Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
SAKSI | Saksi ialah orang yang memberi testimoni semasa prosiding kehakiman, perundangan atau pentadbiran. Testimoni ini diberi sesudah saksi mengangkat sumpah, atau sekiranya agama saksi melarang amalan mengangkat sumpah, saksi bolehlah berikrar berkata benar. Orang yang menandatangani surat cara undang-undang, contohnya surat wasiat atau surat ikatan, yang disempurnakan di hadapan saksi, juga merupakan saksi. | UMUM | |
SULTAN MAHMUD SYAH | Sultan Mahmud Syah (16801699), Sultan Johor terakhir daripada jurai keturunan Iskandar Zulkarnain-Sriwijaya Bukit Siguntang-Melaka. Sultan Mahmud Syah terkenal dengan gelaran Sultan Mahmud Mangkat Dijulang sesudah kemangkatannya. | UMUM | |
BAHASA MELAYU KLASIK | BAHASA MELAYU KLASIK, bahasa pada tahap ketiga dalam periodisasi bahasa Melayu, sesudah bahasa Melayu purba dan bahasa Melayu kuno. | BAHASA | Konsep |
HUJAN PAGI | HUJAN PAGI, novel karya Sasterawan Negara A. Samad Said yang terbesar sesudah Salina. Novel ini diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1987 dan terpilih sebagai pemenang Hadiah Sastera 1986/1987 bahagian novel. Novel Hujan Pagi diterbitkan semula oleh penerbit yang sama sebagai Edisi Khas Sasterawan Negara sejumlah 15 000 naskhah pada tahun 1988. | SASTERA | Karya |
MISTERI ELEUSINIA | Misteri Eleusinia ialah upacara keagamaan orang Yunani yang berlangsung setiap tahun di Eleusis, berhampiran Athens. Pemuja mengadakan upacara ini untuk memperingati Demeter, dewa pertanian. Misteri ini mengisahkan mitos penculikan dan pengembalian anak perempuan Demeter yang bernama Persephone, oleh Hades, dewa alam ghaib. Untuk mengetahui mitos ini, lihat Persephone. Walaupun maksud tersirat misteri ini tidak pernah didedahkan, upacara-upacara yang berkait dengannya dianggap memberi kehidupan sesudah mati yang lebih dirahmati kepada sesiapa yang mengambil bahagian. Lihat juga Misteri. | UMUM | |
SURAH AL-RUM | Surah al-Rum ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah ke-30 mengikut susunan surah-surah al-Quran dan mengandungi 60 ayat. Surah ini bernama al-Rum sebagai satu mukjizat untuk menunjukkan kebenaran berita dalam al-Quran. Firman Allah S.W.T. dalam al-Quran yang bermaksud: Alif, Lam, Mim. Orang-orang Rom telah dikalahkan. Di negeri yang dekat sekali dan mereka sesudah kekalahannya itu akan mengalahkan lawannya. Dalam masa tidak sampai sepuluh tahun .... (Surah al-Rum 30:14) | UMUM | |
SURAH AL-BAYYINAH | Surah al-Bayyinah ialah salah satu daripada surah-surah Madaniyyah, surah yang ke-98 mengikut susunan surah-surah al-Quran dan mengandungi lapan ayat. Surah ini dinamakan al- Bayyinah (keterangan) berdasarkan firman Allah S.W.T., yang bermaksud: Dan tidaklah berpecah-belah orang-orang yang didatangkan al-kitab (kepada mereka) melainkan sesudah datang kepada mereka keterangan yang nyata. | UMUM | |
WALI SONGO | WALI SONGO, sembilan orang wali penyebar agama Islam di Pulau Jawa dari abad ke-14 hingga abad ke-16, sebelum dan sesudah jatuhnya kerajaan Majapahit. Perkataan wali dalam bahasa Arab bererti orang suci atau kudus dan dekat dengan Tuhan. Manakala songo dalam bahasa Jawa bererti sembilan. Jadi wali songo bererti wali sembilan. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Konsep |
KRITIKAN SASTERA MELAYU | KRITIKAN SASTERA MELAYU, satu bentuk kritikan sosial dalam karya sastera Melayu. Kritikan sastera Melayu masuk ke dunia sastera Melayu moden secara khusus sesudah kemasukan genre sastera dari Barat, iaitu cerpen, novel dan drama. Secara am, nyanyian telah pun wujud dalam bentuk kritikan sosial Melayunya, kemudian diikuti Abdullah Munsyi (abad 19) dengan karya-karya Hikayat Abdullah dan Hikayat Pelayaran Abdullah. | SASTERA | Karya |
UTUSAN SARAWAK | UTUSAN SARAWAK, akhbar yang diterbitkan di Sarawak. Utusan Sarawak yang diterbitkan pada 16 Januari 1949 bertujuan untuk menyatupadukan masyarakat Melayu serta memperbaiki kepincangan ekonomi dan pendidikan. Utusan Sarawak merupakan akhbar Melayu ketiga yang diterbitkan di Sarawak sesudah Fajar Sarawak (1930) dan Utusan Asas (1947). | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Penerbitan |
|
Tesaurus |
---|
| sudah (kata tugas) | 1. Bersinonim dengan habis: selesai, siap, beres, berakhir, tamat, usai,
2. Bersinonim dengan telah berlaku: telah berlalu, lepas, lampau, silam,
| Kata Terbitan : sudahnya, sesudah, menyudahi, menyudahkan, kesudahan, berkesudahan, kesudah-sudahannya, penyudahan, penyudah, |
|
Puisi |
---|
|
Sesudah malam bulan cerah, Bintang jua tumpang berada; Jangan adik duk ambil susah, Abang ada di depan mata.
Lihat selanjutnya... |
|