Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
MAORI | Maori ialah penduduk asli New Zealand. Mereka ialah orang Polinesia yang bertubuh tinggi, tegap, berkulit sawo matang dengan mata yang berwarna perang serta rambut hitam yang ikal atau lurus. | UMUM | |
DEATH ADDER | Death adder adalah antara ular yang paling berbahaya di Australia. Ular ini berbadan tegap seperti ular kapak, kepalanya lebar dan lehernya kecil. Ekornya kecil, pendek, kebanyakannya kurang daripada satu meter panjangnya. Ular ini mempunyai taring yang besar dan bisa. | UMUM | |
SWEET CICELY | Sweet cicely ialah tumbuhan saka Eropah yang berkaitan dengan pasli lembu, tetapi ia adalah tumbuhan yang lebih tegap yang tumbuh setinggi satu meter. Bunganya putih dan tersusun dalam bentuk umbel (kepala biji berbentuk payung). Bijinya panjang, tegak dan berwarna perang gelap berkilat. Sweet cicely mempunyai daun yang beralur dalam seperti daun pakis. Sesetengah daun yang lebih besar mempunyai belak-belak putih. Bau daunnya seperti bau jintan manis apabila dihancurkan. | UMUM | |
KUPU-KUPU CAWAN | Kupu-kupu cawan ialah kupu-kupu bersaiz kecil hingga sederhana, agak tegap, berbulu berwarna gelap. Australia mempunyai lebih kurang 80 spesies kupu-kupu cawan yang kebanyakannya hidup di kawasan tropika. Beluncas kupu-kupu cawan adalah seperti lintah bulan dengan kepalanya boleh ditarik ke dalam badannya. Ia kelihatan seolah-olah menggelincir di atas daun tempat ia makan kerana kakinya pendek. | UMUM | |
TEBU | Tebu ialah tumbuhan rumput yang tinggi, yang tumbuh di negara-negara tropika dan separa tropika. Tebu terdiri daripada batang yang tegap setinggi lima hingga sembilan meter dan diameternya kira-kira lima sentimetar. Batang ini mengandungi jus bergula yang daripadanya dibuat gula dan molas. Serat tumbuhan yang tinggal selepas jus diekstrak biasanya dibakar sebagai bahan api untuk menjana elektrik. Serat ini juga boleh digunakan untuk membuat papan serat dan kertas. Apabila tebu diperah dan ditapai, ia menghasilkan cecair yang disuling untuk membuat etanol, iaitu alkohol biasa yang kadangkala digunakan sebagai bahan api untuk kenderaan bermotor. | UMUM | |
YABBY | Yabby ialah udang krai air tawar di Australia. Terdapat banyak jenis, sesetengahnya besar, tetapi kebanyakannya kecil. Kesemua yabby dicirikan oleh sepasang penyepit yang tegap. | UMUM | |
BREAM | Bream ialah nama pelbagai ikan berbadan tegap yang tidak berkaitan. Jenis Bream Eropah atau bream gangsa biasa hidup dalam air tawar. | UMUM | |
POKOK HUJAN-HUJAN | Pokok hujan-hujan juga dikenali sebagai cenizero, ialah pokok teduh yang tumbuh dalam iklim tropika. Pokok hujan-hujan mempunyai batang yang pendek, tegap dan dahan yang panjang merendang. Sesetengah pokok lebih daripada 30 meter lebarnya. Pokok ini dinamakan pokok hujan-hujan kerana lembapan yang kelihatan seperti air hujan sering menitik darinya. Cecair ini sebenarnya adalah lelehan daripada serangga yang makan di atas pokok ini. | UMUM | |
KUMBANG COLORADO | Kumbang Colorado yang juga dikenali sebagai kumbang kentang Colorado ialah kumbang kuning yang tegap dan yang paling memusnahkan daripada serangga perosak lain yang menyerang pokok kentang. | UMUM | |
SANTA KLAUS | Santa Klaus, juga dikenali sebagai Bapa Krismas, ialah lelaki tua dalam legenda yang membawa hadiah kepada kanak-kanak pada Hari Krismas. Dia sudah lama digambarkan sebagai seorang lelaki yang tegap, berjanggut yang memakai pakaian bulu berwarna merah. | UMUM | |
|
Tesaurus |
---|
| tegap (adjektif) | 1. Bersinonim dengan sasa: ragah, agam, pagan, Berantonim dengan lembik
2. Bersinonim dengan teguh: kukuh, kuat, utuh, begap, Berantonim dengan lemah
3. Bersinonim dengan erat: rapat, ketat, padat, padu, teguh, tumpat, kuat, utuh, kejap, Berantonim dengan longgar
| Kata Terbitan : menegapkan, ketegapan, |
|
|