Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
PANGLIMA | PANGLIMA, gelaran yang diberikan kepada tokoh yang mempunyai sifat kepahlawanan seperti berani, bijak dan tangkas bermain senjata. Seorang panglima mestilah sudah mengetahui dan mempelajari segala selok belok ilmu hulubalang. Dalam kehidupan sehari-hari masyarakat tradisi Melayu, gelaran panglima lazim diberikan kepada individu yang berlagak atau mempunyai sifat dan ilmu tersebut. Kadangkala seorang panglima juga dilantik menjadi ketua daerah atau angkatan perang dan pertahanan diraja kerana kegagahan dan ketaatannya. Walau bagaimanapun 'panglima' lebih merupakan gelaran dan bukan pangkat yang tetap seperti laksamana. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Jawatan/Gelaran |
DIALEK MELAYU BERAU | DIALEK MELAYU BERAU, dialek yang dituturkan oleh lebih kurang 40 000 orang di Propinsi Kalimantan Timur, Indonesia. Dialek ini belum pernah diselidiki dengan wajar seperti kebanyakan dialek Melayu di Pulau Borneo. Maklumat dialek itu sangat penting untuk rekonstruksi bahasa Melayu purba serta untuk memahami jaringan dialek Melayu di Pulau Borneo. Seperti dalam beberapa dialek di Pulau Borneo, dalam dialek Melayu Berau (DMB) hanya terdapat tiga fonem vokal, iaitu i, a, u. Hal ini disebabkan rentensi vokal tinggi pada semua posisi. Jadi o dan e tidak wujud dalam DMB; lihat, umpamanya, orang dan olak tetap urang dan ulak serta lebar dan sentak tetap libar dan sintak. Namun, selain rentensi itu, sudah terjadi inovasi pula. Dalam DMB, bunyi purba * disatukan dengan *a; ertinya * (pepet) dan *a tidak dibezakan. Maka, melalui retensi terdapat hanya dua vokal tinggi (*i dan *u) serta melalui inovasi * hilang. Fonologi DMB sememangnya hanya berisikan tiga vokal. | BAHASA | Bahasa |
|
Tesaurus |
---|
| sudah (kata tugas) | 1. Bersinonim dengan habis: selesai, siap, beres, berakhir, tamat, usai,
2. Bersinonim dengan telah berlaku: telah berlalu, lepas, lampau, silam,
| Kata Terbitan : sudahnya, sesudah, menyudahi, menyudahkan, kesudahan, berkesudahan, kesudah-sudahannya, penyudahan, penyudah, |
|
|