Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
ASID | Asid ialah sebarang kumpulan sebatian kimia yang mempunyai sifat-sifat tertentu yang sama. Larutan asid berasa masam dan menghasilkan rasa pedih jika terkena pada kulit. Asid melarutkan banyak logam dan menukar warna kertas litmus biru kepada merah. Sebatian kimia yang dinamakan bes atau alkali meneutralkan asid. | UMUM | |
OPTIK | Optik ialah cabang fizik dan kejuruteraan yang berkenaan dengan sifat-sifat cahaya. Ia menerangkan bagaimana cahaya dihasilkan, bagaimana cahaya dihantar, dan bagaimana cahaya boleh dikesan, diukur, dan digunakan. Optik termasuklah kajian tentang cahaya nampak dan sinar inframerah dan ultraungu, yang kedua- duanya tidak boleh dilihat. | UMUM | |
STIRENA AKRILONITRIL (SAN) | Bahan kopolimer termoplastik antara stirena dengan akrilonitril. Kopempolimeran ini dapat memperbaiki sifat-sifat polistirena. | KEJURUTERAAN | Sumber/Bahan Alam |
MOLEKUL | Molekul adalah satu daripada unit asas jirim. Molekul ialah unsur terkecil sesuatu bahan dapat dibahagikan dan masih mempunyai sifat-sifat kimia bahan asal. Jika bahan ini dibahagikan lagi, hanya atom unsur kimia yang tinggal. Contohnya, setitis air mengandungi berbilion-bilion molekul air. Jika titisan ini boleh dibahagikan sehingga hanya satu molekul air yang tinggal, titisan yang terakhir ini masih mempunyai kesemua sifat kimia air. Tetapi, jika satu molekul air ini dibahagikan, hanya atom unsur hidrogen dan oksigen yang tinggal. | UMUM | |
KIMIA | Kimia ialah kajian saintifik tentang bahan. Ahli-ahli kimia menyelidik sifat-sifat bahan yang membentuk di dalam alam semesta. Mereka mengkaji bagaimana bahan ini bertindak dalam keadaan yang berbeza. Mereka cuba menerangkan kelakuan sesuatu bahan dari segi struktur dan komposisinya. Ahli-ahli kimia juga berusaha memahami perubahan-perubahan kimia. Perubahan kimia melibatkan perubahan kandungan kimia dalam sesuatu bahan. Paduan besi dengan oksigen dari udara yang membentuk karat ialah satu perubahan kimia. Bahan juga mungkin mengalami perubahan fizikal tanpa mengubah kandungan kimianya. Air berubah secara fizikal dan tidak secara kimia semasa ia membeku. | UMUM | |
KAYU | Kayu ialah bahan yang keras di bawah kulit pokok, pokok renek dan lain-lain tumbuhan tertentu. Sifat-sifat fizikal kayu, berserta komposisi kimianya menjadikannya satu daripada sumber semula jadi yang paling bernilai. | UMUM | |
KIMIA FIZIKAL | Kimia fizikal ialah kajian tentang peraturan dan prinsip umum yang menguasai sifat-sifat kimia jirim. | UMUM | |
MÜLLER, PAUL HERMANN | Müller, Paul Hermann (18991965) ialah ahli kimia Switzerland, yang menerima Hadiah Nobel tahun 1948 untuk fisiologi atau perubatan kerana menemui sifat-sifat membunuh serangga pada DDT (dikloro-difenil-trikloroetana). Nama akhirnya dieja Mueller. DDT pertama kali dihasilkan di Austria pada tahun 1873, tetapi Müller menemui nilai DDT sebagai pembunuh serangga pada tahun 1939. DDT digunakan dengan meluas semasa Perang Dunia II (19391945) untuk membunuh kutu badan yang membawa penyakit tifus. Müller lahir di Olten, Switzerland. Lihat juga DDT. | UMUM | |
MENDELEEV, DMITRI IVANOVICH | Mendeleev, Dmitri Ivanovich (18341907) ialah ahli kimia Rusia yang mencipta suatu bentuk hukum berkala, iaitu prinsip asas dalam kimia. Hukumnya menyatakan bahawa sifat-sifat unsur kimia berulang mengikut pola yang tetap apabila unsur-unsur itu tersusun mengikut berat atomnya. Usaha Mendeleev, berserta usaha ahli kimia Jerman, Julius Lothar Meyer, melahirkan jadual berkala, iaitu susunan unsur secara sistematik (lihat Unsur kimia [Jadual berkala unsur]). | UMUM | |
SURAH GHAFIR | Surah Ghafir ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-40 mengikut susunan surah-surah al-Quran dan mengandungi 85 ayat. Surah ini dinamakan Ghafir (Maha Pengampun) kerana adalah satu sifat daripada sifat-sifat Allah S.W.T. yang disebutkan di awal surah ini sebagaimana firmannya yang bermaksud: Yang mengampunkan dosa, dan Yang menerima taubat; Yang keras seksanya; Yang melimpah-limpah kurnianya; tiada Tuhan melainkan Dia; kepada-Nyalah tempat kembali. (Surah Ghafir 40:3) | UMUM | |
|
Tesaurus |
---|
| sifat (kata nama) | 1. Bersinonim dengan keadaan: rupa, tanda, ciri, bentuk, corak, peri, hal,
2. Bersinonim dengan pembawaan: perangai, watak, kelakuan, tabiat, fitrah, kebiasaan, resam, adat, laku, kelakuan, afal, khalikah, khuluk,
| Kata Terbitan : bersifat, menyifatkan, |
|
Puisi |
---|
|
Anak ayam turunnya lima, Mati seekor tinggalnya empat; Budi Tuhannya sudah diterima, Supaya hambanya membaca sifat.
Lihat selanjutnya... |
|