatuh sebiji tepi paya; Saudagar tidak beruntung, Hendak mengadu dagang saya.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Cik Rasip beli sotong, Bawa pulang lalu dibasuh; Nasib tuan tidak beruntung, Lain tanam lain tumbuh.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Kulitlah ketam dipanggang lotong, Panggang di dapur tinggal tulang; Nasibku badan tidak beruntung, Ayam ditambat disambar helang.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Cik Hassan mudik ke Bentong, Singgah memetik buah putat; Nasib badan tidak beruntung, Ikan digulai habis melompat.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Sayang pandan tidak berhujung, Mana nak sama hujung mengkuang; Nasib badan tidak beruntung, Yang untung cuma seorang.
1
Tesaurus
 
untung (kata nama)
1. Bersinonim dengan faedah: lebihan, laba, rezeki, habuan,
Berantonim dengan rugi

2. Bersinonim dengan nasib baik: mujur, bintang terang, langkah kanan, berkat, kismat,
Berantonim dengan malang

3. Bersinonim dengan guna: manfaat, faedah, kebaikan,

Kata Terbitan : untung-untung, beruntung, menguntungkan, keuntungan,

Puisi
 

Ikan julung dalam telaga,
     Makan kail umpan terlekat;
Tiada beruntung badan celaka,
     Buat baik menjadi jahat.



Lihat selanjutnya...