Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Buku ; Peribahasa ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Dialek ; Pantun ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
Saya telah menggunakan carian kata, tetapi tidak berhasil. Adakah perkataan "berdayausaha" itu betul? Ataukah "berdaya usaha"?Ejaan yang betul ialah berdaya usaha.Ejaan06.02.2008
maksud peribahasa sikit-psikit lama-lama jadi bukitSabar mengerjakan sesuatu lama-lama berhasil juga.Makna17.05.2009
apakah maksud produktif dan kompetitif dalam maksud yang tepatProduktif bermaksud 1. berupaya atau boleh mengeluarkan hasil yg banyak; 2. mencapai banyak hasil, berhasil; 3. berupaya membiak, melahirkan anak atau menyebabkan kelahiran, subur. Kompetitif pula bermaksud bersifat persaingan, cenderung atau suka bersaing.Makna18.04.2007
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Apakah istilah Bahasa Melayu untuk perkataan berikut: board book pop up book flap book Saya telah cuba cari di Carian Kata tetapi tidak berhasil. Terima kasih.Untuk makluman tuan, setakat ini belum ada istilah atau padanan dalam bahasa Melayu untuk perkataan yang tuan berikan. Terima kasih.Makna27.10.2019
Boleh saya tahu penggunaan tanda petik (''....") yang betul untuk ayat dua perenggan? Contoh ayat seperti di bawah: "Dah bermacam ikhtiar saya lakukan, jumpa bomoh, sembahyang hajat, jumpa kaunselor... tapi semuanya tidak berhasil. Pada hal anak saya ini dulu sekolah agama dah..." "Tolonglah encik selesaikan masalah anak saya ni. Kalau boleh saya mahu masukkan dia ke Raudhatus Sakinah."Penggunaan tanda elipsis dalam ayat betul.Tatabahasa29.06.2013
Salam, apakah beza penggunaan 'rupanya' dengan 'rupa-rupanya'? Harap tuan/puan nyatakan ayat contoh. Terima kasih.Rupa atau rupanya bermaksud perihal sesuatu benda yang kelihatan dari luar; sebetulnya, manakala rupa-rupanya bermaksud kiranya atau barangkali.
a) Kusangka dia ada di rumah, rupanya dia sudah keluar
b) Rupa-rupanya rundingan damai di Paris itu akan berhasil.
Tatabahasa30.04.2014
Salam sejahtera, baru-baru ini saya menggunakan perkhidmatan Khidmat Nasihat untuk mencari frasa yang betul tentang "tiba ke atau tiba di", namun jawapan yang diberikan tidak konsisten. Mungkin pihak DBP boleh menyemak semula tentang jawapan bagi setiap perkataan yang disediakan. Terima kasih atas masa anda. Sayangnya saya tidak dapat sertakan gambar yang saya print screen daripada laman web PRPM. Walau bagaimanapun, semoga usaha DBP dalam bahasa kebangsaan Malaysia boleh berhasil. Terima kasih!Terima kasih atas maklumat yang anda berikan, dan untuk makluman anda, DBP memang dalam proses mengemas kini jawapan dalam perkhidmatan Khidmat Nasihat.Lain-lain26.09.2017
assalamu alaikum.saya nama chenurisa cehsoh. saya belajar bahasa melayu. saya ingin bertanya tentang bahasa melayu. Apakah makna lulus?Menurut data kami, maksud lulus ialah 1 dapat masuk terus atau lalu (ke dalam atau dari lubang dan lain-lain); dapat lucut atau lepas (bukan cincin dr jari dan lain-lain): Bagaimana benang sekasar ini dpt ~ kalau lubang jarumnya begitu kecil? 2 berjaya dlm peperiksaan; berhasil dalam sesuatu usaha atau ikhtiar: Ia sudah ~ dari universiti. 3 dikabulkan (permintaan, permohonan dan lain-lain); diperkenankan: Permohonannya untuk meminjam wang sudah ~. 4 terperlus ke dalam lubang dan lain-lain: Kakinya ~ ke dlm lubang yang penuh dgn air kotor. meluluskan 1 membiarkan lalu atau masuk. 2 melucutkan (cincin dan lain-lain). 3 menjadikan lulus atau berjaya (dalam peperiksaan dan lain-lain). 4 mengabulkan permintaan, permohonan dan lain-lain; memperkenankan: Kerajaan sudah ~ biasiswanya untuk menuntut di luar negara. 5 melepaskan atau membebaskan diri. lulusan orang yang sudah lulus dalam peperiksaan; lepasan: ~ Universiti Malaya. kelulusan 1 perihal lulus: Permohonannya masih belum mendapat ~ daripada pihak atasan. 2 tingkatan pengajian yang diperoleh: ~ adalah penting untuk mendapatkan pekerjaan. Dia berazam untuk mencapai ~ yang paling tinggi. berkelulusan mempunyai kelulusan: Anaknya semua ~ tinggi dan memegang jawatan penting. Untuk maklumat lanjut, sila layari http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=lulus+Makna13.11.2015
Apakah perbezaan antara kata "dapat" dengan "boleh" ?

Saudara Nabihah,

"Boleh" dan "dapat" membawa makna yang sama iaitu mampu (berkeupayaan), tidak disekat atau dilarang (daripada berbuat atau melakukan sesuatu), dibenarkan, diizinkan. Walau bagaimanapun kata "dapat" juga membawa maksud berjaya, berhasil, tercapai (sesuatu yang dikehendaki).  Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat dan buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 259.

Makna31.12.2009
Apakah perbezaan antara kata "dapat" dengan "boleh"?

"Boleh" dan "dapat" membawa makna yang sama iaitu mampu (berkeupayaan), tidak disekat atau dilarang (daripada berbuat atau melakukan sesuatu), dibenarkan, diizinkan. Walau bagaimanapun kata "dapat" juga membawa maksud berjaya, berhasil, tercapai (sesuatu yang dikehendaki).

Tatabahasa29.12.2009
Tesaurus
 
hasil (kata nama)
1. Rujuk dapat pendapatan

2. Rujuk panen

3. Bersinonim dengan keputusan: jawapan, penyelesaian, kesudahan,

4. Bersinonim dengan akibat: kesan, padah, reaksi, ekoran, risiko,

Kata Terbitan : berhasil, menghasilkan, keberhasilan, penghasilan, penghasil,

Peribahasa
622

Union is strength

Maksud atau kejayaan boleh dicapai jika manusia bekerjasama dan tidak bertindak sendirian.

Tali yang tiga lembar itu, tak suang-suang putus.

We like chicken but the decision taken by the suppliers to raise its price again was not to our liking. As we believed that union is strength, we made a concerted efford to boycott their produce, hoping that the price would go down. Our efforts were not in vain. Within just a few days, the price did go down.

Kami suka makan ayam, tetapi kami tidak suka tindakan pembekal ayam menaikkan lagi harga bahan makanan. Kami percaya bahawa tali yang tiga lembar itu, tak suang-suang putus. Usaha kami itu ternyata berhasil. Dalam tempoh beberapa hari sahaja, harga ayam telah turun semula.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu



Lihat selanjutnya...