Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
ABERYSTWYTH | Aberystwyth, tempat percutian tepi pantai yang popular di Dyfed, ialah pusat kebudayaan dan pendidikan Wales. Bandar ini terletak di pantai Teluk Cardigan, di muara Sungai Rheidol dan Sungai Ystwyth. Aberystwyth dalam bahasa Wales bermakna Muara Sungai Ystwyth . Salah sebuah kolej University of Wales terletak di Aberystwyth. Beberapa jabatan universiti dan National Library of Wales terdiri di atas bukit di belakang bandar ini. | UMUM | |
TARBUS | Tarbus ialah topi merah yang tinggi tanpa tepi dengan rambu-rambu berwarna-warni daripada sutera atau wul. Tarbus dipakai di Mesir dan di Afrika Utara. Dahulunya, semua tarbus diwarnakan dengan pewarna yang dibuat daripada jus beri merah yang hanya terdapat di Maghribi. Kini, warna ini dapat dihasilkan daripada bahan pewarna kimia. Tarbus mula-mula dibuat di Fez, Maghribi. | UMUM | |
QUEANBEYAN | Queanbeyan (pend. 24 943) ialah sebuah bandar di tepi Sungai Queanbeyan di New South Wales, Australia. Ia terletak bersempadan dengan Wilayah Persekutuan Australia, kira-kira 325 kilometer dari bandar Sydney dengan kereta api. | UMUM | |
MASTOID | Mastoid ialah satu daripada lima bahagian tulang temporal tengkorak. Ia terletak di tepi tengkorak, belakang sedikit daripada telinga. | UMUM | |
ATLANTIC CITY | Atlantic City (pend. 40 199; pend. kaw. met. 319 416) ialah bandar percutian tepi laut yang besar di timur negeri New Jersey di Amerika Syarikat. Bandar ini terletak di Pulau Absecon, berhampiran pantai tenggara tanah besar New Jersey. Untuk lokasi bandar ini, lihat Amerika Syarikat (peta politik). | UMUM | |
TANJUNG PUTERI | Tanjung Puteri ialah nama asal Johor Bahru dan pusat pemerintahan Temenggung Ibrahim yang terletak di tepi Selat Teberau. Konflik dalam kerajaan Riau-Lingga-Johor semenjak awal abad ke-18, berakhir dengan pembahagian kuasa terhadap kawasan dalam kerajaan Melayu terakhir itu. | UMUM | |
SUSSEX | Sussex ialah kaunti yang besar di pantai barat daya England. Ramai orang bercuti mengunjungi bandar-bandar tepi pantainya pada musim panas. Kebanyakan penduduk Sussex tinggal berdekatan dengan kawasan pantai dan berulang-alik ke London kerana bekerja. Salah satu daripada pertempuran masyhur dalam sejarah Britain berlaku di Sussex berhampiran bandar Hastings pada tahun 1066. Pada pertempuran ini, Duke William dari Normandy mengetuai serangan yang berjaya menakluki England dan menjadi King William I (the Conqueror). | UMUM | |
ELEKAMPANE | Elekampane ialah tumbuhan saka kasar yang berkait rapat dengan aster. Ia tumbuh sebagai rumpai di tepi jalan, tetapi ia pernah ditanam dengan meluas untuk tujuan perubatan. | UMUM | |
RESTORAN | Restoran ialah tempat perniagaan yang menyajikan makanan dan minuman kepada orang awam. Pada mulanya, restoran menjalankan perniagaan di tepi jalan, tempat pengembara berehat dan memulihkan tenaga. Perkataan restouran berasal daripada perkataan Latin restaurare , yang bermakna to restore (memulihkan semula). Hari ini, restoran terdapat di merata-rata tempat di jalan yang sunyi dan jalan yang sibuk; hotel; lapangan terbang, stesen bas, dan stesen kereta api; taman hiburan; dalam bangunan pejabat; dan juga pusat membeli-belah. | UMUM | |
AGRA | Agra (pend. 955 694) ialah bandar besar di utara India. Ia terletak di negeri Uttar Pradesh, di dataran di tepi Sungai Jumna (atau Yamuna), kira-kira 200 kilometer di selatan tenggara Delhi. Untuk lokasinya, lihat India (peta politik). | UMUM | |
|
Tesaurus |
---|
| tepi (kata nama) | Bersinonim dengan pinggir, pesisir, tebing, tubir, ufuk, sisi, birai, aris, bibir, bingkai, rangka, bikar, bira, birih, biring, gigi, sempadan, perbatasan;, | | Kata Terbitan : mengetepikan, bertepi, menepi, |
|
Puisi |
---|
|
Orang menajur di tepi sungai, Sungai ada tepi padang; Laksana intan baru dicanai, Kejam celik mata memandang.
Lihat selanjutnya... |
|