Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
ISTANA TRADISI RAJA-RAJA MELAYU | ISTANA TRADISI RAJA-RAJA MELAYU, tempat bersemayam raja-raja Melayu. Istana merupakan lambang kedaulatan dan tanda status raja yang memerintah. Perkataan istana berasal daripada perkataan Sanskrit, iaitu astana atau asthaa. Perkataan ini digunakan bagi menyebut suatu tempat tinggal, tempat kediaman tetap, tempat bersemayam dan tempat beradu. Perkataan istana digunakan bagi menyebut rumah kediaman raja-raja Melayu untuk membezakannya daripada rumah rakyat. Istana ialah pusat pentadbiran dan menjalankan aktiviti yang berhubung dengan upacara adat istiadat dan juga pertahanan. Seorang raja yang tidak mempunyai istana, tidak dihormati dan akan menjatuhkan imejnya sebagai raja yang berdaulat. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bangunan/Kota |
SYED HUSSAIN JAMALULLAIL | SYED HUSSAIN JAMALULLAIL (1834-1873), Raja Perlis yang pertama (1854-1873). Baginda diputerakan pada 20 Mei 1834 di Arau, Perlis. Baginda dilantik sebagai Raja Perlis oleh Raja Siam, Rama III, dengan sokongan dan persetujuan Raja Ligor pada tahun 1854. ketika itu negeri Perlis masih di bawah jajahan Kedah yang dinaungi kerajaan Siam. Baginda memberi gelaran negeri Perlis `Indera Kayangan. Pemerintahan baginda berdasarkan Perlembagaan Negeri Kedah. Baginda melantik Syed Abdullah Jamalullail sebagai Raja Muda, Muhammad Arsyad bin Muhamad Yunus (Datuk Awang/Datuk Belat Paduka Seri Perdana Menteri/Datuk Arau) sebagai Perdana Menteri, Ibrahim (Alang Kecik) digelar Datuk Seri Lela Pahlawan, dan Lahim digelar Datuk Seri Indera Dewa. Datuk Arau telah membuka tempat raja bersemayam yang dinamakan Arau. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
KOTA MALAWATI | KOTA MALAWATI, kota atau kubu yang pernah menjadi pusat pertahanan dan tempat bersemayam raja-raja yang memerintah di Selangor. Kota ini terletak di atas Bukit Selangor di belakang pekan Kuala Selangor. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
KOTAWARINGIN | KOTAWARINGIN, kerajaan Islam di Propinsi Kalimantan Tengah, Indonesia. Kerajaan ini didirikan oleh Pangeran Adipati Antakusuma, putera Sultan Banjarmasin, Mustaana Ilah. Pangeran Antakusuma meninggalkan Banjarmasin setelah saudaranya ditabalkan sebagai Sultan Banjarmasin. Dia tiba di Kampung Pembuang. Keinginannya untuk mendirikan kerajaan disambut baik oleh penduduk kampung tersebut, kerana dia keturunan Sultan Banjarmasin. Untuk menjadi raja, harus dimusyawarahkan terlebih dahulu dengan Kiai Gede, pemimpin dari tanah jajahan Hindu-Jawa yang tinggal di Tanjung Pangkalan Batu dan juga para ketua suku Dayak. Dengan persetujuan para ketua suku Dayak dan Kiai Gede, Pangeran Antakusuma ditabalkan menjadi raja dengan gelaran Ratu Bagawan. Tempat bersemayam raja di tanjung Pangkalan Batu, disebut Kotawaringin. Ratu Bagawan juga dikenal dengan Ratu Kotawaringin atau Pangeran Ratu. Sejak itu gelaran Pangeran Ratu dipakai untuk raja-raja yang memerintah kerajaan Kotawaringin. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Kesultanan/Kerajaan/Pemerintahan |
DINDING | DINDING, sebuah daerah di barat daya negeri Perak. Perihal Dinding ada disebut dalam buku Sejarah Melayu, iaitu adanya sebuah kerajaan lama bernama Gangga Negara terletak di barat Dinding. Di situlah raja bersemayam dan memerintah. Semasa Melaka di bawah pemerintahan Sultan Muzaffar Syah, Dinding telah ditakluki dan menjadi jajahannya. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
LANGKAT | LANGKAT, bekas sebuah kerajaan Melayu di pesisir pantai timur Sumatera Utara. Kini kabupaten Langkat terletak di Propinsi Sumatera Utara. Kini kabupaten Langkat terletak di Propinsi Sumatera Utara. Berdasarkan teromba Kesultanan Langkat, kerajaan Langkat didirikan oleh keturunan Dewa Syahdan, sekitar tahun 1500. Dewa Syahdan dikatakan berasal dari kerajaan Haru (Deli Tua) yang telah diserang Aceh pada tahun 1539. Kerajaan Haru tewas. Putera Dewa Syahdan, Dewa Sakti, dikatakan ghaib dan puterinya, Puteri Hijau, ditawan oleh Aceh. Putera Dewa Sakti, raja Kahar, mendirikan kerajaan Langkat dan bersemayam di Kota Dalam. Raja Kahar berputerakan Raja Badiuzzaman, yang berusaha memperluas wilayah kerajaan tersebut. Raja Badiuzzaman mempunyai empat orang putera, iaitu Kejuruan Tuah Hitam dan Indera Bongsu (Kota Dalam) Raja Wan Jabar (Selesai) dan Raja Syahban (Punggai). Mereka memerintah secara autonomi daerah masing-.masing. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
|
Tesaurus |
---|
| tempat (kata nama) | 1. Bersinonim dengan bekas: wadah
2. Bersinonim dengan kawasan: daerah, wilayah, rantau, ceruk, kampung, desa, negeri, negara, provinsi,
3. Bersinonim dengan kedudukan: letaknya, lokasi,
| Kata Terbitan : setempat, menempati, menempatkan, penempatan, |
|
|